~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, March 14, 2010

Lelaki Melayu vs Lelaki Mat Saleh

kenapa perempuan melayu zaman sekarang ni asyik tergila-gilakan lelaki mat saleh?? ape dah pupus ke lelaki melayu kat malaysia ni..isy2.. isu ni sekarang dah jadi hot sampaikan menjadi persoalan di dalam hot fm..haha

hari tu dengar Hot Fm di petang hari sambil menghenyakkan tubuh badan di atas katil yang dianggap empuk,haha and terdengar lah suara2 yang macam ku kenal jew iaitu Faizal Ismail aka FBI tu and A.G yang telah mengutarakan satu soalan yang berbunyi 'KENAPA PEREMPUAN MELAYU MENGAMBIL LELAKI MAT SALEH SEBAGAI PASANGAN HIDUP MEREKA'..

Bile jew dengar soalan tu berbunyi begitu dan bukan berbunyi ting tong aku pun layan jewla sebab macam menarik and mesti mendapat maklum balas dengan mesra, cepat dan betul *ceh macam balai polis punye tagline plak..haha..sangkaan aku sememang nye betul tapi malangnya xdapat RM1juta macam dalam Who Wants To Be A Millionaire tu..huhu.. ok la sekarang masa tuk serius ok..hmm..

kebanyakan yang memberi respon kepada soalan tu semestinya perempuan and semuanya telah memberi jawapan yang same iaitu LELAKI MELAYU TAK SEROMANTIK MAT SALEH.. diorang cakap lelaki-lelaki mat saleh ni pandai memujuk, pandai amik hati, pandai berkata-kata and pandai dlam segala-galanye..

hmm..cla nk komen xda experience plak ngan lelaki mat saleh ni..dengan lelaki yang bernama Salleh kenal la kot..*pikir sejenak ada ke orang yang nama salleh aku kenal??huhu

ada seorang pemanggil perempuan ni menceritakan kisah dia dengan lelaki berbangsa India tapi bukan mat saleh..*dia xpaham soalan ke??huhu.. Dia dulunya bercinta dengan seorang lelaki berbangsa India and dia cakap lelaki ni sangat romantik berbanding dengan lelaki-lelaki melayu yang dia pernah kenal..macam-macam la lelaki India ni buat kat dia yang dia anggap romantik and last-last dia kahwin dengan lelaki India Muslim..haha..*apa dah jadi dengan lelaki India yang dia bercinta dulu??

Pada pendapat cla, sebenarnya lelaki-lelaki Malaysia ni ramai terutamnya yang Melayunya..tapi diorang sume ramai kat UNITI aka UNIVERSITI SERENTI..haha..so macam mane nk pilihkan. Lelaki melayu ni pulak bukannye xromantik, sebenranya diorang ni romantik cuma ego diorang tu mengatasi segalanya.. and diorang ni jugak xtau macam mane nk luahkan sikap diorang yang romantik tu..and romantik tu xsemestinya selalu bagi bunga, coklat atau melamar pasangan nye kat tengah-tengah laut ke ape.

lagi satu lelaki-lelaki melayu ni kadang-kadang control macho sedangkan diorang tu xmacho pon..huhu..nanti bile si lelaki ni tuliskan lagu atau puisi tuk si perempuan, kawan-kawannya cakap jiwang pulak, then terus xjadi nak tulis..

tapi cla nmpak sekarang ni artis-artis perempuan kebanyakkan nye berkahwin dengan lelaki mat saleh..dah jadi macam trend pulak..contohnya macam Maya Karin, Ning Baizura, Sarimah Ibrahim and etc..tapi ada jugak dikalangan mereka xbahagia and jodoh di tengah jalan..so ape kes ni??emm maybe lelaki tu xromantik kot *sukati jew wat kesimpulan.huhu

4 insan terpilih:

fideila said...

emm btul2..saya sokong..tapi janganla marah sayg plak..marah la kat orang yang bg komen kat radio tu..huhu.

bangla romantik kew??hisy..lelaki lombok pon romantik pew.hehe

snapheadlock said...

Assalamualaikum...

Saye just an anonymous visitor. Nak komen sikit..

Sesetangah perempuan Melayu mungkin suke idea kahwin dgn mat saleh sebab lawa la, anak comel etc...dalam kata lain, superficial reasons..niat tak ikhlas...

Tapi saye rase lelaki Melayu kebanyakannye sgt2 memilih & selalunye tak bg perhatian pun kat perempuan2 yg rupa biasa je, walaupun perempuan ni hati baik, perangai baik, pandai. Kalau takde rupa tu, susah betul laki Melayu tu nak notice perempuan tu...

Itu yg saye perasan lah, sejak dari zaman sekolah lagi hinggalah skrang kat uni. Penah beberape kali saya sukakan lelaki Melayu, tapi semua pun nak yg lawa2 & tak bagi peluang pun, walaupun mereka sendiri takde lah hensem sgt pun. Saye sekarang tgh belajar kat negara mat saleh...& boleh kate la, ramai pelajar2 lelaki Melayu agak susah untuk didekati, mmg disappointing.

Saye tak nafikan mmg ade laki Melayu yg tgk perangai & budi hati dulu, tapi dari pemerhatian saye lah..lelaki Melayu susah nak ditarik perhatian melainkan perempuan tu seksi, putih melepak, hidung mancung dsb. Rasanye ramai je lelaki yg kawin dgn perempuan yg sgt cantik walaupun perempuan tu suke mintak itu la, ini la, nak kawin besar besaran la. Bahagia kot relationship camtu? ingat...rupa akan hilang bila kita makin tua..

Mungkin mat saleh lebih pentingkan personaliti, bile perempuan tu dah rase dihargai kerana inner beauty die...die tentulah rase lelaki itu sayangnye dgn hati yg ikhlas & murni... Saye tau dua pasangan ni, yg lelakinye mat saleh, & yg perempuan2 tu takde lah lawa pun, tapi mereka bahagia, & yg pihak lelaki tu sgt prihatin terhadap pasangan mereka.

Ape apepun, Islam tetap no.1...Asalkan lelaki mat saleh tu masuk Islam sebab utamanye kerana percaya kepada Allah swt, & Nabi Muhammad saw pesuruh Allah, then kite tak payah la susah hati kenape perempuan tu pilih mat saleh tu...lgpun dlm Islam, semua org sama je di sisi Allah, ape yg membezakan kita adalah tahap iman kita.

Wassalam...

mira 38-29-46 said...

hi

Danielle said...

I'm a student in Australia and I did not expect this but guess what? Matsalleh men are way less superficial than their Malay counterparts. Unlike some Malay men who only talk to or help pretty girls, matsalleh men do not really care how you look and they do not mind being friends with ugly girls. They are also more polite and helpful, once I was struggling to carry my groceries and matsalleh man helped me to carry my groceries, all the way to my front door. So unless Malay men change their attitudes, do not be surprised if Malay women would prefer to marry non-Malay men (not just matsalleh guys but also Chinese or Indian guys).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA