assalamualaikum...
alhamdulillah hari ini bertemu lagi aku di penghulu hari pada awal bulan disember..kesihatan hari ini agak tidak memberangsangkan sebab dari semalam aku dah pening kepala berdenyut-denyut. dah telan 2 biji pil actifast pon cuma mampu bertahan sekejap jer. ingatkan lepas tidur hilanglah pening nyer, rupanya tidak..dah tampal koyok pon tak jalan jugak. adoii..dengan cuaca panas giler, memang tak tahan..
lagi menambahkan sakit bila tangan aku kat area bahu tu sakit yang amat dah dekat 3 hari. mungkin ini semua gara-gara hari tu bergayut dekat palang, sekarang hamik kau..sakit yang amat. sampaikan nak angkat tangan pon susah..kena slow motion jer ni..huhu.. mesti salah urat ni kot..dah sapu yoko yoko pon tak jalan jugak..habis panas tangan aku ni haa..agaknya dah boleh bakar lemak kat situ kot.
actually aku nak cerita pasal seorang hamba Allah yang bernama Zarith Nadhira bt Mohamad Zikry aka Rara Zikry telah pon kembali ke rahmatullah pada malam semalam di Sunway Medical Center. bagi yang tidak tahu siapakah arwah ini, bolehlah ikuti jalan cerita di bawah..semoga roh Allahyarhamah Zarith Nadhira akan di tempatkan di kalangan mereka yang solehah dan rohnya di cucuri rahmat.. Aminn..
pada 19 march 2010, Rara Zikry dan rakannya Lanie and others telah merancang untuk memenuhi hujung minggu mereka dengan aktivity cycling di area Mahkamah Shah Alam. tengah berseronok, tiba-tiba Rara terduduk dan sesak nafas. mereka semua sedia maklum yang Rara ada asthma dan menganggap ini serangan asma yang biasa, jadi Rara meminta rakannya menghantar dia ke hospital sambil menahan kesakitan.
Lanie menyuruh kawannya yang lain mengambil kereta Rara dan tanya Rara if dia memerlukan CPR sebab Lanie tahu how to do it. tetapi Rara kata tidak perlu dan terus hantarkan dia ke hospital. mereka sempat berbual di dalam kereta but then Rara terdiam dan mulut dia sudah berbuih-buih. sampai sahaja di hospital, doktor cakap Rara sudah pon koma. imagine how Lanie handle the situation di mana kawan baik yang kita gelak sama-sama pada pagi itu sekarang sudah koma?
masa Lanie melawat Rara di hospital, dia masih lagi koma. then, datanglah nurse nak tukarkan baju Rara so Lanie decide dia nk pulang dulu ke rumah. di sebabkan nurse ini tak ada perikemanusiaan agaknya, dia tukarkan baju orang yang sakit itu dengan cara yang kasar sampaikan Lanie ternampak air mata Rara menitis ketika dia ingin berjalan pulang. luluh hati Lanie tengok keadaan Rara masa tu, tapi tiada apa yang boleh dia lakukan. esoknya, Lanie dapat tahu siku Rara sudah retak, dan dia syak ini mesti sebab nurse tukarkan baju Rara dengan ganas semalam.
sudah setahun keadaan Rara begitu. tiada apa yang mampu di lakukan lagi oleh keluarga dan teman baik mereka. yang mereka mampu hanyalah berdoa kepada Allah supaya keadaan Rara semakin pulih. tapi tiada siapa yang mampu menolak Qada' dan Qadar yang sudah di tetapkan olehNya. semalam, jam 8.30 malam, Rara telah pun menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga dan kawan tersayang. Al-Fatihah..
0 insan terpilih:
Post a Comment