assalamualaikum
ahad lepas, pertama kali dalam sejarah sheila memasuki sebuah istana..walaupun bukan Istana Negara, tetapi Istana Arau tetap juga sebuah istana. hehe..Istana Arau di buka kepada rakyat untuk bergambar kerana Hari Ulangtahun Baginda yang ke 69tahun pada khamis lepas. jadi, peluang ini tak akan di lepaskan sebab bukan senang nak masuk sesebuah istana kan..lainlah istana pasir..kita sendiri boleh bina kan..hehe..jadi di bawah ini adalah serba sedikit gambar yang di ambil di sekitar kediaman Sultan Perlis.
dalam kawasan rumah pun ada kereta kebal..dasyat betul kan. kalau rumah tu bukan istana, jangan haraplah nak ada kereta kebal parking kat laman. nak harapkan kereta BMW 6series parking depan rumah pun susah kan..hehe..jadi, marilah kita sama-sama tinggal di dalam istana..huwawa
apa yang menariknya istana ni pada waktu malam adalah kerana lampu-lampu yang ala-ala I-City Shah Alam tu..memang cantik sangat uollzz..teruja sheila tengok..masa lalu jer depan istana ni, memang dah excited sebab macam nak masuk jer dalam tu..sekali masa hari ahad tu, dia buka untuk rakyat jelata masuk, memang tak lepaskan peluanglah..walaupun tak dirancang sebenarnya, sebab tu muka sememeh masing-masing..baju pun tak vogue..kalau dah plan nak masuk malam tu, memang pakai vogue-vogue lahh..yelah mana tahu ada cucu cicit sultan berkenan kerr..huwwawawa..
walaupun Istana Arau tak adalah sebesar mana, tapi inilah Istana yang menjadi kebanggaan rakyat Perlis. untunglah sesiapa yang belajar dekat Uitm Perlis..dahlah duduk dekat bandar diraja Perlis. lepas tu, dekat pulak dengan Istana dan Masjid Negara Perlis..macam tak sangka pulak kann negeri sekecil ini tak kurang juga hebatnya..dan pada 2015 ni, Perlis pula akan menjadi sebuah negara maju..
sempat jugaklah bergambar dengan hulubalang istana..hehe..famous diorang malam itu..semua orang nak bergambar..mula-mula tak ada siapa pun nak amik gambar dengan diorang. puaslah diorang ni berdiri lama-lama dekat situ, tapi tak ada pun yang ajak bergambar..lepas aje, kitaorang ni ajak hulubalang sekalian ini bergambar, tetiba jadi famous pulak dia..huhuhu...terima kasihlah pada kami ea..hehehe
lampu kat tulisan Istana ini dah ala-ala broadway pulak kan..hehe..mintak maaplah atas ketidakjelasan gambar-gambar ini. bukan pakai DSLR pon..nama pun secara kebetulan singgah kan. jadi sesiapa yang bawak handphone malam tu, camera dialah yang menjadi mangsa. jadi semua gambar ini di ambil dengan menggunakan handphone HTC sahaja..milik kawan sheila..kalau ada DSLR, maunya kitaorang setiap ceruk tu bergambar. yang tak cantik pun boleh nampak cantik kan..
actually, sheila suka sangat tengok pokok-pokok kat belakang yang berlampu putih tu..sebab cantik sangat,,jadi taknaklah lepaskan peluang untuk bergambar..hehe..hurmm, jadi inilah serba sedikit gambar kami, sepanjang berada di Istana Arau Perlis. bagi sesiapa yang tinggal berdekatan, jemputlah datang ke rumah saya..ehh opss salah, jemputlah bergambar di dalam Istana Arau..jangan lepaskan peluang yang ada ini okayy..wasalamm..nak amik shooting untuk gambar kahwin pun bolehh..
1 insan terpilih:
RAJA bukan Sultan
Post a Comment