Saturday, May 29, 2010
Isteri tanggung suami
Thursday, May 27, 2010
gempar. ada bayi kembar yang baru dilahirkan di buang di rumah aku!!
Lee DeWyze juara American Idol 2010
Wednesday, May 26, 2010
guru dan pelajar masing-masing tunjuk hero
blogspot.com berada di tangga ke4 daripada 500 domain terpenting mengalahkan yahoo.com
Monday, May 24, 2010
perogolku, suamiku
KUALA TERENGGANU: Hanya kerana mahu menutup malu keluarga selepas anaknya dirogol dan mengandung anak luar nikah, seorang bapa sanggup mengahwinkan anak gadisnya itu dengan perogol terbabit, walaupun menyedari tindakannya itu bakal menjerat diri.
Ternyata, tindakannya itu tidak menyelesaikan masalah berkenaan, malah menyebabkan mangsa fobia dan trauma akibat dirogol selain terpaksa berdepan perogolnya yang juga suaminya.
Lebih malang, mangsa juga terpaksa menanggung malu bersendirian selepas pelbagai tohmahan dilemparkan jiran kerana mendakwa dirinya gadis liar dan mengandung anak haram.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai sebagai Nor, 19, ketika ditemui berkata, peristiwa hitam itu berlaku pada penghujung 2007 ketika dia berusia 16 tahun dan masih di bangku sekolah.
Menurutnya, dia tidak menyangka dirinya diperangkap rakan baiknya sendiri yang mengundangnya untuk minum petang di rumah sebelum khayal dan tidak menyedari dirinya menjadi korban lelaki bernafsu binatang itu.
Menceritakan semula peristiwa hitam menimpa dirinya itu, Nor berkata, selepas pulang dari sekolah, rakannya mengajaknya ke rumahnya untuk minum selain memujuk dia menemaninya kerana orang tuanya tiada di rumah.
Katanya, ketika di rumah rakannya, dia dihidangkan minuman dan selepas meminumnya kepalanya pening, pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.
Nor berkata, selepas beberapa jam dan terjaga daripada pengsan, dia terkejut apabila tubuhnya yang tidak berpakaian terbaring di atas katil dalam bilik tidur rakannya itu.
“Selepas itu, baru saya sedar diri dirogol seorang lelaki yang juga teman rakan yang berada di dalam rumahnya itu dan lebih mengejutkan apabila rakan baik dan lelaki itu hanya buat selamba apabila saya bertanyakan apa berlaku kepada diri saya.
“Ketika itu hati saya hancur dan percaya diri saya diperangkap apabila minum minuman dicampur sesuatu yang mengkhayalkan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas keluarganya perasan perubahan pada tubuhnya yang mengandung.
“Saya menceritakan kepada keluarga peristiwa hitam itu dan bapa yang terkejut membuat laporan polis.
“Namun, bapa menarik balik laporan berkenaan dan untuk menutup malu keluarga bapa buat keputusan mengejutkan apabila mengahwinkan saya dengan lelaki terbabit yang merogol saya, tetapi mengasingkan saya daripada suami,” katanya.
Nor berkata, walaupun sudah berkahwin mereka tidak tinggal bersama dan dia sering mengelak bertemu lelaki terbabit sebelum menuntut cerai beberapa bulan kemudian.
“Saya tertekan dengan keputusan bapa menikahkan saya dengan perogol itu, malah lelaki yang bergelar ‘suami’ itu sering menghubungi saya untuk bertemu dan memujuk tinggal bersamanya, namun saya menolak kerana trauma dengan perbuatan biadabnya sehingga merosakkan masa depan saya.
“Beberapa bulan kemudian saya nekad berpisah dengannya sebelum memfailkan cerai fasakh di mahkamah dan kami berpisah, namun dia tetap memburu saya dengan alasan mahu melihat anak daripada benihnya itu, tetapi saya percaya dia ada tujuan lain,” katanya.
Nor berkata, dua tahun dia tidak keluar rumah akibat menderita selain menerima cemuhan jiran yang tidak tahu kejadian sebenar dan selepas melahirkan anak dia tekad memulakan hidup baru.
Menurutnya, pernah bekas suaminya itu menghubunginya untuk kembali bersama menjadi pasangan suami isteri, namun dia tidak menerimanya kerana lelaki itu tidak bertanggungjawab apabila nafkah anak langsung tidak pernah diambil peduli.
“Saya percaya dia bukan mahu melihat anaknya, tetapi lebih kepada nafsu untuk melakukan hubungan seks dengan saya secara paksa, walaupun kami kini sudah berpisah,” katanya.
Nor berkata, sudah beberapa kali dia meminta bekas suaminya memberi nafkah kepada anaknya, namun jawapan diterimanya mengguris hatinya selain menuduh dirinya perempuan murahan.
Nor berkata, sehingga kini dia benci melihat wajah bekas suami yang memusnahkan masa depannya dan berharap pendedahannya memberi pengajaran kepada remaja lain supaya lebih berhati-hati memilih rakan supaya tidak terjerat.
Menurutnya, kesan psikologi kejadian itu amat mendalam serta sukar dilupakan dan dia kini banyak menginsafi diri selain berusaha mendidik anak hasil perbuatan bekas suaminya yang kini berumur tiga tahun menjadi insan berguna.
nota: kadang-kadang keluarga mahu menolong kita tetapi mereka tidak tahu apa yang kita rasa sebenarnya bila mereka membuat keputusan tanpa mendengar keluhan kita dahulu. akhirnya, kita juga yang akan terkena tempiasnya.
Saturday, May 22, 2010
rumah terpelik di dunia..
shahir juara akademi fantasia 8
Friday, May 21, 2010
Lori terbalik menyusahkan orang lain dan menyesakkan jalan
apa pula yang akan anda lakukan jika anda sedang melalui sebuah highway yang sesak dan rupa-rupanya ada sebuah lori terbalik di hadapan. yang palik tragik nya adalah lori itu membawa muatan berjuta-juta ekor lebah..eii seram.lebih baik kita tutup cermin rapat-rapat..huu
Thursday, May 20, 2010
perogol bersiri akhirnya ditangkap
MELAKA: Perogol bersiri yang juga bekas peniaga putu piring di sebuah pasar raya di Bachang, dekat sini, Rashidi Omar, 29, dijatuhi hukuman penjara 120 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam, selepas menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap 15 pertuduhan termasuk dua kes cubaan rogol, rogol (enam kes) dan samun bersenjata (lima kes) bagi tempoh antara 24 Mei 2007 hingga 21 November 2009.
Bagaimanapun, tertuduh bernasib baik apabila Hakim Zaharah Hussain, menetapkan hukuman bagi lima daripada 15 pertuduhan dihadapinya berjalan serentak sekali gus dia hanya perlu menjalani 50 tahun penjara dan 24 sebatan.
Zaharah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes dan rayuan tertuduh serta hujahan pendakwa raya.
Dalam penghakimannya itu, beliau turut memberi peringatan kepada tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas kesalahan dilakukannya dan tidak mengulangi pada masa depan.
“Saya harap kamu benar-benar insaf dan bertaubat. Kamu lebih tahu apa yang kamu lakukan,” katanya ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh kira-kira jam 4.45 petang semalam.
Bagi kesalahan rogol, Rashidi yang berasal dari Batu 13, Beringin, Durian Tunggal, Alor Gajah, dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.
Bagi kesalahan merompak menggunakan senjata ke atas mangsanya, dia didakwa mengikut Seksyen 372/379 KK.
Manakala, bagi kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dengan memaksa mangsa melakukan seks oral dan cubaan merogol dia didakwa mengikut Seksyen 377C KK dan 376 KK dibaca bersama Seksyen 511 akta sama.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun penjara dan 12 sebatan bagi kesalahan kes pertamanya iaitu merogol murid tahun satu di Ladang Kelapa Sawit Hailam Estate, Cheng pada 24 Mei 2007, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Bagi kes kedua, dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana cuba merogol seorang pelajar tingkatan satu di Ladang Kelapa Sawit Beh Kim, Lendu, Alor Gajah pada jam 6.30 pagi pada 20 Oktober 2009.
Seterusnya bagi kes ketiga, merogol dan merompak seorang wanita di sebuah pusat kecantikan di Batang Tiga pada jam 3 petang, 21 November lalu, dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.
Bagi kes keempat, dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan serta lima tahun bagi kesalahan merogol seorang mak andam berusia 24 tahun di sebuah kedai di Jasin pada jam 5.40 petang pada 21 Oktober 2009.
Hakim menetapkan hukuman bagi keempat-empat kes itu berjalan berasingan setiap satu dan juga berasingan dengan hukuman bagi lima lagi kes lain.
Sementara itu, dalam rayuannya tertuduh yang ditangkap pada 1 Disember 2009 berjanji tidak mengulangi semua kesalahan dan memohon hukuman ringan.
Katanya, dia menyesal dan memohon maaf kepada semua pihak serta berjanji akan berubah ketika menjalani hukuman di dalam penjara kelak.
nota: adoi senang-senang dia aje nak mintak maaf. kalau boleh hukum gantung aje orang yang macam tu. disebabkan dia ramai perempuan tak bersalah menjadi mangsa dan telah gelap masa depan diorang. dibuatnya mangsa-mangsa tu ada yang mengandung macam mana?? mintak-mintak dia bertaubat lah dan berkelakuan baik ketika di penjara..
Wednesday, May 19, 2010
beli gula kena tunjuk sijil nikah dan ic
DUNGUN 16 Mei - Tunjuk kad pengenalan dan surat nikah untuk membeli sekilogram gula!
Bunyinya seperti jenaka. Namun itulah yang perlu dilalui oleh seorang pengguna di daerah ini ekoran krisis gula yang meruncing kebelakangan ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Siti Marsila Sheikh Abdul Rahim, 24, bersama suaminya Mohd. Faizul Hashim, 28, keluar ke bandar Dungun untuk mendapatkan bekalan gula yang semakin sukar diperolehi.
Pada awalnya, Mohd. Faizul ke sebuah kedai runcit di bandar Dungun untuk mendapatkan sekilogram gula namun setelah menunggu hampir sejam, dia terkejut dengan tindakan peniaga kedai runcit itu yang memintanya menunjukkan kad pengenalan.
"Suami saya yang hairan dengan tindakan peniaga berkenaan terus menunjukkan kad pengenalan tetapi terkejut apabila peniaga itu memaklumkan pula dia hanya menjual gula kepada rakyat Terengganu sahaja.
"Memandangkan nombor kelahiran (03) tertulis di kad itu yang menunjukkan dia berasal dari Kelantan, peniaga itu tidak mahu menjual gula kepada suami saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Siti Marsila, mereka kemudiannya pergi ke kedai lain dan berdepan dengan insiden yang lebih memeranjatkan.
Jelasnya, dia yang terpaksa berbaris panjang di kaunter bayaran terkejut kerana peniaga itu memaklumkan dia tidak boleh membeli gula kerana "masih kanak-kanak".
"Ia mungkin kerana tubuh saya agak kecil dan kelihatan seperti kanak-kanak namun setelah saya memaklumkan bahawa saya telah berkahwin, lain pula yang diminta oleh peniaga itu.
"Dia mahu saya tunjukkan surat nikah untuk membuktikan saya telah berkahwin dan layak membeli sekilogram gula dan bukannya daripada sindiket membeli gula," jelasnya yang amat kecewa dengan kejadian itu.
Tambahnya, bagi mendapatkan sekilogram gula, dia dan suami terus pulang ke rumah untuk mengambil surat nikah walaupun masih bingung mengapa perkara itu mesti berlaku.
Ujar Siti Marsila, setelah membawa surat nikah berkenaan, barulah dia diberikan sekilogram gula - pembelian yang paling sukar dalam hidupnya selama ini.
Sementara itu, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, pihaknya memandang serius kes tersebut dan akan melakukan siasatan segera.
"Saya nasihatkan jika pengguna menghadapi masalah yang sama, mereka boleh terus berjumpa dengan anggota penguat kuasa di setiap daerah untuk mendapatkan bekalan gula," katanya.
juara Top Host 2010 milik Syazwani Diyana
Lelaki Melayu vs Lelaki Mat Saleh
Saturday, May 8, 2010
AMERICAN CHOPPER, rancangan televisyen yang aku suka..
kasih sayang ibu tiada galang gantinya..
9hb 5 merupakan hari ibu. ibu merupakan seorang wanita yang sangat penting dalam kehidupan kita. tanpa ibu siapalah kita di dunia ini. ibulah yang membesarkan kita, memberi kita makan, minum, memandikan kita, menidurkan kita, memujuk kita bila kita menangis, menyapukan ubat di tempat yang luka, menyikatkan rambut kita, memakaikan kita pakaian dan macam-macam lagi.
Thursday, May 6, 2010
hutang tak habis lagi, dah tunjuk kain baru mintak dihutangkan..
Wednesday, May 5, 2010
wanita miliki payudara terbesar sehingga mencecah kaki
LIMA - Seorang ibu anak empat di utara Peru, Julia Manihuari terlantar di katil selama enam bulan disebabkan payu daranya terlalu besar, lapor sebuah akhbar semalam.
Payu dara Manihuari, 29, berterusan membesar pada setiap hari sehingga menyamai saiz perutnya selepas dia melahirkan anak lelaki ketiga, tujuh tahun lalu.
"Payu dara saya menjadi amat besar sehingga saya berasa sakit kerana kulit saya terlalu tegang dan saya turut mengalami sesak nafas," katanya.
Beberapa doktor kemudian memberitahu, Manihuari menghidap penyakit Bilateral Gynecomastia iaitu pembesaran kelenjar susu selepas dia dibawa ke sebuah hospital di negara itu dengan bantuan pembiayaan daripada media tempatan.
Bimbang payu dara wanita itu akan merosakkan paru-parunya, beberapa doktor melakukan pembedahan selama enam jam pada bulan lalu dan membuang lebih 15 kilogram daging pada buah dada Manihuari.
"Sebelum menjalani pembedahan, saya langsung tidak dapat bergerak, keadaan saya amat teruk selepas payu dara saya dapat menyentuh paha saya," katanya. - Agensi
note: bayangkan payudara kita dah boleh cecah kaki..untung dia sebab tak payah nak buat suntikan nak besarkan payudara ke hapa. sebab ia membesar dengan sendirinya..huhu..tapi bila dah makin besar dan membesar memang susah la nanti nak bergerak sebab badan kita dah tak dapat nak menanggung payudara kita yang semakin membesar tu.
akhirnya ada jugak yang berjaya mengalahkan Pamela Anderson punya payudara.haha. nanti bila wanita ini dah siap di bedah mesti terasa ringan je kan...hehe.