~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, April 24, 2011

gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana

assalamualaikum, waktu sudah menunjukkan pukul 1.17 pagi, dan aku pulak sibuk nak mengupdate blog ini..hehe..bialah, blog aku sukahati aku nak update bila. kang tak update tak ada orang pulak nak baca blog aku ini..hahaha

entry kali ini aku nak cerita pasal seorang pelakon lelaki terkenal yang diberi jolokan Ustaz Amirul. mesti korang dan boleh kenal siapakah gerangan pelakon ini kan. pelakon lelaki yang aku maksudkan ialah Ashraf Muslim. untuk pengetahuan semua, Ashraf Muslim sudah selamat di tunangkan dengan teman istimewa beliau yang bernama Noor Dayana Haji Lokman. tunang Ashraff ini dah macam gadis melayu terakhir tau. patutlah Ashraf jadi pengacara Gadis Melayu 3..heheh





Noor dayana berumur 24 tahun dan merupakan bakal doktor. beliau sekarang tengah belajar di Manipal University Melaka. bibit-bibit percintaan mereka bermula ketika Ashraf berkunjung ke Pusat Perubatan Syifa  Al Hidayah dan terserempak dengan Noor Dayana yang merupakan anak kepada tuan punya Pusat perubatan itu iaitu Haji Lokman. sejak itulah, mereka mula rapat dan sekarang pun Ashraf sudah buka klinik sendiri. setelah mendapat restu, akhirnya mereka di tunangkan.



Majlis perasmian klinik Ashraf yang di beri nama Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak akan di rasmikan selepas majlis pertunangan selesai, manakala ayah Noor Dayana akan menjadi business partner beliau..wah, bagus betul bakal menantu dan bakal pak mertua ini. sudah berkolaborasi bersama. Haji Lokman ini juga selalu jugak muncul di Oasis Astro dalam rancangan Penawar Syifa.

Apa kata Ashraf Muslim mengenai tunangnya ni:
Apa yang boleh saya katakan, perkenalan kami bermula ketika bertemu di klinik saya kemudian kami terus berkawan rapat. Dia seorang yang bertudung, solehah, serta sedap mata memandang. Saya memang cukup selesa dengannya.
“Lagipun, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kami memutuskan untuk tidak mahu mengikat tali pertungan terlalu lama. Jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah dan jangkan pada tahun ini juga ,”
“Memandangkan saya baru bukak secara rasmi klinik saya pada tahun ini, jadi saya mengambil keputusan untuk fokus dahulu dengan klinik saya pada tahun ini.
“Jika saya sambung berlakon pun, selepas ini saya akan cuba mengelak dari melakukan adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa menjayakan sesi fotografi.
“Saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya.”
Baguslah tu, lepas ini janganlah ada perempuan nak tergedik-gedik dengan Ashraff Muslim ini tau. dia dah warning dah tu..heheh

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA