~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, May 3, 2012

aktiviti minggu ini padat mengalahkan PM

assalamualaikum..

alhamdulilllah hari ni akhirnya sheila berkesempatan untuk update blog setelah sekian lama tak mengonlinekan diri. hehe..bukan saja-saja taknak online, tapi minggu ni memang tersangat busynyer mengalahkan orang VIP. banyak sangat benda kena buat dalam satu masa, dengan event itu ini ditambah lagi dengan training yang wajib untuk pergi every week. haisyy

sejak dari hari isnin lagi sheila selalu ada kelas waktu malam. semuanya gara-gara training. nasib baiklah bukan belajar pun kan dalam kelas tu. lebih kepada main-main jer..tapi penatlah dari pagi sampai ke malam tak ada rehat. hurmm..hari ini pulak sheila ada dinner. Dinner Pra Graduan dan juga Dinner untuk Dekan. sheila kan dah part 5 semester ini. sem depan dah start praktikal so kenalah pergi dinner ni. and ni first time jugak involve dalam Dinner Dekan yelah semester lepas kan berjaya mencapai target, so dapatlah join..hehe..hopefully semester ni dapat jugaklah dekan..Aminn..

pagi tadi kitaorang ada ceramah dengan Tan Sri Musa Hasan..koarng kenal tak siapa tu? dia tulah Bekas Ketua Polis Negara. dia datang Uitm kitaorang sebab nak bagi ceramah berkenaan dengan masyarakat majmuk. dapatlah info sikit-sikit mengenai keadaan negara sekarang ni..hehe..esok pulak ada perjumpaan dengan Dekan Pengurusan Perniagaan and malam tu ada Test Employment Law..adoii masa bila pulak nak study ni kan. ingat kita ni robot ker boleh buat semua benda dalam satu hari..boleh jammed otak tau..huhu

tadi pun ada test Risk Management tapi nasib baiklah open book. sebab lecturer ada meeting pulak dengan Dekan tiba-tiba, so dia masuk kelas tadi bagitahu kalau nak jawapan, senang jer dalam buku ada so apa lagi kitaorang pun gunakanlah peluang yang ada walaupun bukan banyak sangat pun soalan nyer. kalaulah test esok boleh open book jugak kan bagus..tapi harapan tu macam tinggal harapan jer..huwawawa..

ohh lagi satu, masa hari Rabu lepas kitaorang ada presentation CTU..so, group sheila dapat tajuk mengenai Perlembagaan Malaysia..and alhamdulillah, ustaz sangat berpuas hati dengan hasil kerja kitaorang sebab dia bagitahu tajuk tu susah sikit sebab kena bincangkan mengenai Perkara 10 dan 11 dalam Perlembagaan Malaysia..walaupun banyak benda dia bangkang tapi kami dapat jawab dengan jayanyer..alhamdulillah..kitaorang pun ada jugak masukkan isu BERSIH, HIDRAH dan AUKU. 

jadi, minggu ini dengan minggu akan datang busylah jugak sikit-sikit. dapatlah melupakan sekejap perasaan sunyi yang ada dalam diri ni..huhu..walaupun dalam hati mengharapakan ada orang tu mesej tapi takpelah, maybe dia ada sebab taknak mesej kan..hehe..takpelah, itu jer serba sedikit maklumat untuk minggu ini..wasalam.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA