~CEPAT KLIK LINK INI~

Thursday, June 7, 2012

dapat berita mendukacitakan di pagi hari

assalamualaikum..


fuhhhhh! minggu ini sangat busy nyer aduyaii punn..sampai semput-semput nak menyiapkan satu-satu tugasan. inilah penangan bila jadi student last semester. sampai tak terkejar-kejar nak buat itu ini. dengan test nyer, dengan assignment nyer, dengan event nyer, dengan presentation nyer..walaweehhh...sabar-sabarr!

dah lama rasanya tak update blog. yang mana utama perlu di dahulu kan..so, terpaksalah ketepikan dahulu blog memblog cool blog semua ini. bila ada masa dan ada cerita barulah dapat update. okayy.. =)

baru-baru ini iaitu hari selasa lepas, jam 8.30 pagi di dalam kelas Employment Law, sheila terima satu call dari rumah. masa tuh berdebar-debar sebab tak pernah-pernah mak nak kol pagi-pagi buta. ini mesti ada apa-apa terjadi. so sheila pon angkatlah..selamba dek jer kan pickup call masa dalam kelas, depan lecturer pulak..hhaa..lagi-lagi tak silent..amboiiii !!

mak mengkhabarkan bahawa wan saya sudah kembali ke rahmatullah jam 7.45pagi. kejap lagi mak, abang and  akak akan berangkat ke kampung, Rembau. masa tuh memanglah terkejut tapi tak mengalir pun air matanya. lepas tu, sheila pon termenung sekejap then bagitahu dekat kawan sebelah 'tadi mak kol, dia bagitahu wan orang dah meninggal'..bape saat lepas tu barulah air mata mencurah-curah ke pipi..tertunduklah malu masa tuhh..sambil hingus meleleh-leleh..huhuhu

a few minutes later, abang pulak kol dari ofis dia..sekali lagi handphone berbunyi disebabkan tak silent..kawan sebelah lagi satu dah warning apa ni busy sangat orang kol.dia tak tahu perkara sebenar memanglahh.huhu.bila angkat kol dari abang tak tahu nak cakap apa sebab lidah kelu diam membisu.semua pertanyaan dijawab dengan 'ermm', 'ok', 'aaahh'..sebabnya masa tu tengah menahan air mata..tau-tau jelah kan perasaan masa tuh..tak tahu nak cakap macam mana dah..membe sebelah yang tak tahu pape dah pelik kenapa denganr macam menangis ni, dia pon tanya membe lagi sebelah tu, lepas dah tahu kebenaran dia pon usap-usaplah belakang badan..lagilah syahdu rasanyaaa...huwawawawa!


sangat sedihlah rasanya sebab tak dapat nak menatap arwah wan buat kali terkahir..hurmm..semua ni gara-gaara belajar jauh..masa abang kol pon dia cakap 'kau doakan jelah dari jauuhh'..hurmmm..nak balik tak boleh sebab banyak benda kena settlekan..lagi pulak, perjalanan mengambil masa berjam-jam..haiiyaaa..redha jelahh kann.. =(

semoga arwah wan di tempatkan di kalangan mereka yang solehah, rohnya di cucuri rahmat..sekarang arwah wan dah bersama dengan arwah atok dengan arwah abah dekat 'sana'..semoga mereka di ampunkan dosa..AL-FATIHAH...


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA