assalamualaikum..
hurmm..sakit yang melanda diri ni dah semakin okay sikit..nampak dah surut walaupun dah decide esok nak pergi klinik nak mintak ubat antikuman. hopefully, bila doktor cek, dia tak adalah nk buat apa-apa contohnya nak belah-belah ker, cucuk-cucuk ker, atau cungkil-cungkil ker..hehe..takooottt..sekarang ini, timbul pulak masalah yang lain berhubung dengan personal problems.
1) ada orang ingat, sheila buat entry sebab nak tarik perhatian orang lain = memang pun lah kan, kita buat blog sebab nak suruh orang lain baca..kalau tak, buat apa kita menaip panjang lebar tapi tak ada orang nak baca. sheila juga bukan nak meraih simpati dan tolonglah jangan salah paham. sheila atau dia memang dah tak ada kena mengena lagi. sheila pun bersyukur sebab hubungan sebagai kawan itu hanya sementara dan kadang kala menyesal sebab terlalu senang mempercayai orang lain. bertambah sakit bila kepercayaan itu di salahgunakan..but it's okay, after this i will be more carefull.. =)
2) bila dia menganggap sheila seorang yang berpura-pura di hadapan, padahal di belakang lain pulak perangainya = okay, sometimes as a human kita tak pernah lari daripada menjadi hipokrit so, its not a big problem..asalkan, kita tak buat salah kepada orang lain atau pon menimbulkan masalah. orang yang kenal kita, akan tahu siapa kita sebenarnya dan bukan dengan mendengar cerita mengenai kita daripada orang lain dan mempercayainya, kerana itu tidak menjamin apa-apa. seeloknya tanyalah kepada tuan empunya badan tentang perkara yang sebenar =)
3) menuduh bahawa sheila seorang yang suka mengadu domba = kadang-kadang kita sebagai manusia tak pernah lari daripada kesilapan. tak ada orang yang sempurna di dunia ini. sometimes kita ada jugak tersilap cakap, atau tersilap fakta..itu semua lumrah kehidupan. sheila takkan bercakap tentang seseorang jika tanpa sebab. sheila juga tak suka nak mencari masalah atau membuat masalah.
sheila sedaya upaya nak menjernihkan keadaan dan betullah kadang-kala orang akan menganggap sheila berlakon baik. itu semua hanyalah kerana sheila tak mahu masalah menjadi makin teruk, makin besar sampai satu tahap tak boleh di selamatkan lagi. tak perlulah kita nak mengungkit hal lama kepada orang luar. sehingga mereka yang tak kenal siapa diri kita sebenarnya akan menganggap kita sebagai seorang yang sangat teruk. api tak akan di balas dengan api sebab ia akan membakar diri. jadi seeloknya sheila akan cuba memendam dan biarlah diri sendiri sahaja yang tahu akan hal yang sebenar. tapi sampai satu tahap sheila terpaksa juga lepaskan dengan bercerita kepada orang lain sebab dengan cara itu sahaja dapat menenangkan perasaan..tapi nampaknya, dengan bercerita kepada orang lain tentang masalah kita bukanlah satu perkara yang baik..hurmm =(
4) menuduh sheila suka keluar dengan ramai lelaki = sheila akui kadang-kadang ada keluar dengan ramai lelaki yang sheila anggap hanya sebagai KAWAN. sheila tak pernah berniat nak memainkan perasaan, merosakkan hubungan orang lain, berlaku curang ataupun ingin kelihatan seperti murahan. sheila masih tahu batas diri dan pergaulan bersama orang lain. tapi satu yang sheila nak tekankan, sekiranya sheila sudah menjadi atau berkapel dengan seorang lelaki, maka sheila akan sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik di mata dia. itu JANJI sheila.
5) sheila akui bukan seorang yang cantik = sheila sedar akan kekurangan yang ada dalam diri ini. setiap orang ada kekurangan masing-masing. ada juga melakukan kekhilafan. dengan itu sheila mintak maaf. walaupun demikian, sheila akan sentiasa berusaha untuk nampak cantik di mata ALLAH dan bukan di mata manusia kerana cantik di mata manusia hanya akan membawa kepada perkara-perkara yang tak sepatutnya. jadi sheila akui sheila tak cantik seperti orang lain, dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. walaupun saya tak kaya atau apa, tapi sheila sentiasa bersyukur. cantik akhlak akan menyerlahkan kecantikan luaran kita..InsyaAllah. no one is perfect in this world, unless you always work hard to be a perfect khalifah, so you will be look as a perfect person. Insyallah. tak guna kalau cantik di luar, tapi dalaman hodoh..sebab cantik di dalam lah yang menjamin kita di akhirat nanti. =)
* mungkin lepas ini, sheila akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. memikirkan pasal orang lain sehingga lupa akan perasaan sendiri. setiap manusia susah nak di puaskan hatinya. sampai satu tahap diri sendiri yang akan penat. jangan sesenang hati percaya kepada orang lain, kerana kepercayaan itulah yang akan memakan diri kita. tak berniat untuk mencari perhatian atau masalah dengan orang lain. terima kasih atas segala yang terjadi kerana dari insiden ini dapatlah sheila mematangkan diri, mengenal baik buruk, dan sentiasa bermuhasabah..jadi, let this matter stop here. nice to know everyone. =)
0 insan terpilih:
Post a Comment