~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, September 5, 2010

niat untuk berubah tapi hanya di bulan puasa

ramai orang kata bulan puasa adalah bulan untuk berdiet, berhenti rokok dan bertudung. tapi takkan hanya bulan puasa sahaja sahaja kita buat begitu? bila bulan puasa habis kita pun mulakan tabiat yang lama..

contohnya bagi wanita yang tidak bertudung, bila bulan puasa tiba mereka mula memakai tudung tapi bila hari raya tiba tudung pun mula disimpan di dalam almari..adakah ikhlas dia memakai tudung pada bulan puasa tu?

kalau boleh biarlah pakai tudung sampai bila-bila..janganlah hanya di bulan puasa sahaja. macam tu baik tak payah..lepas tu yang paling pelik bila pakai tudung baju pulak yang tak kena. ketat, singkat, lengan pendek tapi tudungnya bukan main cantik lagi dililit..pelik-pelik..

jadi kepada semua wanita di luar sana, silalah berpakaian sesuai..sekiranya bertudung pakailah baju yang proper. sekiranya mahu bertudung hanya di bulan puasa, baik lupakan sahaja..

bagi yang kata mahu berdiet di bulan puasa tidak salah untuk melakukannya. tapi bila tiba waktu berbuka bukan main banyak lagi dia beli dekat bazar. kuih sahaja ada 3 jenis, air ada 3 rasa, belum campur lauk-pauk dan nasi lagi..isy2..kalau macam itu, macam mana nak berdiet..lagi bertambah beratnya adalah..huhu


untuk yang mahu berhenti hisap rokok itu tak salah dengan niat kamu tapi berhenti rokok hanya pada waktu berpuasa dan bila sudah berbuka balun sampai 3 batang rokok baik tak payah..lupakan sahaja niat murni kamu tu. kalau nak berhenti biarlah terus berhenti..tapi kalau hanya berhenti semasa sedang berpuasa bukan berhentinya nama tu. itu mengurang.
jadi pesanan dari penaja mengatakan kepada sesiapa yang ingin berubah silalah berubah untuk tempoh masa yang lama, bukan sebentar. silalah berubah dengan ikhlas bukan saja-saja..niat untuk berubah merupakan yang terpenting sekali. oleh itu..selamat berubah kepada sesiapa yang ingin berubah.

1 insan terpilih:

Ahmad Muzaffar =) said...

bagi saya, lebih elok jika seorang perempuan yg bertudung itu ada niat ingin memakai tudung even time ramadhan je... ye lah... kalau nak diikutkan mmg hipokrit...tapi disebabkan hipokrit org2 macam ni, xpasal2 dia dapat mengelakkan dosa x pakai tudung tu selama sebulan... sorry to say la... biler awak cakap "baik tak payah pakai" tu, awak dah cam menggalakkan org yg dah ada niat utk bertudung tak memakai tudung even utk Ramadhan... patutnye, kite nie sebagai umat Islam kene sokong diorang ni... who knows Allah turunkan hidayah time2 ramadhan camni utk org2 camtu???

apa2 pown,ini just pendapat.. sorry kalau pendapat yg sy bg salah. ^^

assalamualaikum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA