assalamualaikum..
hari isnin lepas merupakan bufday aku yang ke 22..wahh terasa dah dewasa pulak..haha..even aku ini dah 22 tahun and sesuai dah nk jadi isteri orang, tapi mereka selalu ingat aku ini macam budak-budak sekolah. sebabnya fizikal aku ini yang kecil molek dan comell..ahakzz..
as usual bila sampai birthday aku, tak ada apa yang seronok pun. setiap tahun tak ada sambutan. just accept wished from others like family, frenz and kazen. nothing special akan berlaku masa birthday aku selalunya. so, bila tak ada orang bagi kek kat aku ker, selalunya aku tak sedih atau frust sebab dah biasa. boleh dikira berapa kali aku tiup lilin sepanjang tempoh 22 tahun ini.
memanglah terasa sedih. aku pon boleh kira berapa banyak hadiah yang aku terima sepanjang 22 tahun ini. kalau orang lain, masa birthday diorang akan terima macam-macam hadiah macam teddy bear ke, minyak wangi ker, baju ker, candle light dinner ker.
..tahun ini, macam biasa juga aku akan sambut birthday sorang-sorang without family. dah berapa tahun macam itu. semuanya atas tuntutan belajar..huwawawa..
but, for me this year merupakan sambutan birthday yang special bagi aku. nak tahu apa sebabnya? sebabnya kawan-kawan aku kat sini buat surprise cake untuk akuu!!! gilerr sayang korang semua ketat-ketat tau! ceritanya macam ini. aku macam biasalah, tidur pada waktu yang sama setiap hari even time tu birthday aku. yelah nak gayut dengan siapakan even dah dapat kol free. pakwe takda. so tidorlah kejenye..huhu
kebetulan time tu hari isnin. so pergi kelas pon cuma sesetengah je wish birthday. aku tak terasa pun sebab aku dah biasa. bila balik kelas pon sama. tak ada ura-ura nak ada kek untuk aku..hehe..siap boleh beli kfc untuk diri sendiri lagi without siapa-siapa belanja walaupun masa tu birthday aku..huwawawa
bila dah sampai malam, kebetulan tak ada kerja nak buat, aku pun online lah facebook macam biasa. tengah syok-syok online sambil berborak dengan rumate and housemate dalam bilik, tetiba letrik terpadam. aku dah cuak dah..takkan takda letrik pulak malam-malam ini. ataupun letrik kitaorang dah kena potong?? oh nooo!! aku ingatkan suis utama rumah kitaorag terjatuh..
rumate aku dah bising-bising nak carik lilin katanya. aku yang takut ni ikutlah dia keluar bilik jugak. yelah, takkan aku nak duduk dalam bilik itu sorang-sorang dalam gelap gelita..takottt wooo! bila aku keluar je bilik, aku ternampak cahaya dekat ruang tamu macam terang benderang. rupa-rupanya diorang buat suprise untuk aku!!! ini kerja korang rupanya!!
aku dengarlah diorang nyanyikan lagu birthday untuk aku dengan kawan aku lagi sorang sebab bufday dia masa 8hb aritu. so sambut sekalilah. gua memang dah terkena wakenabeb.. tapi serius masa diorang nyanyikan lagu bufday itu aku menagis tau! sebab terharu. itulah kali pertama kawan-kawan sambut bufday aku and siap ada cake lagi..sayang korang semualahh!
and thanks korang sebab sudi keluarkan duit untuk cake yang sedap tu..ooh lagi satu, lepas kitaorang dah makan cake, tibalah sesi memotong buah kedondong dengan mangga..siap buat maggi satu periuk lagi untuk diorang..itulah jamuan kitaorang pada malam itu. seronok sungguh!
0 insan terpilih:
Post a Comment