~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, March 16, 2010

orang terkaya di dunia


carlos slim

Buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun, dunia mempunyai seorang lelaki paling kaya yang baru apabila majalah Forbes telah mengeluarkan senarai itu bagi tahun 2010 pada beberapa hari yang lepas.

Carlos Slim merupakan seorang taikun telekomunikasi dari Mexico merupakan billionair yang paling kaya dengan anggaran kekayaan sebanyak RM177.5 billion. Beliau telah berjaya mengalahkan bilionair sebelum ini iaitu Bill Gates yang selama ni telah menjadi lelaki paling kaya didunia selama 3tahun.

Slim berusia 70 tahun dan merupakan anak kepada seorang imigran Lebanon yang bekerja sebagai penjaga kedai. Kejatuhan kedudukan Gates dan Buffet (lelaki ketiga kaya di dunia) banyak dipengaruhi oleh kemelesetan ekonomi AS, disamping aktiviti kebajikan atau derma yang mereka lakukan.

Perniagaan konglomerat Slim meliputi perniagaan runcit, telekomunikasi, pengilangan dan hartanah. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tidak suka memakai sut yang mahal dan menggunakan komputer sebaliknya beliau lebih selesa menggunak buku nota.

Seramai 9 orang lelaki dari Asia Tenggara telah tercalon sebagai lelaki terkaya. Antaranya Tan Sri Robert Kuok (RM48.13 billion) telah berada di tempat 33. Beliau telah mengalahkan pengasas Microsoft iaitu Paul Allen (RM44.8 billion).

Ananda Krisnan yang merupakan tokoh perniagaan dari Malaysia telah berada di tempat ke 89 dengan kekayaan RM25 billion. Pemilik syarikat I0I Berhad, Tan Sri Lee Shin Cheng, 70, dengan kekayaan berjumlah AS$4.4 bilion (RM14.6 bilion) menduduki tempat ke-189. Selain itu, pengasas bersama Hong Leong Bank, Tan Sri Quek Leng Chan, 69, dan pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, 80, menduduki tempat ke-277 dengan memiliki kekayaan sebanyak AS$3.4 bilion (RM11.2 bilion).

Pengasas bersama enjin carian Google, Sergey Brin, 36, menduduki tempat ke-24 dengan kekayaan AS$17.5 bilion (RM58 bilion).Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich, 43, pula disenarai di tempat ke-50 dengan harta sebanyak AS$11.2 bilion (RM37.2 bilion). Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang baru berusia 25 menduduki tempat ke-212 dengan kekayaan sebanyak AS$4 bilion (RM13.2 bilion).

Pembikin filem mega seperti George Lucas, 65, dan Steven Spielberg pula berkongsi kedudukan sama iaitu di tangga 316 dengan kekayaan AS$3 bilion (RM9.95 bilion). Sementara itu, hartawan hartanah terkenal AS, Donald Trump, berada di tempat 488 dengan kekayaan AS$2 bilion (RM6.6 bilion).Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menduduki tempat ke-655 dengan kekayaan AS$1.5 bilion (RM4.97 bilion).

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA