~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, April 25, 2011

filem animasi Rio memang best, penuh dengan moral : sinopsis

assalamualaikum, hari ini mood aku okay sikit so bolehlah aku update blog. lagi beberapa hari sahaja lagi aku akan menghadapi final exam pada khamis ini. diharapkan aku akan dapat buat yang terbaik, lebih baik dari diploma dulu dan insyallah aku ingin dapat anugerah dekan nanti. tapi aku taknak mengharap sangat sebab takut nanti frust menonggeng.

masa kawan aku semua sibuk balik rumah study week (padahal aku pun nak balik tapi malas..hehe), kami yang tak balik ini pun kebosanan lah kan duduk kat rumah sewa tu. so kami iaitu bertiga buat keputusan secara mengejut dengan pergi tengok wayang di alor star mall. 

kalau ikutkan arau dengan alor star mall dalam 1 jam setengah perjalanan. kalau tak sesat so cepat sikitlah sampai..hehhe. sebenarnya kami tak plan pun nak pergi. tengah makan tiba-tiba rasa macam bosan pulak kan duduk rumah takda buat apa, so kami pun decide nak pergi tengok wayang. tapi tak plan lagi nak tengok cerita apa.

bila dah sampai kat alor star mall, aku pun decide nak tengok cerita RIO memandangkan itu yang paling awal start. siapa yang belum tengok lagi movie animasi ni, baik tengok cepat sebab cerita RIO ini memang best and sedih.


RIO ini berkisar tentang seekor burung kakak tua yang bernama Blue sebab dia berwarna biru yang merupakan satu-satunya spesis yang tinggal di situ. so satu hari hutan yang didiami burung kaka tua ini di serang dengan pemburu bertujuan untuk menjual mereka, tapi dalam perjalanan Blue terlepas dari kotak yang di bawa oleh pemburu tu. kemudian seorang budak kecil perempun telah mengambil Blue dan menjaganya sehingga besar.


yang sedihnya, Blue ini tak boleh terbang, tapi dia sangat bijak..suatu hari ada seorang scientist nak kan Blue untuk di 'kahwinkan' dengan seekor lagi spesis dia yang tertinggal supaya spesis ini tak pupus tapi yang burung betina ini sangat garang dan active. bab yang sedihnya ialah, Blue hanya mampu melihat kawan-kawan dia terbang riang di angkasa sedangkan dia tidak boleh terbang.


suatu hari, Blue tertangkap oleh seorang lelaki yang mahu menjual dia. tapi nasib baik ada kawan-kawan Blue yang lain, akhirnya dia berjaya di lepaskan. dan akhirnya Blue boleh terbang jua. moral of the story, kalau kita tak berusaha kita tak akan berjaya. 

so kepada sesiapa yang belum tengok cerita ini, bolehlah ajak anak-anak kecil anda pergi tengok movie Rio ini okay. memang best!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA