~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, August 12, 2012

Biodata Penerjun Wanita Negara Pandalela Rinong anak Pamg


Pandelela Rinong anak Pamg (lahir Mac 2, 1993) adalah atlit Malaysia bagi acara terjun dan renang . Tingginya 5'3 " dan berat 109 kg. Beliau berketurunan Bidayuh, kaum Bumiputera di Sarawak, Malaysia.

Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009m beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan denganMun Yee Leong. Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.


Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter.

Pada 2010 di New Delhi, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter .

Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton

2 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA