assalamualaikum, entry kali ini aku nak cerita pasal hari kedua aku di training. di sebabkan trainer itu suruh kami semua datang awal iaitu 8.45 pagi, so aku yang selalu datang lambat ini terpaksalah keluar awal dari rumah.
bukan aku saja-saja nak datang lambat, tapi bas yang tak ada, sebab itu aku selalu lambat. hehe..tapi aku manage untuk sampai tepat pada masanya tau! cayalah. hehe and yang paling penting bukan aku yang paling lambat datang, tapi ada lagi trainee yang lambat jugak. hoho
pada hari itu, kami diberi kuiz tentang apa yang kami telah belajar semalam. aku yang pelupa ini macam biasalah, confident je jawab tapi salah jawapannya. haha..sampaikan trainer itu naik pening dengan aku. tapi bukan semua soalan aku tak boleh jawab tau. ada jugak yang aku ingat sikit-sikit jawapannya, kalau tak sia-sia jelah trainer itu buli aku semalam. haha
lepas dah ada sesi soal menjawab, kami semua di bawa dalam MPH Midvalley untuk menyusun buku di rak dan mengenal pasti department. bab susun buku tu aku kurang minat sikit. sebab itu aku tak suka duduk atau jaga floor. memang bosan. kami semua takut kalau ada customer tanya something sebab kami bukan kerja dekat situ and tak tahu department2 kat situ.
but, lari kemana pun, kami semua tetap di tanya customer. diorang ingat kami memang kerja kat situ agaknya. so dengan blur-blur kami jawab. haha. bila nampak je customer berdekatan, terus kami pergi tempat lain. sebabnya tak nak di tanya. hehe
after dah belajar cara-cara susun buku dekat rak, kami pun pergi rehat dan akan bersambung di sebelah petang pula. pada sesi petang kami belajar cara-cara nak cari buku di rak mana, and cara-cara nak menjawab dengan customer nanti. kira macam mana cara nak nampak keyakinan bila jawab dengan customer nanti.
so, hanya itu yang kami belajar pada hari kedua training. esoknya kami akan di divide mengikut bahagian masing-masing. siapa yang jaga floor akan berada di dalam MPH sepanjang hari untuk berlatih menyusun buku and melayan customer.
manakala siapa yang bahagian cashier akan belajar cara-cara menjaga cashier, cara mengguna, cara mengenal pasti duit palsu dan macam mana nak handle customer nanti. kalau nak tahu, cashier lah yang paling susah sekali dalam semua kedai yang ada. sebabnya cashier adalah orang pertama yang customer tengok and orang terakhir customer akan deal.
so, aku punya bahagian adalah cashier. dah lah aku ini pemalu, nak kena senyum sepanjang masa dengan customer. cashier jugak kerja yang paling susah tau. sebab kita nak kena deal dengan duit. kalau kita tak boleh tahan nafsu tengok duit, alamatnya janganlah jaga cashier okay.
so, itulah apa yang aku belajar pada hari kedua dan ketiga di training. memang best jugaklah training ini sebab semua trainee okay, tak sombong. huhu..
p/s: hari keempat aku nak datang awal ke training lah. tengok berjaya atau tidak ea. hehe