~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, October 30, 2011

aku sudah banyak cakap!!

0 insan terpilih
assalamualaikum..

harini aku rasa sangatlah penatnyer sebab ada modul yang membosankan. dah rasa macam hari isnin pulak. patutnya hari ahad kita bersuka ria, bersenang lenang, merehatkan minda dan badan, tapi apa yang aku buat hari ini adalah menghadiri modul ijazah yang sangat sangat sangat bosan. nasib baiklah wajib. kalau sukahati nak datang, memang aku tak datanglah...sorry to sayy..

masa modul pun aku asyik kena buli dengan budak kumpulan aku jer..mentang-mentang aku ni bersopan santun, lemah lembut sukahati korang jer nak buli kan. sabar sabar..tunggulah korang nanti..aku buli korang balik tau, even badan korang tiga kali besar dari aku..huwawa

erm, aku nak cerita satu benda ni. kawan aku bagitahu yang aku sekarang ni dah banyak cakap. hahaha..macam tak percaya kan. sebelum ni kan aku diklasifikasikan sebagai seorang yang pendiam dan pemalu. kalau sebut nama aku kat kawan sekolah dulu, mesti diorang cakao 'sheila yang pendiam tu ker'..tak pon nanti diorang tanya 'sheila pendiam lagi tak sekarang' ..hahaa..


so, sejak aku berkawan dan serumah dengan diorang ni, diorang dah bolehlah nampak perubahan kat aku. kalau dulu tanya sepatah jawab sepatah. sekarang tanya sepatah, berpatah-patah aku jawab. sampaikan diorang dah tak mampu nak layan. kadang-kadang aku pun saja-saja kacau diorang ni. yelahh asyik mereka je kacau aku..meh sini aku kacau korang balik..baru adill kann..

tu lah, sebelum aku kurang cakap korang nak suruh aku banyak cakap pulak.bila aku dah banyak cakap sikit, korang dah tak sanggup nak layan..huwawa..actually aku ni bukanlah pendiam sangat pon. kalau korang dah kenal aku lama, mesti korang tau perangai aku macam mana. suka mengenakan orang jer ni..tak padan dengan kecik nyer..

so, kalau korang ada terasa dengan apa yang aku cakap selama ini mintak maaflah ea..memanglah aku selalu perli-perli, tapi bukan dengan niat pon.hehe..lepas ini, aku nak ubah perangai yang lagi satu pulak..iaitu PEMALU..kita wait and see iyee malu lagi ke tak aku lepas ni..hahaha..

Wednesday, October 26, 2011

jom nominate blogger kegemaran anda di Nuffnang Asia Pasific Blog Awards 2011

0 insan terpilih
assalamualaikum..


Nuffnang Malaysia akan mengadakan NUFFNANG ASIA-PASIFIC BLOG AWARDS 2011..semua blogger boleh nominate mana-mana blogger kegemaran yang bagi mereka layak untuk mendapat anugerah bagi kategori tertentu.

antara kategori yang di pertandingkan adalah Best Entertainment Blog, Best Food Blog, Best Travel Blog, Best Fashion Blog, Best Photography Blog, Best Geek Blog, Best Parenting Blog, Best Lifestyle Blog, Most Original Blog Design and Hidden Gem.

semua blogger boleh mula nominate blogger kegemaran bermula 25 oktober 2011 hingga 2 november 2011. selepas sahaja kita nominate blogger kegemaran kita mengikut kategori, judges akan mengadili dan memilih beberapa finalis untuk ke next level which is voting..


so, jom kita nominate blogger kegemaran kita!

Tuesday, October 25, 2011

review filem KLIP 3GP-GERUN, GANAS, GHAIRAH..memalukan!

4 insan terpilih
assalamualaikum..

kelmarin hari ahad. di sebabkan cuti hujung minggu, kelas tak ada, tahap bosan melanda-landa, so kami decide nak pergi tengok wayang dekat Jitra Mall. walaupun hari selasa itu ada test Labor Economics tetapi ia tetap tak membuatkan rancangan kami yang tiba-tiba ini tertangguh..hahaha

mula-mula kawan ajak tengok Real Steel, tapi bila dah sampai sana dia nak tengok cerita The Thing pulak. so, nak buat macam mana kan. kawan-kawan aku yang lain pulak nak tengok cerita melayu. diorang ni memang suka sangat tengok filem melayu dekat wayang.

kalau tanya aku suka ke tak, memanglah jawapan aku tak. bukan tak sokong filem-filem kita, tapi aku memang tak minat nak tengok. rasa macam membazir jer..tapi disebabkan diorang nak tengok jugak, aku pun ikut jelahh.


diorang decide nak tengok cerita KLIP 3GP. yang ganas, gerun dan ghairah tu. dengar pun dah lain macam kan. so, bila dah setengah jam tengok filem itu, aku dah rasa macam nak KELUAR je dari panggung. masa tu, tak ramai sangat yang tengok. kitaorang ni tak tahu pun cerita ni pasal apa. and tak tahu pun apa maksud Klip 3GP ni..biasalah budak-budak baikk..hahaha

sebab apa aku nak keluar?? sebab aku rasa macam malu dan bodoh sangat cerita tu. dan memang tak patut ditayangkan pon. memalukan aku sebagai orang perempuan. lagi-lagi cerita itu memang memalukan melayu. mereka kaitkan orang melayulah yang paling banyak terlibat dalam seks bebas dan rogol ni.


lagi satu yang buat aku rasa macam nak keluar ialah, pelakon dalam cerita ini selamba jer menayangkan peha, perut, dan badan mereka. memanglah mereka itu cuma berlakon, mengikut arahan dan pakai teknik-teknik kamera, tapi nak jugak diorang ini terima berlakon filem yang tak ada motif langsung itu.


rasa macam membazir jer duit aku tau. sebab tulah aku tak suka tengok filem melayu! tak ada motif, murahan. rasa macam tengah tengok filem lucah pun ada. tak tahulah macam mana filem ini boleh diluluskan dan ditayang di Malaysia. filem ini jugak macam mengajar orang lain untul jadi usahawan siber dengan menyebarkan video-video lucah. hisyy!

lagi satu, bila aku dengar bunyi-bunyi suara diorang, memang rasa macam nak hempuk jer. bunyi-bunyi tengah ghairah lah, mengada-ngada, nafsu tengah naik..eii rasa malunyerlah aku niii..tak tahu kat mana nak letak muka yang comel ni tauu..adeeiii..


so, aku suggest dekat korang janganlah tengok filem KLIP 3GP ni..banned kan terus! tak ada moral dan motif! selain itu, disebabkan cerita ni, hubungan anatara Mimi One Nation Emcees (ONE) dengan kekasihnya Jojo yang turut berlakon dalam filem itu terjejas..nak tahu cerita lanjut, klik sini..adioss..

Saturday, October 22, 2011

dapat pass free dari Nuffnang dan TGV, tapi siapa nak tolong ambilkan

0 insan terpilih
assalamualaikum..

10 haribulan 10 yang lepas meruoakan birthday aku. so aku pon tak ada buat apa pergilah jenguk dan intai kot-kot ada email beru..yelah tak da kerja check email jelah. kot-kot dapat duit 1 juta ke kann.


tengah dok cek dan scroll ke bawah, ternampaklah satu email ini dari encik Nuffnang. jari pon laju menekan email tersebut mana tahu ada hadiah ker..huhu mengharap jugak ni.

aku pon bacalah ayat-ayat dalam bahasa inggeris itu. jangan ingat aku tak paham pulak ea.. setakat simple word itu, semua orang paham kan..


Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 7 November 2011 (Monday). Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)


so korang paham kan apa yang dia tulis..alkisahnya aku ni frust lah. sebab siapa yang nak amikkan aku pass tu..aku ni dahlah kat araustralia aka arau. jauh tu..tempat tu pulak kat KL. manalah terror sangat jalan-jalan kat situ. nak suruh orang lain amikkan pon, diorang tak mahir jalan sana..

aku pulak balik rumah 3hb, tarikh last kutip pass tu 7 hb. alaaaa mana sempat kann..menci-menci lah..nampak gaya terpaksa burnlah pass tu..huwawawa sedihh..ada sape-sapa yang sudi amikkan tak.?? huhuhu..tak boleh ke diorang poskan?? huwawawa..sedihh..kalau tak dah boleh tengok 4 movie..itupun kalau aku pergi sorang-sorang..huhu

Thursday, October 20, 2011

gambar majlis pertunangan chef riz(anak chef wan) dan ana dahlia

0 insan terpilih
assalamualaikum..

baru-baru ini anak teruna datuk chef wan sudah selamat bertunang dengan pelakon ana dahlia..mengikut adat melayu, rombongan pihak lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan. tidak seperti artis yang lain, chef riz iaitu anak chef wan, tidak pun menjukkan muka pada majlis tersebut. tidak seperti sesetengah artis yang majlis pertunangan sudah seperti majlis perkahwinan pula..











RAHSIA HANDSET NOKIA KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

0 insan terpilih

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

Wednesday, October 19, 2011

UiTM nombor 600 di antara 3000 universiti di DUNIA.

1 insan terpilih
assalamualaikum.. ^_^


selama 3 tahun setengah aku sudah menuntut ilmu di Universiti Teknologi Mara.terasa sekejap sahaja masa berlalu. lagi 1 tahun, maka tamatlah kontrak aku sebagai seorang pelajar di sini. huwawa

masa kecik-kecik family and cikgu-cikgu selalu tanya nanti dah besar nak belajar dekat universiti mana. tanpa berfikir panjang terus bagi jawapan. saya nak belajar dekat UITM cikgu. kenapa uitm yang di sebut, bukan UKM ke, UM ke, UPM ke. boleh dikatakan masa zaman kecik, ITM lah satu-satunya universiti termasyhur yang ada kat Malaysia ini.

jadi, bila dah besar ini aku rasa macam berbangga sebab akhirnya impian aku untuk belajar di UITM tercapai juga. kadang-kadang ramai orang luar cakap graduan UITM terlalu ramai dan tak berkualiti. tak setaraf graduan dari UM atau UPM. tapi tapi tapi, universiti mana yang aku sebut dulu masa kecik?? UITM kan..so bagi aku, UITM is the best university among others! korang nak bangkang ke apa ke, aku tak kisah. yang penting I'M PROUD TO BE UITM STUDENT!

lagi satu benda yang menguatkan kebanggaan aku terhadap UITM ini ialah, ia sudah tersenarai di nombor 600 di antara 3000 university di seluruh dunia tau. so bangga ke tak?? UUM pun tak tersenarai tau..jadi mohlah kita pakat ramai-ramai masuk UITM..hehe

jangan sekali-sekali memandang rendah graduan dari UITM ini. banyak dah tokoh terkenal sudah UITM lahirkan. jadi tiada lagi keraguan..UITM DI HATIKU lahh! hehe

okay, now, sudah tamat sesi mempromote UITM. adik-adik lepasan SPM, MATRIK DAN STPM..meh join UITM sama-sama okayy..gerenti tak menyesal. dah lah yuran murah, dapat elaun lagi nanti. dapat baucar 200 untuk beli buku. so, no doubt okay! hehe..till the end..bubyee..

Tuesday, October 18, 2011

VVIP belanja kami makan tengahari ini

0 insan terpilih
assalamualaikum..

harini rasa sangat bertuah sebab masa makan tengahari tadi. ada orang belanja. heheh..bukan calang-calang orang tau..orang besar tu..nak tahu sape?? dato' shahidan kassim, bekas menteri besar perlis belanja kitaorang tadi. wa cakap sama luuu..buka takat kitaorang jer dia belanja. tapi satu kedai itu dia bayarkann..murah rezeki dato dan kami kan..hehe..patutlah terdetik nak makan kat restoran tu..rupanya ada orang nak belanja. dapat jumpa sekejap pon jadilah..itulah untungnya duduk dekat arau perlis ini. negeri nyerr kecik, sampaikan boleh jumpa orang VVIP di merata-rata tempat..hehehe

Sunday, October 16, 2011

kejutan kek di hari jadi buatkan aku menangis

0 insan terpilih
assalamualaikum..


hari isnin lepas merupakan bufday aku yang ke 22..wahh terasa dah dewasa pulak..haha..even aku ini dah 22 tahun and sesuai dah nk jadi isteri orang, tapi mereka selalu ingat aku ini macam budak-budak sekolah. sebabnya fizikal aku ini yang kecil molek dan comell..ahakzz..

as usual bila sampai birthday aku, tak ada apa yang seronok pun. setiap tahun tak ada sambutan. just accept wished from others like family, frenz and kazen. nothing special akan berlaku masa birthday aku selalunya. so, bila tak ada orang bagi kek kat aku ker, selalunya aku tak sedih atau frust sebab dah biasa. boleh dikira berapa kali aku tiup lilin sepanjang tempoh 22 tahun ini.


memanglah terasa sedih. aku pon boleh kira berapa banyak hadiah yang aku terima sepanjang 22 tahun ini. kalau orang lain, masa birthday diorang akan terima macam-macam hadiah macam teddy bear ke, minyak wangi ker, baju ker, candle light dinner ker.

..tahun ini, macam biasa juga aku akan sambut birthday sorang-sorang without family. dah berapa tahun macam itu. semuanya atas tuntutan belajar..huwawawa..

but, for me this year merupakan sambutan birthday yang special bagi aku. nak tahu apa sebabnya? sebabnya kawan-kawan aku kat sini buat surprise cake untuk akuu!!! gilerr sayang korang semua ketat-ketat tau! ceritanya macam ini. aku macam biasalah, tidur pada waktu yang sama setiap hari even time tu birthday aku. yelah nak gayut dengan siapakan even dah dapat kol free. pakwe takda. so tidorlah kejenye..huhu

kebetulan time tu hari isnin. so pergi kelas pon cuma sesetengah je wish birthday. aku tak terasa pun sebab aku dah biasa. bila balik kelas pon sama. tak ada ura-ura nak ada kek untuk aku..hehe..siap boleh beli kfc untuk diri sendiri lagi without siapa-siapa belanja walaupun masa tu birthday aku..huwawawa

bila dah sampai malam, kebetulan tak ada kerja nak buat, aku pun online lah facebook macam biasa. tengah syok-syok online sambil berborak dengan rumate and housemate dalam bilik, tetiba letrik terpadam. aku dah cuak dah..takkan takda letrik pulak malam-malam ini. ataupun letrik kitaorang dah kena potong?? oh nooo!! aku ingatkan suis utama rumah kitaorag terjatuh..

rumate aku dah bising-bising nak carik lilin katanya. aku yang takut ni ikutlah dia keluar bilik jugak. yelah, takkan aku nak duduk dalam bilik itu sorang-sorang dalam gelap gelita..takottt wooo! bila aku keluar je bilik, aku ternampak cahaya dekat ruang tamu macam terang benderang. rupa-rupanya diorang buat suprise untuk aku!!! ini kerja korang rupanya!! 

aku dengarlah diorang nyanyikan lagu birthday untuk aku dengan kawan aku lagi sorang sebab bufday dia masa 8hb aritu. so sambut sekalilah. gua memang dah terkena wakenabeb.. tapi serius masa diorang nyanyikan lagu bufday itu aku menagis tau! sebab terharu. itulah kali pertama kawan-kawan sambut bufday aku and siap ada cake lagi..sayang korang semualahh!

and thanks korang sebab sudi keluarkan duit untuk cake yang sedap tu..ooh lagi satu, lepas kitaorang dah makan cake, tibalah sesi memotong buah kedondong dengan mangga..siap buat maggi satu periuk lagi untuk diorang..itulah jamuan kitaorang pada malam itu. seronok sungguh!

Friday, October 14, 2011

pengalaman mengambil lesen kereta dan motor

0 insan terpilih
assalamualaikum..

adoii sungguh panas malam ini. nak tidur pun rasa tak selesa. rasa macam nak berendam je kat kolam renang. kawan-kawan ada yang ajak pergi mandi air terjun kat Bukit Ayer tapi disebabkan kerja yang banyak, tak dapatlah nak ikut diorang. malam ini pun mata aku di sajikan dengan cahaya bulan yang sangat cantik!

entry ini aku nak cerita pasal pengalaman aku mengambil lesen. macam tak percaya je, punyalah banyak halangan yang aku kena tempuh, akhirnya berjaya juga aku mendaftar untuk mengambil lesen di arau ini dengan harga rm750. bukan satu lesen tapi dua. motor dan kereta.

so, 2 minggu lepas aku dah selamat menjalani ujian komputer. alhamdulillah, setelah penat otak membuat 500 latihan dalam buku itu, akhirnya aku berjaya menjawab soalan ujian yang di adakan. nak tahu aku dapat score berapa?? aku berjaya peroleh 47/50! hehe..amacam, hebat tak?? hehe

bila dah selesai ujian komputer, aku telah pun selamat menjalani amali motor dan kereta. alhamdulillah juga, aku telah berjaya mendapat lesen L..hehe..maasa amali motor, cikgu itu tanya kitaorang siapa yang tak pandai bawak motor. aku dengan bangganya mengangkat tangan. ingat kan ramailah tak tahu bawak. rupanya aku sorang jer! arghh malunyerr..

tapi cikgu tu cakap jangan risau. peratus orang yang tak pandai bawak motor langsung tapi berjaya peroleh lesen adalah tinggi. so tak mustahil aku tak boleh buat punya kan. tapi masalahnya, aku nak tongkat motor pun tak larat! macam mana nak buat latihan itu nanti..takut nyerrr!

bila dah selesai amali motor, tiba masa untuk amali kereta pula. tepat jam 8.30 pagi 13 haribulan 10, aku telah berjaya menggerakkan kereta buat pertama kalinya!!! arghh bangganya aku dengan diriku ini..hehehe..tak sangka weii aku dah boleh bawak kereta. walaupun kadang-kadang termati enjin bila kat bukit, tak berapa pandai control stereng, selalu tekan clutch tak habis tapi aku berjaya juga membawa kereta! yeeha!

lepas ini, tibalah masa untuk latihan motor dan kereta. lepas itu bolehlah aku peroleh lesen P! heheh..ops lagi satu lupa nak cerita. aku dapat cikgu yang muda untuk kereta itu. tengok muka memang garang giler. tapi okaylah..hahhaa..okaylah till the end..bubye!

Saturday, October 8, 2011

ragam lecturer aku sepanjang semester ini..atoyaii

2 insan terpilih
assalamualaikum..

MSN Onion Iconmalam ini hujan turun dengan renyainyer..menyejukkan malam ku yang sunyi sepi tanpa peneman..hehe..ayat nak berbunga je kan malam ini..jiwang sikit jer, tak banyak pon..kalau tulis banyak-banyak takut ada yang termuntah lak. huhu.. 

Onion Iconsaku pon takada cerita apa pun sebenarnya. sekadar nak mengupdate blog jer..aktiviti hari ini pun macam biasa-biasa. tak ada yang luar biasa. still bosan and tak tahu nak buat apa. walaupun assignment and presentation tengah menunggu aku di siapkan.hehe..macma biasalah, nak mulakan kena ada mood kan. masalahnya sekarang ini mood tak sampai-sampai lagi. entah pergi mana ntah encik mood ni..huhu

oklah, tetiba otak aku terlintas nak cerita pasal lecturer aku sepanjang semester ini..huwawawa...banyak sedih dari happy tau tak. semester kali ini aku ambik 6 subjek. and aku dapat 5 orang lecturer lelaki, dan 2 perempuan. masing-masing mempunyai cara dan trademark tersendiri sampaikan aku rasa macam nak tukar lecturer jer..

Onion Emoticon Setlecturer pertama. dia ajar subjek Human Resource Development. seorang lelaki yang berumur lebih kurang 47 tahun. dulu pernah belajar dekat California. pernah buat PHD tapi tak lepas so tak dapatlah panggilan Doktor. suka merendahkan kitaorang. cakap kitaorang low class. masuk kelas jer dah kena bullshit. suka bercerita sampaikan satu chapter mengambil masa 1 minggu nak habiskan. tak suka student perempuan pakai seluar jeans sebab nampak cheap aka murah! kitaorang gelarkan dia lecturer bullshit. sebab dia suka sebut perkataan tu. tapi kitaorang tak maksudkan pon..yang student lelaki kena duduk depan sebab dia taknak budak perempuan kadi macam Amina Wadud!

Onion Iconlecturer kedua. dia ajar subjek Quality Management. seorang lelaki berumur lebih kurang 45 tahun. seorang timbalan rektor di Uitm Arau. suka main bola masa muda-muda dulu sebagai penjaga gol. sangat sempoi tapi bila dalam kelas dia aje aku selalu nak tertidur. suka bercerita jugak. dia selalu cakap 'ni saya nak cerita sikit nohh'..hehe

Onion Emoticonlecturer ketiga. dia ajar subjek Personal Development. seorang wanita berumur lebih kurang 30 tahun. masih single. dia bercakap ada slang cina, india, pakistan, benggali..so kitaorang tak paham. kitaorang suka mengajuk apa yang dia cakap mengikut slang dia tu. kami perlu berhati-hati dengan dia, sebab lecturer semua yang suruh. sebut saja nama dia, lecturer lain akan cakap hati-hatilah ea. bukan sebab garang, tapi sebab mental. dia boleh bertukar emosi dalam serta merta, dan kami yang akan kena kesannya..habislah! sekarang budak-budak ini tengah isi borang nak tukar lecturer. suka bercerita sampaikan kami tak larat nak dengar. lebih cerita dari belajar!

Onion Iconslecturer keempat. dia ajar subjek Personal Management. seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40 tahun. dialah satu-satunya lecturer yang bagi kami okay. walaupun kadang-kadnag strict sikit. tak boleh masuk lewat dalam kelas dia, kalau tak kena halau. kalau tak datang kelas kena bagi surat sebab. sangat sempoi dan kelakar. suka bercerita jugak. adoi cerita cerita cerita!

Onion Iconslecturer kelima. dia ajar subjek Labor Economics. seorang lelaki berumur dalam lingkungan 45 tahun. kami panggil dia doktor sebab dia ada PHD. dia pernah buat satu teori baru yang di panggil apa entah. dia selalu ingat kitaorang ini macam tak tahu apa-apa jer. kitaorang tanya lain, dia jawab lain. dia selalu ingat kami ini tak paham langsung apa dia ajar. padahal kami paham jerr. suka sangat gelak walaupun tak kelakar. hehhe

MSN Onion Iconslecturer keenam. dia ajar subjek Recruitment and Selection. seorang wanita berumur dalam lingkunagn 30 tahun. sudah berkahwin. seorang yang kecil molek dan kurus. tetiba teringat dekat akak aku pulak. hehe. boleh tahan garangnyer. tak berapa tahu sangat perangai dia sebab dia baru ajar kami 2 kali, lepas itu kelas asyik cancel jer sampai sekarang.

Onion Iconkesimpulannya, pensyarah aku untuk semester ini sangatlah bermacam ragamnya. semuanya suka bercerita sampaikan kami dah tak larat nak dengar. kadnag-kadang best lah dengar diorang bercerita sebab macam tak bosan sangat. tapi kalau dah bercerita tapi belajar nye tak, kami pon bosan jugak. so kenalah balance kan. nak tak nak kenalah tahan untul beberapa bulan lagi! atoyaii..

Tuesday, October 4, 2011

berdebar nak bawak motor buat pertama kali dalam hidup

3 insan terpilih
assalamualaikum..

Onion Emoticon Setsekarang fikiran aku tengah berkecamuk, neves, suspen, takut semua ada..semuanya gara-gara esok aku nak ambil amali motor. kalau aku dah pandai bawak sikit-sikit tak adalah aku nervous sangat. ini tak, satu patah haram pun aku tak pandai nak bawak, tapi memandai nak amik jugak lesen motor ini..sekarang rasakan kehangatannya..hhuwawa..  

Onion Iconssebelum ini aku ada jugak suruh kawan ajarkan. dia bawak motor lagenda. aku dah happy time tu sebab kaki aku dapat jejak tanah..so dengan muka confident aku gerakkan motor ke belakang. time tu kawan aku tu bonceng kat belakang. 

then, dia ajar start motor. yang ini aku lemah sikit. nak tekan pakai kaki itu tak larat wooo..masa tu aku dah risau dah. macam mana nanti nak ambil lesen. mesti dia suruh start manual kan. then dia suruh start pakai auto jelah. lepas itu suruh masuk gear satu. aku pun dengan muka innocent tekan gear satu. masa tu okay lagi perasaannya.

Onion Emoticon Setbila dia suruh aku pulas, aku okay lagi. dia suruh pulas sikit, jangan banyak sangat. nanti jadi macam adnan sempit lak. hehe..aku pun ikutlah cakap cikgu. pulas sikit jer..then motor pun jalan sikit. bila dia suruh angkat kaki jer, aku dah cuakk..aku angkat sikit lepas itu terus terhoyong hayang..terus tekan brek..kawan aku dah gelak-gelakkan aku..kurang asam betull..

Onion Emoticonlepas itu, aku test lagi. dia suruh buat perlahan-lahan. sama jugak jadinya!! sampaikan aku cakap taknak amik lesen motor ni..mana taknya, kawan aku tu pun takut tengok aku bawak..huhu..sebenarnya aku tak larat sangat nak handlekan motor itu..rasa macam berat sangat jer..hurmm itulah kau nak sangat ambil lesen motor..skang rasakann! tapi itu biasalah terjadi dekat orang yang baru pertama kali dalam hidup nak bawak motor kan..huhuhu

Onion Emoticonsso, esok punya hal ini aku tengah risau bangat. dah lah esok ramai, kalau di buat nyer motor tu hempap aku ker, malu aku nanti..adooii gua risau sangat dah ni. agak-agak korang ada tips tak nak bagi pandai bawak motor cepat?? esok ini aku berserah jelah mintak-mintak semua berjalan dengan lancar and aku tak panikk..aminn.

Onion Emoticon




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA