~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, August 16, 2012

Kenapa Trend Baju Kurung 2012 ni Semuanya Bermanik dan Berlabuci?

assalamualaikum...

'Selamat Hari Raya
Kepada Saudara Serta Saudari
Setahun Hanya Sekali
Merayakan Hari yang Mulia Ini'

bahang hari raya semakin terasa. sana sini kedengaran lagu Hari Raya. tak sabar rasanya nak dengar Takbir Raya pulak. haishh mesti syahdu kan. korang semua dah beli baju raya ke belum? berapa pasang dah dapat?? sheila baru jer satu pasang. rasa macam tak cukup lahh. ala biasalah perempuan kan. lainlah lelaki. time sembahyang raya jer baru nak pakai baju melayu. lepas tu baju kemana sampin ke mana. huhu

sekarang ni kalau kita tengok trend baju kurung semuanya berlabuci dan bermanik. lip lap lip lap kat bahagian leher tu. hurmm sheila tak minatlah baju bermanik-manik sangat ni. tapi kenapa semua orang jual pattern baju macam tu? lepas tu dahlah mahal giler. beratus-ratus harga dia. kalau dapat baju bertatahkan swarovski tu perghh beribu lah kot kan..


sheila ni suka baju yang simple-simple ajer. tak minatlah lip lap sangat. baju raya sheila pun plain jer warnanya. tapi adalah hiasan dekat leher tu, cuma bukan maniklah. bersulam jer. hehe..tu jer yang berkenan. yang lain tu, bila dah minat tak ada saiz, bila ada saiz tak minat pulak. hurmm perempuan-perempuan. lagi-lagilah kalau nak carik saiz sheila yang kecik ni iaitu XS punyalah susah sikit kan. nak pakai kebaya macam tak minat. hehhe


perempuan kalau boleh semua nak baru kan. bila dapat baju kurung baru, kenalah ada tudung baru. lepas tu kasut baru, handbag baru..senang cerita semua kena barulah kan. sedangkan harga baju jer dah beratus, inikan pulak nak beli semua benda alah tu. harga tudung pun boleh tahan sekarang. lagi-lagi yang berjenama tu, contohnya macam Pearl Haya, Ratu, Radiusite..perghhh..kalau sheila ni beli yang murah-murah jelah mampu. huwawa..

lepas ni, misi sheila adalah survey kasut and nak carik beberapa helai pakaian untuk ke tempat kerja. rasa macam dah tak tahu nak pakai baju yang mana lagi dah. padahal almari baju dah penuh tahap gaban dah tu.. haiyyaaa..!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA