~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, March 6, 2010

makan coklat merupakan kegemaranku

siapa kat sini suke makan coklat??angkat tangan..hehe..sedapnya kalau dapat makan coklatkan. fuh! mengiurkan. lagi-lagi kalau coklat tu besar, pastu ada kacang walnut dalam dia pastu ada kismis ckit, emm mengancam la..nyum nyum..hingga menjilat jari lagi..hehe..


lagi satu kalau korang xpercaya yang coklat ni sangat berkhasiat sampai dah dijadikan ubt-ubatan, korang bacelah ni..http://www.coklatminda.com

selain dijadikan sebagai makanan ketika lapar, ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah hantaran, hari jadi dan macam-macam lagi..cla kalau dah start makan coklat memang tak kan berhentila..and takkan bagi orang ckit..hehe..*saya sangat kedekut k..harap maklum..

walaupon makan coklat nie orang cakap tak menggemukkan, tapi bagi cla, bile cla makan coklat cla jadi gemuk..haha..*petua nk gemuk dari cla. tapi bagi orang laen xtau la kan..huhu..jangan percaya jugak bile orang cakap makan coklat tu nanti tumbuh jerawat..semua tu hanya mitos-mitos belaka.*mungkin cla xperasan dia tumbuh sebab muka cla memang dah da jerawat..haha. selain tu, kalau cla stress cla akan makan coklat banyak-banyak..sebab dengan cara tu stress sedikit sebanyak akan hilang..kalau korang xpercaya gak cakap cla, korang baca la ayat-ayat selepas ni..huhu

* Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

* Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

* Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

* Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan.Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

* Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

* Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

* Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

* Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

* Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

* Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk **** selain tiram.

* Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

* Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

* Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

* Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita,yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

* makan coklat adalah sangat baik untuk kita, tapi elakkan lah makan secara berlebihan.

2 insan terpilih:

Anonymous said...

da borg da mkn cklat..
bf ske sgt bg cklat n bga ros,
huhu..smpai xtermkn..
klu cmtu leh gmok ke ek..??
konpius2...

fideila said...

emm tgk pada kekuatan diri anda untuk menerima coklat tu ke tak..haha..tapi sesetengah orang boleh gemuk bile bnyak makan coklat..kamu plak cmne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA