~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, August 28, 2012

Bekal Makanan Orang Jepun, BENTO..sangat kreatif dan comel

assalamualaikum

Big Daddy and Little Sister

Snowy

seperti yang kita semua sedia maklum, masyarakat jepun memang sangat berjimat orangnya. mereka memang suka sangat membawa bekali ke sekolah, ataupun pejabat. mereka yang dah tua-tua especially lelaki tak malu langsung untuk membawa bekal ke pejabat.


Chewbacca

WALL-E

kalau bagi masyarakat Malaysia pula, mak suruh bawa bekal ke sekolah pun dah menangis-nangis. kononnya nanti kawan-kawan gelakkan lah. tak macholah, di ejeklah. haiyya. bagi masyarakat Jepun, mereka akan membawa bekal setiap kali ke pejabat atau sekolah. bekal atau nama gelaran nyer BENTO akan dihias oleh ibu-ibu atau isteri yang sangat kreatif dan mempunyai masa terluang ketika di rumah.


Pikachu

Totoro

kebanyakan bahan makanan nya ialah telur, rumpai laut, cendawan shitake, mee udon, nasi kepal, sayur-sayuran, lobak merah, cili, buah zaitun dan bahan-bahan asli dari Jepun. di sana, pelajar-pelajar akan membawa bekal masing-masing ke sekolah, malah setelah tibanya waktu rehat, mereka akan sama-sama makan dan berkongsi makanan di dalam kelas sambil diawasi oleh guru mereka yang turut membawa bekal.

Yoshi and Kirby

Calvin and Hobbes

amalan seperti inilah patut di praktikkan di Malaysia supaya anak-anak atau ahli keluarga kita akan mendapat makanan yang sihat, bersih dan berkhasiat. lagipun, makanan di kantin tak semestinya bersih dan berkhasiat. oleh sebab itulah, untuk memastikan mereka menerima makanan yang baik, eloklah sekiranya makanan itu di buat sendiri oleh ibu atau isteri kita kerana ia penuh dengan kasih sayang.

Rayman Raving Rabbids

Okami

Johnny Depp - Mad Hatter

Lady

Chaplin

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA