~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, June 2, 2012

Zizan juara Super Spontan, Hujan juara Versus-TAHNIAH

assalamualaikum..


Super Spontan baru sahaja berakhir sebentar tadi..dan seperti yang di jangka Zizan telah berjaya menjadi johan  atau juara dan membawa pulang rm100 ribu beserta Toyota Camry..nampaknya rezeki Zizan semakin melimpah ruah pada tahun ini. dah 2 kereta beliau dapat secara percuma dah salah satunya merupakan hadiah sempena menjadi duta untuk satu produk minuman bersama Aaron Aziz.


Johan pula telah menjadi naib johan Super Spontan. nampaknya Jozan telah mengungguli Super Spontan..memang tak disangkal. dan memang layaklah..diorang berdua ini memang superb dan boleh jadi pelawak antarabangsa dah, walaupun ada sesetengah lawak diorang tu agak lucah atau 18sx sikit..


selain Super Spontan final malam ini, Versus di TV9 juga tengah episod akhir. dekat rumah ini kalau ada dua tv tak pe jugak. ini ada satu tv je kan, so terpaksalah bertukar-tukar channel..dua-dua ini jugak merupakan program realiti yang melibatkan artis-artis popular. cuma yang membezakan adalah pelawak dan penyanyi.


kumpulan yang berjaya masuk ke battle terakhir adalah GoGerila dan Hujan. of course lah sheila pilih Hujan kan. hahaa..bias dah nampak di situ kan. bukan apa, lagi pon Hujan memang deserve untuk menang Versus. hehehhee..lagi-lagi ada bass terhebat dia tu, Izzat Uzaini aka my cousin..hehhee


jadi tahniah kepada Zizan dan Hujan kerana berjaya menjadi juara dalam dua pertandingan yang berbeza pada malam ini..tahniah-tahniahh..(padahal entry ini di publish, juara versus belum pon di umumkan lagi, kalau salah buat malu jaaaaa..hahhaa)

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA