~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, September 8, 2011

reunion keluarga Amin - berkenalan dengan sepupu sepapat

assalamualaikum..

baru-baru ini family belah arwah abah ada buat reunion. bukan reunion masa sekolah rendah atau tadika ker. tapi reunion family. maksudnya susur galur keluarga Amin. Amin ini kira moyang akulah. bapak kepada atok aku. dan atok kepada arwah abah. so, sudah paham semua murid-murid sekalian? ;)

family reunion ini di adakan di Dewan Pedas sebab kami semua memang asal dari Negeri Sembilan. so ramailah sedara mare kat area sana especially Rembau. tujuan reunion ini di adakan macam biasalah nak mengeratkan silaturrahim antara atok, wan, pakcik, makcik, pakcik makcik sedara, sepupu, dua pupu, cucu, cicit sekalian.

kami ini sebenarnya dah berlapis-lapis generasinya. aku dan sepupu tergolong dalam generasi ke empat. so setakat ini baru sampai generasi kelima. korang nak tahu berpa jumlah kitaorang semua.? ada kira-kira 360 orang. tapi yang datang itu cuma 250 orang jer. yang tak datang sebab ada hal masing-masing.

so, amacam, ramai tak?? tapi tak adalah seramai family lain yang bila buat reunion sampai boleh masuk tv3 atau surat khabar Metro kan. hehe..kitaorang biasa-biasa jer..tapi series masa reunion itu ada jugak yang aku tak kenal sepupu dua pupu yang lain. kitaorang pulak masing-masing macam berpuak-puak sebab tak tahu macam mana nak berborak dengan sepupu atau pakcik makcik sedara yang lain. tapi Alhamdulillah, diorang semua okay2 sahaja..

so, tak moh cakap banyak, korang layan gambar lagi bagus kan. gambar boleh menceritakan segalanya.. ;). adios.....oh..lagi satu aku harapkan lepas ini rajinlah-rajinlah kita berjumpa supaya ikatan ukhwah itu tak terputus di tengah jalan. takut nanti terkenal atau terkahwin dengan sepupu sendiri rupanya..huhuhu


pakcik dan pakcik sedara


keluarga besar Amin


menantu keluarga besar Amin


dimulakan dengan bacaan tahlil


sesi bergambar


sesi pendaftaran


oh makku..hehe


ragam makcik sedara ambikkan gambar


photographer tak bertauliah.hehe


kertas putih itu menunjukkan carta susr galur kitaorang..panjang tau..sampai dua dinding.


family mak ngah


family kami..


family pak tam


family mak su


family pak long

1 insan terpilih:

. Z A R A . said...

kehkehkeh! macam best je... huu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA