~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, March 8, 2010

hujan oh hujan..

lelaki yang pakai baju melayu putih tu la cousin i huhu




Hujan: Bila Aku Sudah Tiada


Bila aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu

Mungkin itu sementara

Bila jumpa penggantiku

Jangan dilupakan aku


Pagi itu indah seperti biasa

Tidur yang lena terhenti di sana

Layap kuyu masih tak terdaya

Bukalah tingkap mu curahkan cahaya

Siapa yang sangka

Bila tiba masa kita untuk pergi selamanya

Takkan terduga

Jika saat ini Tuhan tentukanlah kulah orangnya


Bila aku sudah tiada

Simpan semua lagu ku

Jangan di tangis selalu

Mungkin itu sementara

Bila jumpa penggantiku

Jangan dilupakan aku

Gelak tawa tangisan yang hiba

Kenangan kita masa di dunia


Mesti korang tertanya-tanya kenapela cla tulis lirik lagu Bila Aku Sudah Tiada ni kan..sebenarnya cla suke lagu ni.dia punye lirik, rentak muzik dia and lagu nilah yang dah naekkan kumpulan Hujan ni... sebelum tu cla nk cte ckit pasal kumpulan Hujan ni yang terdiri daripada Noh, Acer, Izzat (my cousin hehe), and Dimas.


Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.


Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield danCardiff.


Terkini, mereka baru manghabiskan konset jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" yang telah di adakan di seluruh negara. Jelajah itu di akhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke eropah setelah di undang bagi bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.


Tapi cla da terbaca yang vokalis kumpulan Hujan ni ialah Karim Daud. Cla xkenal pon sape Karim Daud tu. Tapi da orang cakap yang Karim Daud ni dulu bekas penyanyi lagu lucah. Dia jugak pernah menggemparkan budak-budak universiti sekitar tahun 2003 hingga 2005 kerana lagu-lagu lucahnya tula..cla pon xtau sangat sebb tahun tu cla baru form 2 ke form 3 ntah..betul ke tak no komen.*jawapan clisye artis..hehe.


lepastu kisah Karim Daud ni pernah masuk Harian Metro and sejak tu dia dah stop berkecimpung dalam lagu2 lucah ni. ada 4 rumours mengatakan KARIM DAUD ialah student MMU, ada juga kata UITM( of cos termasuk jugak), UM dan Kolej Mahsa.

Namun terbaru, Karim Daud telahpun menjadi vokalis kumpulan HUJAN...sebuah kumpulan underground yg famous sekarang ini...betul ke tak cla xtau..yang penting cla tetap sokong kumpulan ni bukan sebab my cousin maen bass tok Hujan tapi kumpulan ni memang berbakat and lagu-lagunye pon meletup gitu..
so adios..

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA