~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, October 25, 2011

review filem KLIP 3GP-GERUN, GANAS, GHAIRAH..memalukan!

assalamualaikum..

kelmarin hari ahad. di sebabkan cuti hujung minggu, kelas tak ada, tahap bosan melanda-landa, so kami decide nak pergi tengok wayang dekat Jitra Mall. walaupun hari selasa itu ada test Labor Economics tetapi ia tetap tak membuatkan rancangan kami yang tiba-tiba ini tertangguh..hahaha

mula-mula kawan ajak tengok Real Steel, tapi bila dah sampai sana dia nak tengok cerita The Thing pulak. so, nak buat macam mana kan. kawan-kawan aku yang lain pulak nak tengok cerita melayu. diorang ni memang suka sangat tengok filem melayu dekat wayang.

kalau tanya aku suka ke tak, memanglah jawapan aku tak. bukan tak sokong filem-filem kita, tapi aku memang tak minat nak tengok. rasa macam membazir jer..tapi disebabkan diorang nak tengok jugak, aku pun ikut jelahh.


diorang decide nak tengok cerita KLIP 3GP. yang ganas, gerun dan ghairah tu. dengar pun dah lain macam kan. so, bila dah setengah jam tengok filem itu, aku dah rasa macam nak KELUAR je dari panggung. masa tu, tak ramai sangat yang tengok. kitaorang ni tak tahu pun cerita ni pasal apa. and tak tahu pun apa maksud Klip 3GP ni..biasalah budak-budak baikk..hahaha

sebab apa aku nak keluar?? sebab aku rasa macam malu dan bodoh sangat cerita tu. dan memang tak patut ditayangkan pon. memalukan aku sebagai orang perempuan. lagi-lagi cerita itu memang memalukan melayu. mereka kaitkan orang melayulah yang paling banyak terlibat dalam seks bebas dan rogol ni.


lagi satu yang buat aku rasa macam nak keluar ialah, pelakon dalam cerita ini selamba jer menayangkan peha, perut, dan badan mereka. memanglah mereka itu cuma berlakon, mengikut arahan dan pakai teknik-teknik kamera, tapi nak jugak diorang ini terima berlakon filem yang tak ada motif langsung itu.


rasa macam membazir jer duit aku tau. sebab tulah aku tak suka tengok filem melayu! tak ada motif, murahan. rasa macam tengah tengok filem lucah pun ada. tak tahulah macam mana filem ini boleh diluluskan dan ditayang di Malaysia. filem ini jugak macam mengajar orang lain untul jadi usahawan siber dengan menyebarkan video-video lucah. hisyy!

lagi satu, bila aku dengar bunyi-bunyi suara diorang, memang rasa macam nak hempuk jer. bunyi-bunyi tengah ghairah lah, mengada-ngada, nafsu tengah naik..eii rasa malunyerlah aku niii..tak tahu kat mana nak letak muka yang comel ni tauu..adeeiii..


so, aku suggest dekat korang janganlah tengok filem KLIP 3GP ni..banned kan terus! tak ada moral dan motif! selain itu, disebabkan cerita ni, hubungan anatara Mimi One Nation Emcees (ONE) dengan kekasihnya Jojo yang turut berlakon dalam filem itu terjejas..nak tahu cerita lanjut, klik sini..adioss..

5 insan terpilih:

Hanif Irfan said...

tak tahu kat mana nak letak muka yang comell the best! haahaahahaah

fideila said...

betull lahh..rasa macam nak meyorok bawah kerusi time tu..

ot@i said...

baru beli kat astro first, bad impression at first actually. but untuk komen, kena tgk dulu la kan. to me, ape yg kite rasa bile tgk cite tu (mean sampai x tau nak letak muka kt mana) tu la realiti yang ditanggung oleh kebanyakan gadis melayu kita yang tersilap langkah. mmg ramai org melayu yg terlibat. x percaya, tgk akhbar & internet. yang benar, walaupun pahit, kena terima. from positive aspect, this movie is good for matured audience (selain dari lakonan yg mgkn ada yang over)... prevent much3 better than cure....hrp2 kita suma dpt jaga diri, anak, adik, kakak & sesiapa saja yang berkaitan, sebelum terlewat!!!

ot@i said...

baru beli kat astro first, bad impression at first actually. but untuk komen, kena tgk dulu la kan. to me, ape yg kite rasa bile tgk cite tu (mean sampai x tau nak letak muka kt mana) tu la realiti yang ditanggung oleh kebanyakan gadis melayu kita yang tersilap langkah. mmg ramai org melayu yg terlibat. x percaya, tgk akhbar & internet. yang benar, walaupun pahit, kena terima. from positive aspect, this movie is good for matured audience (selain dari lakonan yg mgkn ada yang over)... prevent much3 better than cure....hrp2 kita suma dpt jaga diri, anak, adik, kakak & sesiapa saja yang berkaitan, sebelum terlewat!!!

Unknown said...

Review yang baik! Jom baca review kami pula di sini = Review Klip 3gp Kakiwayang.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA