~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, May 16, 2012

kenangan di Hari Guru

assalamualaikum..


hari ini tanggal 16hb MAY merupakan Hari Guru untuk semua guru-guru tak kira guru besar atau guru kecil, guru penolong kanan atau guru penolong kiri. jadi hari ini, sheila dan housemate telah belikan sekutum bunga mawar merah untuk lecturer kitaorang. disebabkan sekarang dah belajar dekat universiti so, lecturer tu di kira guru jugaklah kan. kebetulan semalam dan hari ini ada konvo di uitm perlis, jadi banyaklah gerai-gerai yang menjual bunga. nak tunggu orang lain bagi memang tak adalah kan. jadi kita lah yang kena bagi dekat prang lain sebagai membalas jasa mereka.

teringat dulu masa zaman sekolah-sekolah, setiap kali hari guru, mesti kena pikir nak bagi hadiah apa. macam dah wajib pulak kena bagi kan. yelah kalau kita tak bagi, nanti kawan-kawan lain cakap kita tak ada duit. lepas tu mulalah nak membandingkan hadiah siapa yang paling best dan besar. hehehe

macam-macam hadiahlah yang diorang akan bagi contohnya pen, brooch, frame gambar, jam dinding, bunga, patung, mug..hehe..tapi budak-budak sekarang ini ada lagi ker nak bagi macam tu? entah-entah diorang pun dah malas nak bagi..yelah budak zaman millenium kan..

dulu sheila ada jugak bagi brooch dekat cikgu..masa tu malu nak bagi sebab sheila punya hadiah kecik jer kotaknya. jadi sheila bagi dah nak last-last masa kelas nak habis tu..hehe..yelah nanti kawan-kawan sibuk jer tanya hadiah apa yang sheila bagi..taulah hadiah kite tak sebesar diorang tapi takpelah asalkan ikhlas kan kan..huhu


kalau cikgu-cikgu sekolah pulak, mesti dah siap sedia bawak beg plastik besar dari rumah. heheh kelakarlah..macam dah tau pulak yang dia akan dapat hadiah banyak..huhu..kalau kite jadi cikgu fevret mesti banyak dapat hadiah kan..tapi kalau jadi cikgu garang, tak ada siapa nak bagi pun..

jadi kepada semua cikgu di luar sana, especially guru-guru di tabika kemas telok menegon, sekolah rendah telok menegon, sekolah menengah kampong jawa klang, sekolah menengah syahbandaraya, uitm segamat johor, uitm arau perlis, kepada abang ipar, kazen-kazen, makcik pakcik sedara, dengan ini sheila mengucapkan SELAMAT HARI GURU!

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA