~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, May 22, 2010

shahir juara akademi fantasia 8


siapa sangka Ahmad Shahir Zawani (SHAHIR) yang akan menjadi juara Akademi Fantasia 8. beliau yang akan menyanyikan lagu Biru Mata Hitamku nyanyian Wings dan lagu yang diciptakan untuk beliau berjudul Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Shahir amat beruntung kerana sebelum ini beliau telah pun terkeluar dari AF8 pada minggu kelapan dan diserap semula dengan undian masuk. mungkinkah beliau akan mengikut jejak Mawi?



Namun beliau bukan keseorangan dalam menggapai kejayaan bergelar Juara AF8. Turut serta adalah Emirza Azwan Zulazrin Chew (IWAN) yang akan menyanyikan lagu Relaku Pujuk dan VIP (lagu baru). Iwan juga merupakan peserta kegemaran yang disebut-sebut untuk bergelar juara AF8.



Selain itu, Muhd Shahril Firdaus Eli (DAUS) akan menyanyikan lagu Doktor Pakar Cinta dan lagu Kenapa (Lagu baru). Imej dan personaliti Daus yang ceria itu berjaya menarik perhatian peminat untuk mengundinya sehingga ke peringkat akhir.



Muhd Firdaus Maulana Mohamed (MAULANA) akan menyanyikan lagu Susun Silang Kata nyanyian Aizat dan lagu RSVP (lagu baru). Maulana yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik jazz mungkinkah bakal memberi kejayaan kepada beliau sebagai juara AF8?



tidak lupa juga kepada peserta tunggal wanita, Siti Adira Suhaimi (ADIRA) yang akan menyanyikan lagu Tiru Macam Saya dan lagu Ku Ada Kamu (lagu baru). beliau juga merupakan peserta yang disebut-sebut sebagai pemenang AF8.

2 insan terpilih:

Sir Marcello said...

oh ini wajah2 finalist AF8...

fideila said...

sir marcello: inilah dia wajah finalis nye..tak tengok ea?

fid: konsert akhir baru nak tengok.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA