~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, September 24, 2010

ayamazz roti impit

assalamualaikum semua..pernah tak korang semua dengar pasal Ayamazz Roti Impit? ia bukan sejenis nasi impit ea, tapi sejenis roti yang lebih kurang sama dengan roti hotdog. Ayamazz Roti Impit adalah menu yang disediakan dia bawah kelolaan Ayamas.


pernah tak korang jumpa kereta sorong Ayamaz Roti Impit ni dekat universiti atau kolej korang? kalau nak tahu, kepada sesiapa graduan atau pelajar university di seluruh negara yang berminat nak berkecimpung dalam bisnes bolehlah try jual makanan ini. pihak Ayamazz Sdn Bhd memang mengalu-alukan sangat sebab mereka nak melatih graduan semua untuk berkecimpung dalam bisnes.


mesti kamu semua ingat tak untung kan? sebenarnya bisnes ini sangat untung walaupun korang hanya jual roti ni dengan air sahaja. sebab apa untung? sebabnya roti ni sangat sedap, air dia pun lagi sedap dari air kat Starbucks dan harga nya sangatlah murah. selain itu, packaging nya pun sangat menarik. tak mainlah pakai plastik, kita kena jaga alam sekitar, so packaging berasaskan kertas.



mesti kamu semua tak percaya kalau aku cakap ada seorang brother and sister ni dia jual makanan ini dekat UiTM Puncak Alam dengan Intek Seksyen 13, dapat pulangan sebulan mencecah RM13K. bayangkan umur semuda mereka dah menjadi usahawan berjaya sehingga boleh melancong ke luar negara setiap cuti semester..wah!!best giler..

bisnes nye sangat simple sahaja, hanya dengan berbekalkan kereta sorong, lepastu korang  park la kereta sorong tu dekat mana-mana dan attract student lain beli Ayamazz Roti Impit. segala modal pendahuluan, kereta sorong dan latihan akan disediakan oleh pihak KFC Holdings. korang just jual sahaja..betapa bestnya bisnes ini..huhu.


aku dapat tahu pasal ini pun masa aku pergi seminar keusahawanan kat university aku. masa tu Chairman KFC Holdings, Tan Sri Muhammad Ali Hashim datang bagi talk. memang seronok. walaupun dia berpangkat besar tapi dia merupakan seorang yang sporting. hehe


masa seminar hari tu, kitaorang semua di taja oleh KFC dan Ayamas. memang seronok. kenyang kitaorang makan..hehe..sampaikan berbungkus-bungkus kitaorang tapau..huhu.

jadi, anda berminat ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti mereka di usia muda?? joinlah bisnes ini sekarang, sebelum terlambat..hehe..boleh cepat kaya..tak payah masuk MLM tu..tak boleh dipercayai..hehe.

kalau nak tahu pasal Ayamazz Roti Impit ini bolehlah pergi ke facebook mereka.ok adioss!1

3 insan terpilih:

mira_nas said...

wah... macam best je... ley cuba nanti nih

Anonymous said...

roti ni mmg best..
harga pun berbaloi tuk student bli..
kat UniKL City Campus pun de satu kdai yg jual ni :-)

ali said...

MEmang terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA