~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, December 23, 2011

cerita Adam Adli tersebar-turunkan bendera Najib

assalamualaikum..

salam Jumaat. bertemu lagi kita dengan penghulu hari untuk bulan ini. moga keberkatan hari Jumaat ini akan menyinari hari saya dan kawan-kawan sekalian..alhamdulillah jugak, aku dah lepas satu lagi ujian pada pagi tadi..so, dengan rasminya bermula hari ini aku akan start bercuti!! yeahhh..tapi bukan bermakna aku sudah merdeka untuk semester ini, sebab final exam akan bermula pada 5 hb Januari nanti..doakan saya ea kawan-
kawan..

seperti yang di janjikan pada entry yang lepas, entry kali ini aku akan revealkan siapakan Adam Adli Abdul Halim yang kian di perkatakan sekarang. beliau merupakan pelajar tahun 3 di Universiti Perguruan Sultan Idris dan berumur 22 tahun. nama beliau mula di perkatakan kerana terbabit dalam permansuhan AUKU di jalanan.

PC SMM Lagi Isu Adam Adli (UPSI) Turunkan Bendera Wajah Najib

AUKU di sini bermaksud Akta Universiti dan Kolej Universiti. Adam Adli di dakwa telah menurunkan bendera yang tertera gambar Najib Tun Razak sebagai tanda protes terhadap sistem pengajian tinggi. sejak insiden itu, beliau telah menerima pelbagai ugutan seperti bunuh, pukul, ludah dan cacian. ugutan-ugutan itu turut datang daripada pro blogger UMNO, pemuda dan orang ramai melalui Youtube dan saluran lain. mereka semua berasa tidak berpuas hati dengan tindakan Adam Adli yang di rasakan sudah melebihi batas.





Adam Adli juga telah memimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang turut di sertai oleh mahasiswa yang lain. LMP telah mendapat kepercayaan daripada Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang sentiasa menyokong pergerakan LMP. Adam Adli juga di katakan terlalu rapat dengan Anwar Ibrahim dan dengan itu telah menyebabkan kemarahan warga Umno.


ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Adam Adli, namun ada juga yang menyokong tindakannya itu. bagi aku, kita semua ada hak untuk meluahkan perasaan tidka puas hati kita, kerana negara Malaysia merupakan negara demokrasi. tapi, ia haruslah di luahkan di saluran yang betul. janganlah sampai menimbulkan kesusahan kepada orang lain. sekarang muncul pula 'wira' baru yang bernama Muhammad Aiman, yang di katakan akan melawan Adam Adli selepas ini..wah-wah, semakin kencang maslaah ini nanti jawabnya..

jadi, sama-samalah kita duduk berbincang. janganlah masing-masing menuduing jari menyalahkan orang lain sedangkan kita tak tahu situasi yang sebenarnya. setiap perkara itu ada jalan penyelesaiannya. cuma terpulang kepad adiri kita untuk selesaikan dengan cara baik atau cara buruk. walahualam




0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA