~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, November 27, 2011

makan malam apresiasi-pertama kali pakai mekap

assalamualaikum

alhamdulillah aku sudah kenyang makan tadi. sebelum itu perut aku dah berbunyi lagu zapin sampaikan housemate kat bilik depan pon boleh dengar..pelik betul..ilmu apa entah yang dia pakai sampaikan boleh dengar..haha..bila dah kenyang, hati pon senang. huhu..senang ker? ermm entahler..

ops sebelum itu aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1433. alhamdulillah jugak, aku berkesempatan untuk menemui awal tahun ini sekali lagi. azam aku pada tahun ini akan menjadi insan yang berjaya, dan sentiasa memandang ke hadapan, walaupun pelbagai rintangan yang bakal aku tempuhi. lepas ini dah tak mahu pikir benda yang lepas-lepas lagi. aku nak mulakan hidup baru yang lebih ceria mungkin. huhu

okay, sekarang mari kita mulakan cerita. khamis lepas kami satu kelas telah berjaya mengendalikan satu Makan Malam Apresiasi. makan malam ini adalah bertujuan untuk meraikan mereka yang mendapat dekan pada semester lepas. jadi, kami sebagai pelajar Human Resource Semester 4 telah di wajibkan untuk handle dinner ini dari A sampai Z.

tema dinner kami ialah Elegant Black & Gold. punyalah susah nak carik baju tau. last-last aku recycle jelah baju yang ada. haha..memang penat sangat masa tu. belah petang kami sibuk uruskan dewan di bantu dengan budak Marketing. belah malam pulak, dinner berlangsung. aku pulak jadi Ajk Hadiah, so kena handle bab hadiah pulak. isy stress2. 

dah lah aku dengan housemate sampai lambat. biasalah orang perempuan, mekap itu penting kan..haaa buat pertama kalinya dalam sejarah, pada malam itu aku pakai mekap tau..! jangan terkejut. ini semua kawan aku punya kerja. dia yang mekapkan. kalau nak suruh aku memang tak lah kot.. haha..tak pandai den. jadi, disebabkan berjam-jam mekap, akhirnya kami terlambat.

masuk je dewan, kawan aku dah tarik supaya uruskan hadiah. kerja aku adalah memberi door gift kepada semua pelajar yang hadir. huhu..dapatlah mencapap sikit kan..hehe..malu denn..sudah pastinya malam itu, gaya tudung Hana Tajima, Yuna, Najwa Latiff semua menjadi pilihan. aku pun tak terlepas jugak. sebelum itu sempat lagi tengok YouTube pasal tutorial shawl satin ala Yuna. nasib baik menjadi..haha..

so, malam itu memang kami enjoy sangat dan dapat pujian dari orang atas tentang cara kami handle dinner..wahh banggaa woo..lepas ini kena handle Dinner B-Hurec pulak iaitu dinner kos aku..huhu..penat-penat. lepas satu-satu kena handle. isy..jadi, sekarang korang layan jelah gambar ni ea..adioss..


ini kawan saya


saya and rumate








yg tengah tu madam aku..macam student je kan..ini semua budak kelas..hehe



0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA