~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, May 26, 2010

guru dan pelajar masing-masing tunjuk hero



kenapa sekarang ni banyak sangat kes cikgu pukul murid lah, murid pukul cikgu lah. baru-baru ini ada kes anak murid tumbuk cikgu. hisy, sungguh biadap betul. berani anak murid memukul cikgu.

kes ini berlaku di ibu kota di mana seorang guru lelaki di sebuah sekolah telah di maki hamun dan lebih teruk di tumbuk berulang kali oleh seorang pelajar yang baru berada di tingkatan satu. untuk baca lebih lanjut tekan ini.

aduh, apa nak jadilah dengan budak zaman sekarang ini. tak hormat orang langsung. mereka sekarang sudah berani melawan cakap dan lagi teruk memukul cikgu sendiri. siapa yang patut dipersalahkan dalam isu ini?

zaman sekarang dengan zaman dahulu sunnguh berbeza. kalau dulu anak murid takut betul nak tegur cikgu ataupun nak bertanya. tapi sekarang terbalik pulak. budak tingkatan 1 pun dah pandai melawan, apatah lagi bila mereka dah menginjak ke tingkatan lima atau masuk ke universiti nanti. mana tahu ibu bapa mereka pun berani dipijak kepala.

adakah salah guru menegur mereka kerana kesalahan mereka sendiri. tetapi apa yang mereka dapat bukannya perubahan kepada diri pelajar itu sendiri, tetapi penumbuk yang mereka dapat. tugas guru adalah untuk membimbing pelajar tetapi kalau pelajar itu sudah bersikap sedemikian, siapa lagi yang sanggup mengajar budak itu.

lain pula dengan kes dimana guru menampar pelajar. kes ini berlaku di Kodiang di mana seorang pelajar lelaki berumur 11tahun ditampar oleh guru lelaki hingga menyebabkan pelajar berkenaan menjadi pekak. untuk lebih lanjut tekan ini.

semakin hari semakin banyak kes antara pelajar dan guru. apa silapnya sehingga banyak kes melibatkan guru dan pelajar ini timbul? adakah guru sendiri tidak tahu tentang tatasusila dalam mendidik pelajar atau pelajar sendiri tidak tahu tentang tatasusila menjadi pelajar?

semua pihak harus mengambil tindakan dan memikirkan situasi yang akan berlaku pada masa akan datang. jangan hanya mengikut perasaan dalam melakukan sesuatu. sewajarnya kita imbas balik tentang sistem pembelajaran pada masa dahulu dalam melahirkan insan-insan berguna.

kepada pelajar sendiri, hormatilah guru anda kerana tanpa guru siapalah kita.

1 insan terpilih:

gnesop said...

Guru skrg tidak lg dihormati..
mungkin sikap guru dan mungkin juga sikap pelajar sekarang..
apa yg pasti mendidik anak2 sekarang memang mencabar..
bukan sahaja punca dr pelajar ttp juga ibubapa..
ingat dulu masa sekolah, kalau mengadu kat ibubapa kena rotan, pasti aku kena marah blk.. tp sekarang?

bak kata penulis, tanpa guru, siapa lah kita yek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA