~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, December 24, 2011

lelaki tertarik dengan gadis bertudung atau tidak bertudung?

1 insan terpilih
assalamualaikum..

erkkk alhamdulillah, baru jer lepas makan spagetti chicken mushroom dengan air bandung. kenyang betul tapi still lagi tapau burger ayam..ahakzz ini semua gara-gara seharian tak makan..huhu..habis semua aku nak melantak..tapi AWAS, duit sudah berkurang jadi kenalah berjimat cermat..huwawa..sedih betul bila memikirkan pasal duit sekarang..

ini yang buatkan aku tak sabar nak balik rumah ini. dijangka flight aku pada hari Rabu ini, pukul 9 pagi dari Araustralia ke Shah Alam..hahah..balik nanti nak mintak lah sikit bantuan dari mereka-mereka yang sudi membantu aku untuk hidup sebulan jer lagi di Araustralia..heheh

okay, cut the strory and back to the topic now!so, lelaki sekarang ini tertarik dengan gadis yang bertudung atau tidak ek?? selalunya kalau keluar pergi makan ker atau shopping ker, mesti mata diorang akan tengok ke arah gadis yang tidak bertudung kan? kenapa ek? adakah mereka nampak cantik atau ayu?

adakah mereka yang tidak bertudung ini hanya ingin meraih perhatian dari sang jejaka? bila sang jejaka sudah pandang-pandang, jeling-jeling, mulalah si gadis tersipu-sipu malu dan terperasantan. hhaa..tapi itu semua lumrah kann..kawan aku pernah cakap, yang dia tak boleh tengok orang tak pakai tudung. dia cakap diorang ini semua ingat cantik sangat ker..'bila diorang tak pakai tudung, aku rasa macam diorang tu terlalu seksi' kalau cantik tak apa..hurmm itu kata-kata dari kawan aku ea..hehe

bila dah kahwin nanti, sang jejaka akan pilih bakal isteri yang bertudung atau tidak ek? mungkin kalau pilih yang tidak bertudung itu akan menjadi satu tanggungjawab kepada mereka untuk mendidik isteri mereka supaya berubah..kalau pilih yang bertudung, itu menjadi satu tanggungjawab kepada suami untuk mendidik isteri dengan lebih baik lagi...jadi kat sini ada jugak pros and cons nyer kann...semuanya terpulang kepada iman seseorang dan niat mereka..betul tak?


mereka yang tidak bertudung tidak semestinya jahat kan? cuma mungkin mereka masih belum terima hidayah lagi untuk terus bertudung. buat apa nak bertudung tapi hanya sekejap-sekejap..tapi itu kira okay jugak, atleast dia ada niat untuk bertudung cuma tidak sepenuhnya lagi..orang yang bertudung litup dan labuh pula tak semestinya baik perilakunya kan? aku pernah jer jumpa gadis yang bertudung labuh tapi tengah buat 'projek' dengan pakwenyer..so, dekat sini aku nak cakap 'don't judge a book by its cover' 

pensyarah aku pernah cakap, mereka yang tidak bertudung ini hanyalah melakukan dosa kecil. yeker?? aku rasa, bila kita tidak bertudung, maknanya kita dah tak menutup aurat. bila tak menutup aurat dosa besar jadinya kan? pensyarah aku cakap lagi, dosa kecil ini boleh di hilangkan dengan hanya mengambil wuduk sahaja..begitu senang pulak ek..kalau camtu, tiap-tiap hari buat dosa kecil, boleh hilangkan camtu jer la? hurmmm..so, renung-renungkan dan selamat beramal..!

Friday, December 23, 2011

cerita Adam Adli tersebar-turunkan bendera Najib

0 insan terpilih
assalamualaikum..

salam Jumaat. bertemu lagi kita dengan penghulu hari untuk bulan ini. moga keberkatan hari Jumaat ini akan menyinari hari saya dan kawan-kawan sekalian..alhamdulillah jugak, aku dah lepas satu lagi ujian pada pagi tadi..so, dengan rasminya bermula hari ini aku akan start bercuti!! yeahhh..tapi bukan bermakna aku sudah merdeka untuk semester ini, sebab final exam akan bermula pada 5 hb Januari nanti..doakan saya ea kawan-
kawan..

seperti yang di janjikan pada entry yang lepas, entry kali ini aku akan revealkan siapakan Adam Adli Abdul Halim yang kian di perkatakan sekarang. beliau merupakan pelajar tahun 3 di Universiti Perguruan Sultan Idris dan berumur 22 tahun. nama beliau mula di perkatakan kerana terbabit dalam permansuhan AUKU di jalanan.

PC SMM Lagi Isu Adam Adli (UPSI) Turunkan Bendera Wajah Najib

AUKU di sini bermaksud Akta Universiti dan Kolej Universiti. Adam Adli di dakwa telah menurunkan bendera yang tertera gambar Najib Tun Razak sebagai tanda protes terhadap sistem pengajian tinggi. sejak insiden itu, beliau telah menerima pelbagai ugutan seperti bunuh, pukul, ludah dan cacian. ugutan-ugutan itu turut datang daripada pro blogger UMNO, pemuda dan orang ramai melalui Youtube dan saluran lain. mereka semua berasa tidak berpuas hati dengan tindakan Adam Adli yang di rasakan sudah melebihi batas.





Adam Adli juga telah memimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang turut di sertai oleh mahasiswa yang lain. LMP telah mendapat kepercayaan daripada Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang sentiasa menyokong pergerakan LMP. Adam Adli juga di katakan terlalu rapat dengan Anwar Ibrahim dan dengan itu telah menyebabkan kemarahan warga Umno.


ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Adam Adli, namun ada juga yang menyokong tindakannya itu. bagi aku, kita semua ada hak untuk meluahkan perasaan tidka puas hati kita, kerana negara Malaysia merupakan negara demokrasi. tapi, ia haruslah di luahkan di saluran yang betul. janganlah sampai menimbulkan kesusahan kepada orang lain. sekarang muncul pula 'wira' baru yang bernama Muhammad Aiman, yang di katakan akan melawan Adam Adli selepas ini..wah-wah, semakin kencang maslaah ini nanti jawabnya..

jadi, sama-samalah kita duduk berbincang. janganlah masing-masing menuduing jari menyalahkan orang lain sedangkan kita tak tahu situasi yang sebenarnya. setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya. cuma terpulang kepad adiri kita untuk selesaikan dengan cara baik atau cara buruk. walahualam




Thursday, December 22, 2011

siapa Adam Adli Abdul Halim? artis baru ker?

0 insan terpilih
assalamualaikum..

adoii hari ini snagat penat rasanya..mana taknya ada 2 test. dua-dua subjek membaca..masuk pulak banyak chapter. memang tak sempat nak baca lah kan..dugaan-dugaann..esok ini lagi satu test..pagi pulak tuh.hohohoii apa kes lah semester ni kan..penat dan tak bermotivasi langsung..haihh..

hurmm okay cut the story..hari ini aku nak cerita pasal seorang hamba Allah ni yang aku rasa makin popular pulak sejak akhir-akhir ini..aku nak tanya korang semua..siapa Adam Adli ini? aku tengok dekat facebook bukan main popular lagi dia.

artis baru ker? muka boleh tahan hensom.. yang aku tahu dia ni pelajar tahun 3 di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). berumur 22 tahun.oo sebaya aku lah..haha..nantilah, aku selidik-selidik siapa dia ini, and apa contribution dia kepada negara..haha..sekarang nak cerita busy sikit pulak..so next entry aku akan reveal kan siapakah Adam Adli Abdul Halim ini yer.. jeng jeng jeng..





Saturday, December 17, 2011

pelajar Malaysia kahwin GAY. siapa Ariff Alfian Rosli?

0 insan terpilih
assalamualaikum..

Ariff Alfian Rosli, pelajar tahun 3 tajaan Petronas di Dublin Ireland telah pon berkahwin dengan pasangannya Jonathan yang merupakan warganegara di sana. beliau yang merupakan pelajar Malaysia telah berkahwin dengan pasangan sejantinanya (Gay). Ariff Alfian Rosli merupakan pelajar perubatan di University College Dublin.

berita ini telah menggemparkan seluruh Malaysia kerana seperti sedia maklum berkahwin sesama jantina merupakan perkara yang di laknat Tuhan. jadi sama-samalah kita ambil iktibar dan janganlah mengikut ajaran yang terpesong ini.

GAMBAR PERKAHWINAN GAY ARIFF ALFIAN ROSLI

GAMBAR PERKAHWINAN GAY ARIFF ALFIAN ROSLI

GAMBAR PERKAHWINAN GAY ARIFF ALFIAN ROSLI

GAMBAR PERKAHWINAN GAY ARIFF ALFIAN ROSLI

Ariff Alfian Rosli

Ariff didapati telah berkahwin dengan Jonathan


adehhh memalukan kaum jelah..dah lah pakai baju melayu bertengkolok bagai..belajar tinggi-tinggi tapi otak letak kat bawah jugak. harap-harap tak adalah orang ikut jejak langkah dia ni..hurmm tapi ada orang cakap, gambar-gambar ini hanya edit semata-mata..wallahualam..

Friday, December 16, 2011

akhirnya Lesen P berada di genggaman tangan

1 insan terpilih
assalamualaikum..

hari ini aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab satu beban telah pon terlepas dari bahu aku. rasa macam hari ini aku dah merdeka jer..hhehe..mana taknya, bila dapat result jer, ibarat aku baru dapat result cemerlang dalam SPM tau! korang dapat bayangkan tak betapa happy and bersyukurnya bila tengok result
tu..alhamdulillah sangat-sangat!

hari ini tanggal 16hb disember bersamaan hari Jumaat, aku sudah berjaya dan lulus dalam Ujian JPJ motorsikal. so guess what? kereta aku dah lulus jugak, motor pon baru jer lulus, maknanya aku dah berjaya dapat Lesen P lahh..hhehehe..excited giler tau! walaupun aku sedikit terlambat dengan kawan-kawan aku yang lain, tapi akhirnya berjaya jugak dapatkan nyer setelah bermacam halangan yang aku terpaksa tempuh sebelum daftar lesen ini.

kalau tak dari dulu lagi aku nk ambil lesen. tapi atas faktor kewangan tak dapatlah aku daftar. nasib baiklah belajar dekat Arau ini. so harga belajar motor and kereta sangatlah murah. cuma rm 750 jer. kalau fail, kenalah bayar rm25 jer..so mana tak bertuahnya aku..memang patutlah ada hikmah belajar dekat Uitm Arau ni..hehe

so, lepas ini bolehlah aku mintak kereta ker motor ke kat sapa-sapa kan..haha..bertuahnya budak kan! balik rumah nanti nak rembat kereta sape-sapelah..hehe..bagi ker diorang? nak tak nak kena bagi kan! aku kan adik diorang..hahah..okay chaww


*mood happy plus laparpo!


Wednesday, December 14, 2011

Gambar Maria Elena Zarul & Asfirdaus Asri Bertunang

2 insan terpilih
assalamualaikum..

wahh sudah lama beta tak menaip entry baru ini nampaknya yer..tgk page view dah 50 ribu plus plus..dalam masa sehari dah meningkat 200 viewers..tapi followers tak naik-naik jugak..nak kena cubit ni sape-sape yng tak follow blog i lagi nihh..hehe..maybe blog i ni tak sehebat blog orang lain yang beribu-ribu followers kan..tak pelahh.buat ayat sedih pulak aku ni ek... :(

today entry nak cerita pasal seorang blogger hebat, seorang youtubers hebat..cer teka cer teka siapakah gerangan insan yang aku mahu ceritakan ini!! heheeh bukan anwar hadi, bukan artis itu, bukan jugak artis ini. tapi aku rasa insan ini pon macam dah jadi artis je sekarang..hehe..

aku suka tengok dia bila dia tengah bercakap. potpetpotpet jer mulut dia. lagi-lagi bila tengah speaking. macam air hujan jer ayat keluar dari mulut tu padahal spontaneous jer kan..untunglahh pandai speaking. aku ni speaking pon kadang-kadang hancur..hahah..low confidentlah to talk with someone else..cewahh dah speaking pulak aku ni haa..hehe

so, cut the story, korang dapat teka tak siapa insan yang aku nak cerita ini.?? based on tajuk entry ini pon awal-awal dah tahu aku nk cerita apa kan..apalahhh..hahaha..bengong sekejap. insan yang bernama Maria Elena Zarul, seorang youtubers yang semakin popular. kalau dulu dia ada buat tutorial shawl, selalu bergambar dengan mimik muka yang pelik-pelik, take a picture with an artist like Yuna, Hana Tajima. so untung lahh kann..hehhee..

she's now telah ditunangkan with someone called Asfirdaus Asri..so hensomm jugak tau..sesuai sangat mereka ini, bagai pinang di belah-belah..hehe..on that engagement day, Maria pakai baju tunang dimana baju itu merupakan baju bersanding emak dia dulu kala..hehe..so sweet kan..and masa akad nikah nanti pulak, dia akan pakai persalinan akad nikah emak dia dulu kala..hehe..muat lagi tuhh..







family Asfirdaus Asri


family Maria Elena


soooo handsomeee and gorgeous gilerr kann!! arghh make me jelezzz!

nak tengok video pertunangan mereka?? clicklah VIMEO  inii!

sumber: blog peliks (maria elena)

Wednesday, December 7, 2011

lulus test JPJ..saya berbangga dengan diri saya

0 insan terpilih
assalamualaikum..

entry kali ini tak mau merepek panjang lebar..aku tersangat busy hari ini mengalahkan VVIP ea kawan-kawan..walaupun kelas tadi tak penuh, tapi untuk esok tersangatlah penuh kelas nya..choii betull..aku dah tak larat nk belajar dah ni..entah kenapa semester ini rasa malas yang teramat sangat..mungkin tak ada sumber motivasi kot..huhu

okay, tadi dah cakap tak mau panjang lebar kan..sekarang straight forward terus..aku just nak bagi tahu yang aku sudah lulus test JPJ hari Isnin lepas.. alhamdulillah dengan sekali cubaan, kedua-dua bahagian aku berjaya buat. walaupun terpaksa menunggu lama, tapi ternyata berbaloi..cewahh..now aku dah officially dapat lesen P..hehe..

masa meunggu tu memang berdebar giler..mula-mula kena buat bukit..dengan dua kali cubaan baru lepas..nasib baik..aku buat dalam masa satu minit..hehe..masa buat parking pulak, excellent. seminit je buat..haha..poyo jer kan..buat 3 penjuru pun seminit..hebat!..haha..

untuk jalan raya, nasib baik aku dapat jalan senang..sekejap je dah sampai..hehe..nasib baik tak ada mati enjin. cuma terlambat pickup jelah..sebab clutch yer panjang..hehe..dapatlah markah 17/20..cukup-cukup makan jer kan..hehe..lepas ni, balik rumah boleh rembat kereta sape-sape..huwawa...i'm proud to be myself! lepas ini test JPJ motor pulak..nantikanlah apa keputusannya..yang ini aku tak confident sangat..huhuhu..

Sunday, December 4, 2011

review filem ombak rindu - sedih dan kelakar

0 insan terpilih
assalamualaikum..

sebelum ini aku ada story mory sikit pasal perjalanan aku untuk tengok movie Ombak Rindu ni kan. jadi entry kali ini aku nak review sedikit pasal movie ini lah ea..moh kita tengok apa yang best dan tak best nyer cerita ini okay..

first starting cerita dah terasa kebahangan nyer..best! dengan latar dan lagu background dia memang terasa macam naik bulu roma. huhu..rasa macam tak sabar-sabar jer nak tengok lagi padahal time tu memang tengah tengok pon..hhahaa

jalan cerita okay, cuma kelakar pulak sampai tergelak-gelak kitaorang kat dalam panggung tu. mesti korang pelik kenapa kitaorang gelak-gelak kan. yang kelakarnyer bila dengar skrip diorang tu. rasa macam lawak pulak. dengan gaya Aaron Aziz yang selamba dan sempoi tu rasa macam sweett jer..macam spontan jer ayat yang keluar dari mulut dia tu. bila muncul je Aaron sebagai Haris dalam cerita semua perempuan dok menjerit-jerit, auw auww lagi..suka gamaknyer kot..tapi dia memang seorang yang romantik tauu!


lepas tu yang lawak nyer bila kemunculan Lisa Surihani dalam tu. kelakar pulak tengok gaya dia..lawakk..habis kena bahan dengan semua orang dalam panggung tu. haaahhaa...tapi watak Lisa sebagai Mila memang sesuai..berkesan dan mantap..watak Izzah lakonan Maya Karin dalam tu pun sangat berkesan. nampaklah gaya kekampungan sikit dia dalam tu. skrip Izzah pon kelakar..macam pelik pulak bunyi nyer..haha..

then bila cerita bab sedih ni satu hal pulak. sebelum tengok movie ini, kecoh satu facebook cakap movie Ombak Rindu ini sedih giler nak mampus, sampai kena bawak tisu banyak-banyak nak lap hingus yang meleleh tu..so aku and the geng pon, terpedaya so siap-siaplah bekalan tisu dari rumah kan. bila dah tengok tertunggu-tunggu jugak aku part mana yang sedih. bilalah nak keluar air mata aku ni kan..tak keluar-keluar jugakk..bukan aku tak da perasaan atau tak feel tengok cerita tu tau..puas aku fokus tapi tak jugak sedih..

bila air mata dah bergenang nak jatuh ke pipi terus dia tersedut masuk dalam balik. sebab apa? sebab nyer bila dah nak start sedih, tetiba dia masuk ke scene yang ceria pulak, bila sedih, dia tukar ke scene lain pulak..so macam manalah nak jatuh air mata tu..huhu..tapikan, ada satu part tu yang akhirnya berjaya buat air mata aku jatuh meleleh ke pipi. hahaha..scene bila Haris marah kat Izzah sebab dia ingat Izzah ada hubungan dengan Mail.. sedih sangat masa tu..


yang tak boleh blah bila scene antara Haris dan Izzah. memang memberahikan tau..takut saya tengok. dengan Izzah yang berkemban, lepas tu dipeluk, diusap dan di cium oleh Haris..urghh kalau aku jadi isteri Aaron Aziz, rasa macam panas je badan ni tengok suamiku dalam tu..tapi takpe, be professional kan..haha..aku dengar scene itu pon macam nak kena boikot..tapi tak tahulah kesudahan boikot tu kan..huhu..


haa lagi satu nk cerita pasal watak Azizah Mahzan..eii aku tak tahulah dia ni sedar ke tak diri tu dah tua..punyalah seksi dalam tu. mengalahkan orang muda..geli pulak aku tengok. memang sesaui lah dia dengan watak tu. menggedik betul..aku rasa dia dalam cerita dengan kat luar sama jer..padan muka dia dalam tu..huhu..

anyway, aku puas hatilah tengok cerita ni. tak sia-sia aku tunggu sampai pukul 12.40 malam, berkorban waktu tidur,dan duit..hehe..thumbs up. 4 stars out of 5..!

dapat tengok filem ombak rindu! jangan jelezz

0 insan terpilih

assalamualaikum..

hari ini aku terbangun lambat, bukan saja-saja nak bangun lambat iyer..nanti kalau cakap saja-saja korang cakap anak dara apa pulak ni kan, so aku nak bagi tahu yang hari ini aku terrrbangun lambat. ini semua sebab semalam aku tidur lewat. dalam pukul 3 pagi baru titun.

sebab aku aku tidur lambat?? haa meh cheq nak habaq sikit noe. semalam cheq pergi tengok OMBAK RINDU dekat Jitra Mall.!!.haha..puas beb dapat pergi. lepas ini tak dalah jeles kan kalau semua orang sibuk dok cerita pasal benda tu. tiket semalam dalam pukul 12.40 malam so sebab itu saya pulang lewat..bukan saja-saja nak berpeleseran di luar iyer..dan saya pon tak keluar dengan lelaki tau semalam. saya keluar dengan kawan-kawan perempuan saya aka classmates saya..hehe..so tak bersosial sangat kann..


disebabkan movie start lambat lagi, kitaorang pulak gerak dari rumah dalam pukul 8.30 malam, so apa lagi sapadaq dulu dekat restoran Yasmeen aka restoran nasi kandar di Jitra. lepas dah makan, jalan-jalan dekat bandar Alor Setar. tiba-tiba kami ternampak funfair dekat sebalah stadium, terus suruh diorang berhenti cari parking. kalau tak, diorang nak pergi tengok i-city aka pokok berlampu dekat alor setar ni. haa ingat kat shah alam je ada i-city? kedah pon ada tau..hahaha

punyalah ramai orang dekat funfair itu. ikutkan dah dekat berbelas tahun aku tak jejak kaki dekat funfair tau. bila dapat pergi rasa seronok giler..macma nak main semua benda. tapi aku dapat main satu permainan jer..huwawa..tak puas tau..hurmm lagipun token yer mahal sangatlah..so dapat main satu permainan pon kira okaylahh..hehe..lepas dah puas ber funfair terus gerak ker Jitra Mall sebab time tu dah pukul 11.50 malam..

sampai jer kat sana, chit chat dulu sambil bergambar dengan Taylor lautner ngan Edward, barulah masuk ke pawagam. ramai jugak orang tengok midnight movie ni..penuh satu room tu..huhu..lepas ni cheq akan habaq sedikit review pasal filem Ombak Rindu ini yer..tungguuu next entry okayy..

Friday, December 2, 2011

al-fatihah kepada allahyarhamah Rara Zikry. siapakah dia?

0 insan terpilih
assalamualaikum...

alhamdulillah hari ini bertemu lagi aku di penghulu hari pada awal bulan disember..kesihatan hari ini agak tidak memberangsangkan sebab dari semalam aku dah pening kepala berdenyut-denyut. dah telan 2 biji pil actifast pon cuma mampu bertahan sekejap jer. ingatkan lepas tidur hilanglah pening nyer, rupanya tidak..dah tampal koyok pon tak jalan jugak. adoii..dengan cuaca panas giler, memang tak tahan..

lagi menambahkan sakit bila tangan aku kat area bahu tu sakit yang amat dah dekat 3 hari. mungkin ini semua gara-gara hari tu bergayut dekat palang, sekarang hamik kau..sakit yang amat. sampaikan nak angkat tangan pon susah..kena slow motion jer ni..huhu.. mesti salah urat ni kot..dah sapu yoko yoko pon tak jalan jugak..habis panas tangan aku ni haa..agaknya dah boleh bakar lemak kat situ kot. 

actually aku nak cerita pasal seorang hamba Allah yang bernama Zarith Nadhira bt Mohamad Zikry aka Rara Zikry telah pon kembali ke rahmatullah pada malam semalam di Sunway Medical Center. bagi yang tidak tahu siapakah arwah ini, bolehlah ikuti jalan cerita di bawah..semoga roh Allahyarhamah Zarith Nadhira akan di tempatkan di kalangan mereka yang solehah dan rohnya di cucuri rahmat.. Aminn..

pada 19 march 2010, Rara Zikry dan rakannya Lanie and others telah merancang untuk memenuhi hujung minggu mereka dengan aktivity cycling di area Mahkamah Shah Alam. tengah berseronok, tiba-tiba Rara terduduk dan sesak nafas. mereka semua sedia maklum yang Rara ada asthma dan menganggap ini serangan asma yang biasa, jadi Rara meminta rakannya menghantar dia ke hospital sambil menahan kesakitan.

Lanie menyuruh kawannya yang lain mengambil kereta Rara dan tanya Rara if dia memerlukan CPR sebab Lanie tahu how to do it. tetapi Rara kata tidak perlu dan terus hantarkan dia ke hospital. mereka sempat berbual di dalam kereta but then Rara terdiam dan mulut dia sudah berbuih-buih. sampai sahaja di hospital, doktor cakap Rara sudah pon koma. imagine how Lanie handle the situation di mana kawan baik yang kita gelak sama-sama pada pagi itu sekarang sudah koma? 

masa Lanie melawat Rara di hospital, dia masih lagi koma. then, datanglah nurse nak tukarkan baju Rara so Lanie decide dia nk pulang dulu ke rumah. di sebabkan nurse ini tak ada perikemanusiaan agaknya, dia tukarkan baju orang yang sakit itu dengan cara yang kasar sampaikan Lanie ternampak air mata Rara menitis ketika dia ingin berjalan pulang. luluh hati Lanie tengok keadaan Rara masa tu, tapi tiada apa yang boleh dia lakukan. esoknya, Lanie dapat tahu siku Rara sudah retak, dan dia syak ini mesti sebab nurse tukarkan baju Rara dengan ganas semalam.

sudah setahun keadaan Rara begitu. tiada apa yang mampu di lakukan lagi oleh keluarga dan teman baik mereka. yang mereka mampu hanyalah berdoa kepada Allah supaya keadaan Rara semakin pulih. tapi tiada siapa yang mampu menolak Qada' dan Qadar yang sudah di tetapkan olehNya. semalam, jam 8.30 malam, Rara telah pun menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga dan kawan tersayang. Al-Fatihah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA