~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, September 7, 2011

kes simbah asid di kangar kerana berebutkan pondan

assalamualaikum..

pernah baca tak kes simbah asid dekat kangar, perlis itu? ala yang pasal cemburu sebab berebutkan pondan..Mohd Hafizuddin, 20 telah di simbah asid oleh rakannya sebab kes cemburu. Hafizuddin sangat rapat dengan Natasha (pondan) dan mereka tinggal serumah. rakannya yang menyimbah asid itu turut menyukai Natasha.

ramai yang ugut dan caci mereka disebabkan hubungan mereka yang ibarat kekasih. dalam kenyataan hafizuddin di surat khabar menyatakan yang dia tidak kisah dengan apa pandangan orang lain terhadap mereka, asalkan mereka dapat bersama walaupun keluarga sudah menegah hubungan terlarang itu. mereka juga akan meninggalkan Perlis dan akan berhijrah ke tempat lain.


Hafizuddin dan Natasha

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu. “Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya. Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.

apalah nak jadi dengan dunia sekarang. lagi-lagi orang Muslim Islam ini. Allah S.W.T telah menjadikan hidup manusia berpasangan lelaki dan perempuan. tetapi yang lelaki sibuk nak dengan lelaki begitu juga perempuan. yang lelaki sibuk pula nak jadi perempuan. dunia memang sudah hampir nak kiamat.!

setelah membaca pengakuan aku pasti ramai yang akan cakap belakang mengenai mereka. malunya keluarga mereka, dan orang lain.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA