~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, July 31, 2012

Pengalaman Hari Pertama di Sime Darby Plantation - AWESOME!!

12 insan terpilih
assalamualaikum...


disebabkan ada seorang Anonymous memberikan komen tentang how was my first day at Sime Darby, so today sheila nak ceritakan serba sedikitlah pengalaman masa jejakkan kaki kat company gah tu pagi tadi.

cerita bermula begini..hhee..setiap hari sheila akan tumpang my sis untuk ke tempat kerja. kebetulan dia pun kerja dekat Subang SS15 manakala sheila pula SS16 so apa salahnya tumpang dia kan..tapi for certain day ada jugak yang sheila kena naik KTM. walaupun terpaksa jalan jauh, tapi takpe, banyak abang-abang polis meronda dekat situ so selamatlah sikit. hehe

so during this fasting month, working hour akan bermula pada 8pagi sampai 4.30 petang. but sheila terlambat pulak tadi sebab dalam surat cakap start kul 8.30pagi..so mintak maaf ea boss..tambah-tambah pulak sheila sesat dalam company tu. memanglah department HR dekat tingkat 7, but rupa-rupanya dalam tingkat 7 tu ada banyak division. lepas tu untuk lalu setiap division tu pulak kena gunakan pass. so disebabkan sheila tersalah naik lif, which sepatutnya sheila naik for other side, tp nak buat macam mana, dah sampai pun kat atas kan. haha

nasib baiklah ada seorang staff uncle cina lalu kat tingkat tu, so sheila pun tunjuk kan offer letter and tell him that today i will start my practical. so, dialah yang bawak sheila mengharungi pintu-pintu tu sampailah ke depan department HR..hehe..mekasih uncle!

after dah sampai, sheila pun diberi sedikit briefing oleh executive training kat situ and sheila pun dah dapat pass tag so i can enter the department easily..hehe..after i got my table, which terpaksa berkongsi jugaklah dengan other practical trainee because that department kekurangan tempat sikit, and maybe will pindah tu other floor kot after this raya. so, mula-mula memang sheila tak tahu nak buat apa. sebab i did not bring my laptop, and just tengok the other practical trainee which her name is Dewi Iylia. such a unique name kan..hehe


after that, Dewi pun macam dah penat buat kerja dia, so sheila pun merelakan hati untuk tolong dia buat database..naik juling jugak mata ni tengok data-data tu. tapi seronok jugak sebab dengan adanya banyak kerja maka terasa cepatlah masa berlalu. hhehe..oh lupa nak habaq, td masa lunch break sempatlah jugak sheila dengan Dewi pergi mencuci mata dekat Subang Parade..hehe..dah dekat sebelah je kan..huhu,nak makan tak boleh so cuci mata jelah. 

about the staff, overall diorang semua okay-okay jer, most of them muda-muda and yang senior pulak look very professional..actually sheila takut jugak sebab most of them always speaking so masa mula-mula tu terasa blur-blur sikit. but hopefully dapatlah sheila adapt dengan environment situ kan. hehe..so thats all pengalaman for my first day. overall, my first day was awesome! hahaa..sampaikan bawak balik kerja ke rumah sebab takut esok bertimbun kerja..hehe


syukur sebab sheila dapat buat practical dekat company se gah Sime Darby ini tanpa memerlukan pertolongan orang dalam. alhamdulillah, mungkin rezeki di situ. ramai orang cakap kalau result tak gempak maka tak adalah diorang pilih kita. tapi, kalau ikutkan result sheila tak adalah sehebat orang lain, tapi dah rezeki jangan di tolakkan. hehe..syukur!

Sunday, July 29, 2012

esok bermulalah latihan industri saya di Sime Darby Plantation

9 insan terpilih
assalamualaikum

malam ini perasaan bercampur baur..ada takut, gementar, excited, and eager to know what will happen tomorrow. esok bermulalah era sheila di alam practikal. perghh memang nervous sebab practikal dekat company yang dah well established. lepas tu takut macam manalah penerimaan and layanan mereka dekat sheila nanti..suka ker, kerek ker, sombong ker..haishh!

semua dokumen dah siap..buku log, offer letter dari company..baju pun dah siap iron..hehe..excited memang excited tapi dalam masa yang sama seram jugak. nak kata first time kerja tak jugak, sebab tahun lepas sheila ada kerja dekat MPH Bookstores selama 4bulan. tapi mana nak sama kan kerja dekat MPH dengan kerja dekat SIME DARBY..semestilah expectation mereka terhadap kita tinggi kan. hopefully esok semuanya berjalan dengan lancar..nanti ada masa sheila update mengenai perjalanan latihan industri sheila dekat syarikat Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. okayy..!

Saturday, July 28, 2012

Perkara Paling Mencabar di Bulan Ramadhan

0 insan terpilih
assalamualaikum...

dah dekat seminggu umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. dugaan, cabaran, kesabaran, kelaparan memang tak boleh dipisahkan dengan bulan ini. bagi sheila benda yang paling mencabar kena buat pada bulan ini adalah mengejutkan adik lelaki bangun sahur..


itulah benda yang paling mencabar kena buat..haha..rasa macam nak hempuk jer dia dengan bantal sebab punyalah payah nak bangun. sampaikan bila dah tak tahan sangat, sheila siap cakap 'jangan sampai aku baca Yaasin kat kau baru tau'..lepas dah cakap macam tu teruslah dia bukak mata..hahaa

kalau nak jirus dengan air nanti basah pulak tilam. tak pasal-pasal kena jemur berat-berat tu kan. dah puaslah tarik-tarik rambut, pukul-pukul kaki, jerit-jerit kat muka dia. jawapan yang dia bagi hanyalah 'yaaa..kejaplahh'...haishh mencabar-mencabar..kalau tak nak bangun jugak, last-last malas dah nk kejut dia. biarlah tak bersahur. nasib lah dia dah baca niat sebulan. kalau lapar padan muka dia..siapa suruh tak bangun sahur kan..huhu


TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Thursday, July 26, 2012

Addicted Tengok Running Man..arghhhh!

3 insan terpilih
assalamualaikum..


sejak kebelakangan ini sheila telah terjebak dengan satu tabiat atau kata lainnya telah addicted dengan satu benda alah ni. mungkin bagi korang sheila agak ketinggalan tapi nak buat macam mana, baru sekarang cheq sedaq betapa bestnya benda alah ini..hehe.. bukan BBM, bukan whatsapp ataupun Instagram.yelah semua tu  sheila tak ada lagi..yelah handphone tak canggih sangat kan..takpelah tunggu one day baru boleh buat semua benda alah tu. sekarang ini nak habaq satu benda yang boleh buatkan sheila happy sampai kekejangan urat muka. hahhahaa

korang nak tau apa dia? haaa sheila telah pun addicted tengok cerita Running Man..Running Man ini merupakan variety Show dari Korean. every episode akan tampilkan artis jemputan contohnya Bigbang, Siwon, Nickhun, Snsd and ramai lagi lah yang popular... hahahhaa dulu sheila pelik jugak, kenapalah ramai sangat kawan suka tengok cerita ini sampai tak tido malam. asyik-asyik post dekat facebook pasal Running Man. sheila yang tak tahu pape hanya mampu baca jer status diorang tu. hehe


so, disebabkan dah tak tahu nak buat apa bila dekat rumah, sheila pun trylah download Running Man dekat Youtube. mula-mula tengok episode yang best dulu. and korang nak tahu apa jadi dekat sheila lepas tu? every day every night sheila akan download episode Running Man yang sheila rasakan tetamu jemputan dia best. hahhahaa memang terus addicted jadinya tau. barulah sheila paham perasaan diorang yang dah tengok beratus episode tu.huhu


bagi sheila episode yang paling kelakar sheila tengok setakat ini sampai kekejangan otot muka adalah bila tetamu jemputan diorang adalah Park Ji Sung dengan IU..memang gelak guling-gulinglah bila tengok diorang main bola sampai ada power terbanglah, angin lah..adoii.sampaikan mak pun bising sebab sheila ketawa sorang-sorang..hahaha sumpah lawak seyh..

jadi, pada sesiapa yang ada semua episode Running Man tu, silalah email kat saya ea..nak tunggu download memang lambat lah kan..huwawawa..and kepada sesiapa yang belum tengok, cuba korang jinak-jinakkan diri tengok gameshow tu. mana tahu dapat hilangkn stress korang. hehe..chaoo!

Monday, July 23, 2012

page AGENSI PENCARI JODOH (AAS) di FB harus dihentikan segera!

3 insan terpilih
assalamualaikum..

entry ini cuma ingin memberitahu semua kaum hawa di luar sana supaya berhati-hati dalam meletakkan atau mengupload gambar anda tidak kira seksi ataupun tidak di dalam facebook. ini adalah kerana terdapat satu page yang diberi nama AGENSI PENCARI JODOH (AAS) telah mengambil gambar-gambar gadis untuk diperkenalkan kepada semua lelaki di luar sana.

bila sheila ternampak page ni, memang mengucap panjang. tak sangka ada page sebegini. ibarat mereka menjual gadis-gadis di dalamnya. ada yang bertudung ada yang tidak senonoh. haisyy memang bahaya bila letak gambar kita di facebook sebab takut pihak tidak bertanggungjawab mengambil secara curi atau tidak mintak permission. perghhh harap-harap pihak berwajib dapat pantau dan ambil tindakan terhadap admin page tersebut. gambar-gambar gadis yang mereka ambil di facebook itu memang ternyata semuanya lawa-lawa dan comel. kalau sheilalah di tempat mereka memang sheila samanlah page tu..kurang hajo betul!

Sunday, July 22, 2012

Bazaar Ramadhan paling best pernah pergi di Stadium Malawati Shah Alam

0 insan terpilih
assalamualaikum...

hari ini dah masuk hari kedua kita umat Islam berpuasa. Alhamdulillah semuanya okay okay ajer..mungkin sebab tak ada buat apa pun. just duduk dekat rumah je kan. so tak adalah rasa penat sangat. tapi tak tahulah kan bila dah start pratikal. confirm penat giler..dah lah nak jalan dari Sime Darby ke KTM tu agak jauh jugak kan. huwawa dugaan-dugaan!

menu untuk berbuka pun tak ada yang special sangat. semuanya bersederhana. tak meriah sangat pun. kitaorang pun tak adalah nak pergi beli juadah kat mana-mana bazaar. yelah, kat rumah pun tak ada siapa dah. tinggal emak, akak and adik jer..so kalau masak banyak-banyak pun takut nanti tak habis pulak. biasalah bila bulan puasa, terasa macam semua benda nak makan kan. bila dah kenyang terus tak termakan semua tu. dah membazir..isy2

teringat tahun lepas sheila berpuasa sambil part time dekat MPH Giant Shah Alam. memang seronok giler walaupun penat. sebab terasa macam masa tu berjalan cepat ajer. yang paling best bila dapat beli juadah dekat Bazaar Ramadhan dekat stadium tu..fuhhh memang rambang mata lah..nafsu membuak-buak terus..semua benda terasa nak makan.


tapi yang paling tak boleh lupa, time tu lah first time sheila makan nasi kerabu. semuanya atas pengaruh abang dan akak di tempat kerja. sebab sheila ni tak pandai makan nasi kerabu. tapi bila dah sekali makan, hamik kau 3 hari berturut-turut berbuka dengan nasi kerabu. hahahhahaa..memang syiok betul!

lepas tu, setiap kali nak berbuka cendawan goreng perisa bbq dan black pepper mesti kena ada..sebab dah lah banyak cendawan nyer, lepas tu murah pulak. sedap pun iyer..boleh dikatakan tiap harilah beli. sampaikan abang kat kedai pun boleh cam. haha..memang seronok. kalau sheila tak dapat pergi bazaar sebab kena jaga cashier ker, terpaksalah kirim dekat kawan lain. memang kena buat list lah sebab takut lupa. hehe

tapi kalau semua orang dah malas nk berjalan ke bazaar tu, alamatnya kena berbuka dengan McDonald ataupun beli kat kedai dalam Giant tu jelahh..huhu..itulah kenangan yang tak boleh di lupakan masa di bulan Ramadhan. berjalan bersama-sama dengan kawan sekerja. dengan memakai baju MPH berwarna merah memang menyerlah..hahaha..lagi satu kalau bernasib baik dapatlah jumpa artis dekat situ..hehe

jadi sesiapa yang berada area Klang, Shah Alam ataupun Subang ataupun mana-mana daerah Selangor, jangan lupa pergi ke Bazaar Ramadhan di Stadium Malawati Shah Alam..sebab memang happening and banyak pilihan tau! kebab dan nasi kerabu dekat sana memang the best! Selamat berpuasa kawan-kawan  tak kiralah anda berada di Singapura, Indonesia ataupun Thailand..dan Selamat Berbuka. ( ' - ' )

Wednesday, July 18, 2012

Result Exam Pelajar UiTM Degree Akan Keluar Pada 3 Ogos 2012

4 insan terpilih
assalamualaikum...


hari ini hari kedua berada di rumah tercinta..home sweet home!..tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. beerti mereka yang beragama Islam akan bermula puasa..terasa cepat pula masa berlalu kan. tau-tau kita dah nak bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan.

nampaknya bulan puasa sheila akan di penuhkan dengan kepenatan sebab mulalah era sheila sebagai pelajar praktikal. hopefully dapat lalui dengan penuh kesabaran dan keberkatan. actually sheila nak bagitahu yang tak lama lagi result exam untuk semeter lepas akan keluar.

di anggarkan 3hb ogos 2012, result bagi pelajar degree akan terpampang di UiTM Student Portal..fuhh takutnya saya. semester ini tak meletakkan harapan tinggi sangat. tapi tipulah kan kalau tak target dekan macam semester sebelum ini. sebab bila dapat dekan tuk semester yang baru lepas ini, itu bermakna harapan sheila untuk dapat 1st class degree akan tercapai..

Ya Allah Ya Tuhanku, semoga aku dan kawanku akan mendapat keputusan yang cemerlang, mendapat apa yang diinginkan dan berjaya dalam setiap apa yang dilakukan..Aminnn

hopefully tak ada paper yang tersangkut, tercicir ataupun tertinggal..mintak-mintak clear semua paper..aduhaiii takutlah pulak bila di pikirkan..yelah lepas ini kita nak praktikal dah. kalau ada paper tersangkut macam mana kan..kalau ikutkan prestasi masa menjawab haritu, ada yang okay boleh jawab, ada yang k.o..mintak-mintak lecturer masih ada perikemanusiaan ketika menanda. Aminn..

semoga kawan-kawan di luar sana akan success juga ea. sama-sama kita doakan keputusan kita akan cemerlang dan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan..Aminn..Selamat Berpuasa Kawan-Kawan!!


P/S : jangan segan silu untuk click LINK ini kalau nak berjumpa dengan artis ataupun Link ini kalau ingin menang Ipad2..sama-sama kita menolong satu sama lain..

Tuesday, July 17, 2012

TUTORIAL: mencari past year exam paper khas untuk pelajar UiTM

4 insan terpilih
assalamualaikum..

oklah, actually entry kali ini sheila nak buat tutorial sikit..sebelum ini sheila ada buat tutorial macam mana nak cari journal especially untuk student uitm kan..so kali ini sheila nak buat tutorial macam mana nak cari past year exam paper pulak..

semua student especially uitm wajib cari past year exam paper sebab kadang-kadang lecturer akan gunakan untuk buat assignment, latihan ataupun rujukan bila exam dah around the corner. macam sheila ini, setiap kali exam sheila memang suka carik past year sebab nya kemungkinan besar soalan exam akan berulang-ulang jadi kalau bernasib baik, kita memang dah boleh jawablah..tu tips dari sheila lah..hehe..jadi sekarang mari kita mulakan tutorial kita pada hari ini.

1. pergi ke website UiTM LIBRARY
2. carik link yang bertulis EXAM PAPER EQPS


3. tekan link yang bertulis KOLEKSI EQPS dan masukkan nombor matrix di ruang student id dan ic korang 


4. tekan SEARCH ALL QUESTION PAPER
5. masukkan COURSE CODE (kod subjek) di ruang yang di sediakan. contohnya HRM654..
6. pilih YEAR yang anda inginkan (dari tahun 2005-2012), contoh 2010 
7. pilih SESSI 1 (april 2010) & SESSI 2 (oktober 2010)...bagi tahun 2011 sessi 2 oktober tidak ada kerana pada masa tu uitm bercuti 4 bulan (setiap tahun ada dua sesi, april dan oktober)
8. untuk lihat exam paper semasa intersesi (short course), pilih SESSI MAC atau SESSI MAY
9. selepas itu akan keluar link untuk mengdownload..dan bolehlah mula mengdownload exam paper pilihan anda..

~ SELAMAT MENCUBA~

Thursday, July 12, 2012

PERGHH!! allowance Sime Darby masyukk beb! Alhamdulillahh!!

2 insan terpilih
assalamualaikum..


petang tadi dah setel satu lagi paper Employment Law. tinggal satu lagi exam paper on this Sunday..paper Industrial Relations. memang tak sabar sangat dah sebab perasaan nak balik dah membuak-buak walaupun tahu nanti bila dekat rumah mesti bosan..hehe

tadi mak ada kol bagitahu offer letter dari Sime Darby Plantation dah sampai. alhamdulillah. mula bekerja pada 30hb Julai sampai 14 December. waktu bekerja macam biasa pukul 8pagi sampai 5.30 petang. nampaknya kena keluar awal lah kn sebab nak kena tunggu ktm..tapi itupun kalu akak tak bagi tumpang keter dia.huhu

yang paling di tunggu-tunggu bila mak sebut bab allowance tu..rm800 sebulan!!..kira masyuk jugaklh bagi budak praktikal kan..kalau dulu sheila ada accept satu company ni tapi dapat rm300..masa tu kira alhamdulillah jugak. tapi bila dah dapat tawaran yang lagi bagus, mestilah kita pilih yang bagus kan..nampaknya berkat solat istikharah sheila sebelum ini dah termakbul dan terbukti Sime Darby lah pilihan saya..hehe

perasaan nak memulakan praktikal memang lah rasa excited. tapi takut tu tetap ada, sebab mereka ini kira golongan professional jugak. terasa kerdil lah pulak nanti. mintak-mintak semuanya akan berjalan dengan lancar, dapat buat kerja dengan baik, dapat belajar benda baru, dapat praktik kan apa yang kita belajar dan kalau ada rezki boleh di serap terus..aminnn!

harap-harap juga pekerja dan bos-bos dekat situ semuanya baik-baik, tak sombong, tak kekwat, tak kerek..kalau boleh dapat cepat ngam dengan diorang lagi baguss..aminn! sebab bila kita baik dengan orang lain, orang itu akan baik dengan kita kan..jadi sikap merendah diri dan sentiasa ingin belajar kenalah di terapkan dalam diri seorang budak praktikal. yang paling penting hormat menghormat..insyallah!

Monday, July 9, 2012

lelaki sasa dan pasangan serang Jabatan Perdana Menteri cakap nak gulingkan kerajaan

0 insan terpilih


PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

Saturday, July 7, 2012

GAMBAR MAJLIS BERINAI RATU ROCK ELLA DAN AZHAR

0 insan terpilih
assalamualaikum


tanggal 7 julai 2012 akan menjadi detik sejarah bagi Ratu Rock Malaysia, ELLA kerana beliau akan bernikah dengan seorang pilot FireFly, AZHAR GHAZALI. mereka akan di ijabkabulkan selepas Isyak dan dinikahkan di rumah Ella di Telok Gadong, Klang. dekat dah dengan rumah sheila..hehe



di anggarkan hantaran yang akan Ella terima adalah bernila rm 50 ribu..alhamdulillah, akhirnya hajat ibu Ella untuk melihat anak gadis nya bertemu jodoh akhirnya termakbul ketika Ella berumur 46 tahun. majlis pernikahan beliau pula akan di adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember 2012..tahniah di ucapkan..




majlis berinai yang di adakan di rumah Ella ini hanya di hadiri teman-teman rapat sahaja..dan kebanyakan gambar di ambil oleh MINISTRY OF MOMENT..sangat cantik kann..




protege Ella pun ada jugakkk, Caroline..dari Mentor.

Wednesday, July 4, 2012

WorldWide, Puspakom atau Sime Darby? mana satu patut pilih ini??

2 insan terpilih
assalamualaikumm..


aaduhh dalam dilema..yang mana satukah patut di pilih?? walaupun sudah membuat keputusan tapi perasaan was-was dan takut tetap membelengu kepala otak ini..dengan exam lagi, dah study banyak tetap tak pahamm..aduhh apalah dosa ini..

actually kelmarin sheila dapat panggilan dari 2 tempat praktikal. seperti yang semua sedia maklum (kalu dah tau lah kan) sebelum ini sheila dah terima offer dari WorldWide Holdings Berhad di seksyen 7 Shah Alam untuk menjalani praktikal di sana. sheila dah siap pergi interview lagi kann..


tapi baru-baru ini, sheila dapat 2 lagi offer. dari Puspakom di Glenmarie Shah Alam dengan Sime Darby Plantation di Subang. aduhh plizlah jangan buat saya dalam dilema dan di beri banyak pilihan..huwawa..buntu-buntu..



disebabkan tak tahu nak pilih yang mana, samada nak stay dekat WorldWide ataupun pilih Sime Darby, sheila memutuskan untuk membuat solat istikharah..yang pasal Puspakom tu sheila rasa terpaksa tolak sebab jauh sikit lah..huhu..

lepas itu, esoknya sheila kol mak bagitahu dapat dua tempat baru tok praktikal. lepas tu tanyalah mana satu patut pilih..and my mom said pilih lah Sime Darby..company tu bagus, well established..kemungkinan boleh di serap. walaupun jauh sikit takpelah, boleh naik KTM..mungkinkah itu petunjuk yang diberi Allah..yelah pilih mak selalunya memberi kebaikan kepada kita kan..dan selalu tepat.


now, sheila dah buat keputusan dengan pilih Sime Darby Plantation sebagai tempat praktikal. lagipun bila tanya kawan-kawan ramai yang suruh pergi Sime Darby. bukan senang nak masuk company tu..dapat praktikal dekat situ pun jadikan..Alhamdulillah mungkin rezki sheila dekat sana..

sekarang ini kenalah buat surat penolakan untuk WorldWide pulakk..walaupun rasa bersalah tapi nak buat macam mana..sheila terima tawaran yang lagi bagus..walaupun terpaksa bekorban sikit yelah sebab jauh dari rumahh..tapi tu takper, setiap langkah kita untuk menuntut rezki itu adalah pahala..hehe..wasalam

Monday, July 2, 2012

GAMBAR KAHWIN BLOGGER DAN MODEL TERKENAL-IRINE NADIA MARCELLO

2 insan terpilih

semalam telah berlangsungnya majlis perkahwinan blogger dan model terkenal, FAKHRINE NADIA BT ABDUL RAHIM aka IRINE NADIA MARCELLO bersama pasangan MOHD AMIRUL BIN MOHD SHOBRI di Masjid Tanah Melaka.

comelll!


pasangan yang sangat cantik, sangat hensem, sangat padan bagai pinang di belah 14..hehe..ramai juga blogger yang datang dan salah seorangnya adalah Fatin Liyana Asri, bakal adik ipar Maria Elena yang juga merupakan seorang blogger terkenall..hehe..



majlis perkahwinan yang sangat simple, pelamin yang simple, mekap yang simple..tapi yang sheila berkenan sangat combination warna baju pengantin. sangat sejuk mata memandang..



sangat comel..bagai pinang di belah-belah

disebabkan Irine Nadia Marcello juga merupakan seorang model, maka gambar-gambar kahwin dan akad nikah mereka pun sangat cantik. sebab dah biasa depan kamera kan. walaupun candid tetap menarik..kalau tak silap, abang Irine juga merupakan blogger dan seorang photographer.

gambar selepas akad nikah..so sweet!

kad jemputan kahwin ibarat sebuah novel




amboi menghayati nya dia nyanyii..hehe

fatin liyana asri pun adaa..



tak mekap pun tetap cantikk, tak lama lagi giliran fatin pulak kahwin..hehe


yang sebelah pengantin tu Yuyu Zulaikha ke ek??

jadi kepada pasangan pengantin, semoga berbahagia hingga ke Jannah..kekal selamanya!

credit to: Pen Merah dan Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA