assalamualaikum..
harini aku rasa sangatlah penatnyer sebab ada modul yang membosankan. dah rasa macam hari isnin pulak. patutnya hari ahad kita bersuka ria, bersenang lenang, merehatkan minda dan badan, tapi apa yang aku buat hari ini adalah menghadiri modul ijazah yang sangat sangat sangat bosan. nasib baiklah wajib. kalau sukahati nak datang, memang aku tak datanglah...sorry to sayy..
masa modul pun aku asyik kena buli dengan budak kumpulan aku jer..mentang-mentang aku ni bersopan santun, lemah lembut sukahati korang jer nak buli kan. sabar sabar..tunggulah korang nanti..aku buli korang balik tau, even badan korang tiga kali besar dari aku..huwawa
erm, aku nak cerita satu benda ni. kawan aku bagitahu yang aku sekarang ni dah banyak cakap. hahaha..macam tak percaya kan. sebelum ni kan aku diklasifikasikan sebagai seorang yang pendiam dan pemalu. kalau sebut nama aku kat kawan sekolah dulu, mesti diorang cakao 'sheila yang pendiam tu ker'..tak pon nanti diorang tanya 'sheila pendiam lagi tak sekarang' ..hahaa..
so, sejak aku berkawan dan serumah dengan diorang ni, diorang dah bolehlah nampak perubahan kat aku. kalau dulu tanya sepatah jawab sepatah. sekarang tanya sepatah, berpatah-patah aku jawab. sampaikan diorang dah tak mampu nak layan. kadang-kadang aku pun saja-saja kacau diorang ni. yelahh asyik mereka je kacau aku..meh sini aku kacau korang balik..baru adill kann..
tu lah, sebelum aku kurang cakap korang nak suruh aku banyak cakap pulak.bila aku dah banyak cakap sikit, korang dah tak sanggup nak layan..huwawa..actually aku ni bukanlah pendiam sangat pon. kalau korang dah kenal aku lama, mesti korang tau perangai aku macam mana. suka mengenakan orang jer ni..tak padan dengan kecik nyer..
so, kalau korang ada terasa dengan apa yang aku cakap selama ini mintak maaflah ea..memanglah aku selalu perli-perli, tapi bukan dengan niat pon.hehe..lepas ini, aku nak ubah perangai yang lagi satu pulak..iaitu PEMALU..kita wait and see iyee malu lagi ke tak aku lepas ni..hahaha..
0 insan terpilih:
Post a Comment