assalamualaikum, hari ini hari ahad, lagi beberapa hari sahaja lagi aku akan start final exam. walaupun orang lain dah habis 2 paper diorang tempuh, tapi aku satu apa pun tak tempuh lagi. takpe, aku akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk study supaya mission aku untuk dapat anugerah dekan akan tercapai. amin..
petang ini sangat lah panas. aku tak tahu kenapa negeri perlis ini panas yang amat. disebabkan panas, aku tak boleh nak tidur so kerja aku adalah layan blog, facebook and youtube..mesti korang tanya kenapa aku tak study? sebenarnya otak aku dah jammed baca pasal OSH ini..tak paham satu, lagi satu aku sebenarnya dah habis baca sampai chapter 12, so tinggal lagi satu chpater tu, rilex-rilex lah kejap..otak pun perlukan rehat..betul tak.
okalh cukup sampai situ sahaja mukadimah aku. sekarang aku nak cerita pasal trip aku dengan class mate ke Gunung Jerai..korang tahu tak Gunung jerai itu kat mana? haa sebenarnya ia terletak di Gurun, Kedah..bukan Gurun Sahara tauu..
kami pergi bertujuh. sampai kat sana kitorang lepak dulu dekat rumah kawan aku kat Gurun. memang keluar rumah dia dah nampak gunung tu. so, pukul 11 pagi kami bertolak ke sana dari rumah kawan aku. sampai kat entrance gunung jerai itu, kami tak boleh naik pakai kereta sendiri, kena sewa van. sebab jalan nak naik atas gunung tu bahaya..macam kat bukit putus tu..
so, sewa van naik turun rm10 seorang..masa nak naik itu awal-awal okay lagi..syok je dikelilingi pohon rerimba..bila dah sampai pertengahan, masing-masing dah pening-pening lalat. bila dah nak sampai puncak masing-masing dah tak terkata apa. bayangkan perjalanan nak sampai ke puncak tu mau dekat setengah jam, mana tahan dengan jalan bengkak bengkok tu.
tapi yang syoknya bila dah sampai kat atas, memang sejuk. pakcik yang bawak van tu drop kami kat satu level ini untul ambil gambar permandangan kat situ. serius aku cakap memang lawa. kitaorang boleh nampak sawah-sawah terbentang luas, boleh nampak tanjung dawai senang cakap satu kedah boleh nampaklah..memang tak terkata apa bila dah naik kat atas tu.
bila kami semua dah puas bergambar kat atas tu, hujan dah turun renyai-renyai. so kami terus naik van pergi ke destinasi yang kami mahukan iaitu air terjun gunung jerai. bila dah sampai, satu benda yang kami tak suka ini ialah nak turun ke tempat air terjun tu. penat sungguh..ingatkan dekat lah..upenya nun jauh di bawah sana..hahadooi..
bila dah sampai tempat yang dituju, kami pun carik port yang takda orang. nasib baiklah bukan time cuti sekolah, so tempat tu di conquer oleh kami oranglah..hehehe..yang malunya, bila aku nak jalan ke port kami itu, boleh pulak aku tergelincir..mula lah aku pikir bukan-bukan sampaikan matilah aku kena hanyut dengan air sungai ini..padahal, airnya takat paras buku lali je kat situ..belum pergi tempat yang tinggi lagi..hahadooi betul aku ini..
lepas dah melahap dengan bekalan yang kitaorang bawa, lepas tu salin baju semua terus kami bergerak ke air terjun. aku yang dah trauma jatuh tadi berjalan slow-slow sebab batu kat situ licin bangat..taknaklah jatuh lagi depan diorang..malu den..hehehe
mula-mula kami pergi kat tempat yang rendah dulu, then membe ni rasa tak syok sangat dia ajak naik tempat tinggi sikit kat betul2 tempat air turun, aku ini yang takot jatuh ikutkan jelah..orang lain dah sampai kat atas, aku terkedek-kedek jalan nak naik..hehehe..tapi air kat situ memang sangat sejuk. macam air dalm peti ais je aku rasa..huhu
lepas dah 1 jam kitaorang kat atas tu, siap kawan aku ini syampoo rambut lagi, kami pun berpakat turun sebab tengok air dah macam nak deras..aku pun penuh dengan hati-hati jalan lah slow slow sambil tengok bawah takot terpijak batu yang licin. sekali malang memang tak berbau. terjelepuk aku jatuh!! punyalah sakit punggung aku and kaki..sampaikan aku menangis sebab kaki aku sakit..huwawawa..
kawan-kawan aku punyalah terkejut terus tanya okay ke tak. diorang dah risau semacam sebab aku dah dua kali jatuh..hahatoii betul aku ini..hurm lepas dah turnu tu, kami semua salin baju, kemas-kemas and naik semula dekat tempat yang pakcik turunkan kami tu.. ya allah bila nak naik tu rasa macam naik gunung kinabalu je. punyalah penat, sampaikan terpaksa berhenti sekejap di pertengaha jalan..hooho
lepaas dah sampai kat atas, beberapa minit lepas tu pakcik van tu pun sampai dan bawa kami turun ke tempat entrance di bawah..memang pengalaman tak boleh dilupakan lah..tak sangaka aku dah berjaya sampai kat gunung jerai..bak pepatah lagu 'ku ukir namamu di atas gunung jerai' hahaha..wasalam..