assalamualaikum...
tengok tajuk memang menakutkan..adakah sheila terkena buatan orang? semalam dalam pukul 1.30 badan dah terasa sejuk-sejuk padahal selalunya kat arau ni panas macam gurun sahara. lemah semacam nak tidur pun tak boleh. pusing kiri pusing kanan semua serba tak kena.
nak angkat tangan pun tak larat..lemah longlai rasanya..bulu roma semua dah naik meremang..mulalah dalam ati pikir bukan-bukan. adakah sudah sampai masa ku? isy isy isy..saya masih tak bersedia lagi..semua ini terjadi selepas sheila makan actifast satu biji. nak kata dah expired, boleh ke pil expired?? tapi bila telan air liur terasa bergas je kat tekak ni..mulalah pikir lagi, adakah sheila keracunan pil? huwawwa
sebab apa sheila telan pil actifast? sebab sheila pening yang teramat semalam. tak boleh tahan. nak tidur pun tak lena sebab tu telan pil adalah jalan penyelesaian. minyak angin pulak tak ada, so decide sapu yoko-yoko dekat tengkuk sebab sakit area belah kiri kepala..nak kata migrain, tak ada dalam sejarah hidup pon..hurmm
lepas dah telan pil tu lah jadi lemah longlai sampai keluar masuk bilik air sebab rasa macam nak termuntah..kali pertama pergi tak jadi, tapi dapatlah membuang sikit..hehe..kali kedua tu, bila tekak dah terasa loya terus berlari ke toilet..baru je bukak mulut, ibarat paip bocor pulak jadi nya..non stop adalah dekat 5 kali..berapa gelen isi perut dah terkeluar pun tak tahulah. habis apa yang dimakan terkeluar.. kempis perut..hurmm..bila dah terkeluar semua isi perut, terasa badan macam ringanlah pulak, barulah boleh nak lelapkan mata..pening di kepala pun dah berkurang sebab segala toksin dan terkeluar..alhamdulillah, sheila masih lagi bernafas dan sihat hari ini..semua ni gara-gara tidur lepas magrib..aiyaaaakk..
0 insan terpilih:
Post a Comment