~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, October 8, 2011

ragam lecturer aku sepanjang semester ini..atoyaii

assalamualaikum..

MSN Onion Iconmalam ini hujan turun dengan renyainyer..menyejukkan malam ku yang sunyi sepi tanpa peneman..hehe..ayat nak berbunga je kan malam ini..jiwang sikit jer, tak banyak pon..kalau tulis banyak-banyak takut ada yang termuntah lak. huhu.. 

Onion Iconsaku pon takada cerita apa pun sebenarnya. sekadar nak mengupdate blog jer..aktiviti hari ini pun macam biasa-biasa. tak ada yang luar biasa. still bosan and tak tahu nak buat apa. walaupun assignment and presentation tengah menunggu aku di siapkan.hehe..macma biasalah, nak mulakan kena ada mood kan. masalahnya sekarang ini mood tak sampai-sampai lagi. entah pergi mana ntah encik mood ni..huhu

oklah, tetiba otak aku terlintas nak cerita pasal lecturer aku sepanjang semester ini..huwawawa...banyak sedih dari happy tau tak. semester kali ini aku ambik 6 subjek. and aku dapat 5 orang lecturer lelaki, dan 2 perempuan. masing-masing mempunyai cara dan trademark tersendiri sampaikan aku rasa macam nak tukar lecturer jer..

Onion Emoticon Setlecturer pertama. dia ajar subjek Human Resource Development. seorang lelaki yang berumur lebih kurang 47 tahun. dulu pernah belajar dekat California. pernah buat PHD tapi tak lepas so tak dapatlah panggilan Doktor. suka merendahkan kitaorang. cakap kitaorang low class. masuk kelas jer dah kena bullshit. suka bercerita sampaikan satu chapter mengambil masa 1 minggu nak habiskan. tak suka student perempuan pakai seluar jeans sebab nampak cheap aka murah! kitaorang gelarkan dia lecturer bullshit. sebab dia suka sebut perkataan tu. tapi kitaorang tak maksudkan pon..yang student lelaki kena duduk depan sebab dia taknak budak perempuan kadi macam Amina Wadud!

Onion Iconlecturer kedua. dia ajar subjek Quality Management. seorang lelaki berumur lebih kurang 45 tahun. seorang timbalan rektor di Uitm Arau. suka main bola masa muda-muda dulu sebagai penjaga gol. sangat sempoi tapi bila dalam kelas dia aje aku selalu nak tertidur. suka bercerita jugak. dia selalu cakap 'ni saya nak cerita sikit nohh'..hehe

Onion Emoticonlecturer ketiga. dia ajar subjek Personal Development. seorang wanita berumur lebih kurang 30 tahun. masih single. dia bercakap ada slang cina, india, pakistan, benggali..so kitaorang tak paham. kitaorang suka mengajuk apa yang dia cakap mengikut slang dia tu. kami perlu berhati-hati dengan dia, sebab lecturer semua yang suruh. sebut saja nama dia, lecturer lain akan cakap hati-hatilah ea. bukan sebab garang, tapi sebab mental. dia boleh bertukar emosi dalam serta merta, dan kami yang akan kena kesannya..habislah! sekarang budak-budak ini tengah isi borang nak tukar lecturer. suka bercerita sampaikan kami tak larat nak dengar. lebih cerita dari belajar!

Onion Iconslecturer keempat. dia ajar subjek Personal Management. seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40 tahun. dialah satu-satunya lecturer yang bagi kami okay. walaupun kadang-kadnag strict sikit. tak boleh masuk lewat dalam kelas dia, kalau tak kena halau. kalau tak datang kelas kena bagi surat sebab. sangat sempoi dan kelakar. suka bercerita jugak. adoi cerita cerita cerita!

Onion Iconslecturer kelima. dia ajar subjek Labor Economics. seorang lelaki berumur dalam lingkungan 45 tahun. kami panggil dia doktor sebab dia ada PHD. dia pernah buat satu teori baru yang di panggil apa entah. dia selalu ingat kitaorang ini macam tak tahu apa-apa jer. kitaorang tanya lain, dia jawab lain. dia selalu ingat kami ini tak paham langsung apa dia ajar. padahal kami paham jerr. suka sangat gelak walaupun tak kelakar. hehhe

MSN Onion Iconslecturer keenam. dia ajar subjek Recruitment and Selection. seorang wanita berumur dalam lingkunagn 30 tahun. sudah berkahwin. seorang yang kecil molek dan kurus. tetiba teringat dekat akak aku pulak. hehe. boleh tahan garangnyer. tak berapa tahu sangat perangai dia sebab dia baru ajar kami 2 kali, lepas itu kelas asyik cancel jer sampai sekarang.

Onion Iconkesimpulannya, pensyarah aku untuk semester ini sangatlah bermacam ragamnya. semuanya suka bercerita sampaikan kami dah tak larat nak dengar. kadnag-kadang best lah dengar diorang bercerita sebab macam tak bosan sangat. tapi kalau dah bercerita tapi belajar nye tak, kami pon bosan jugak. so kenalah balance kan. nak tak nak kenalah tahan untul beberapa bulan lagi! atoyaii..

2 insan terpilih:

budak penjara said...

bnyk jugak ragam lecturer ni yer

Nisa Greennnpanda said...

Hepi Belated B'day ye~!! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA