~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, March 8, 2010

SELUAR JEANS DI LARANG DI JUAL DI AMERIKA SYARIKAT.







Para pemimpin Arab-Amerika menyeru semua pemilik kedai pakaian dan butik di seluruh dunia supaya menarik keluar semua seluar denim jenama DKNY dari rak sebagai langkah drastik untuk memberi pengajaran sewajarnya kepada industri fesyen.


Semua seluar denim jenama DKNY, yang mempunyai rekaan corak yang memaparkan versa-versa dan rangkap dari ayat-ayat Al-Quran, tulisan khat Cina dan imej Buddha, digesa di bawa keluar dari kedai-kedai pakaian oleh pengedar terbesar seluar denim, Liz Claiborne Inc. yang berpusat di New York.


Walaupun jenama seluar denim itu menggunakan nama pereka fesyen Donna Karan, dia tidak terbabit dengan rekaan yang menimbulkan kontroversi itu.
Seluar jeans itu diperkenalkan pada Februari lepas dan di jual di 29 kedai pakaian di seluruh negara termasuk Hudsons, Nordstrom, Bloomingdale's dan Lord & Taylor, kedai-kedai butik pakaian di Michigan tiada menjual seluar denim yang terlarang ini.


Tindakan itu dikuatkuasakan oleh majlis hubungan Amerika-Islam(CAIR) di peringkat nasional yang mengencam seluar itu sebagai menghina penganut Islam berikutan corak rekaan seluar itu yang turut memaparkan beberapa ayat dari al-quran.
"Adalah menjadi satu kesalahan dan penghinaan bagi umat Islam apabila ayat-ayat al-quran yang tertera di seluar itu di bawa ke tandas. tindakan ini seperti dilarang dalam Islam," kata Ibrahim Hooper, jurucakap CAIR, baru-baru ini.


"Duduk di atas ayat-ayat itu menunjukan sikap yang tidak menghormati agama Islam dan tidak beradab. Tambahan pula, seluar jeans yang ketat dan mendedahkan bentuk kaki serta punggung wanita itu turut menunjukan rasa tidak hormat," tegasnya.


Claiborne membeli seluar denim dengan corak rekaan yang kontroversi itu dari sebuah syarikat pereka yang mendakwa bahawa corak itu adalah karut bagi mereka. Apabila CAIR membuat aduan, syarikat itu baru mendapati bahawa seluar jeans itu mencorakan beberapa ayat-ayat al-quran.


Pegawai-pegawai kanan Claiborne bertemu dengan pemimpin CAIR bagi membincangkan masalah yang timbul dan membincangkan masalah yang timbul dan mencari penyesalan terhadap kesilapan mereka menjual seluar denim itu. Wakil Claiborne bersetuju memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mereka.


Jumlah seluar jeans yang tidak terkira itu akan dimusnahkan mengikut cadangan cendekiawan Islam dan juru perunding mereka.


Sejak industri Asia dan Arab berkembang dengan pesat dan popular, sensetiviti dan rasa hormat terus menjadi isu utama dalam industri jualan runcit produk.
Bulan lepas, pemimpin Islam di Detroit membuat bantahan terhadap seluar jenama Hot Stuff2 di Northland Center kerana menjual seluar yang di liputi ayat-ayat al-quran.
Pemilik kedai itu, Micheal York berada di luar daerah ketika isu kontroversi itu bermula sehingga menyebabkan pengurus kedai dikompleks membeli-belah membeli kira-kira 20 pasang seluar untuk menghentikan perbalahan itu.


Walaupun anggota jawatankuasa anti-diskriminasi Amerika Arab di Dearborn memuji tindakan pengurus itu namun mereka tetap tidak berpuas hati, kata Imad Hamad, pengurus wilayah.
Jawatankuasa itu mengadakan satu perjumpaan mesyuarat dengan semua pengurus dan pegawai kompleks membeli-belah itu termasuk pemilik kedai pakaian memberi satu pengajaran supaya bersikap lebih sensetif terhadap agama orang lain.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA