K.A.R.A.O.K.E....Karaoke...bukan karatakok..hehe..aku tahu ramai rakyat Malaysia suka menyanyi, suka berkaraoke mengisi masa lapang yang sedia lapang tu. so topik kita hari ini adalah KARAOKE..by the way, assalamualaikum.
sekarang ini kalau tanya dekat semua orang tak kira umur, tua ke muda ke kanak-kanak ke bayi ke, semua akan cakap karaoke adalah hobi mereka pada masa lapang. ops, baby pun berkaraoke ke? ehh mestilah, malah setiap hari baby-baby ini akan mengasah suara mereka dengan menjerit setiap hari sampaikan orang yang lebih tua tak mampu tandingi suara mereka tau.
aku pun tak lari dari karaoke. macam-macam karaoke aku dah pergi. karaoke jamban ke, karaoke public phone ke, karaoke room ke karaoke kenduri kahwin ke, K-Box ke semua aku dah pergi. tapi bukan aku yang nyanyilah..hehe..tapi, kalau diorang hulur mikrofon kat aku, takkan tolaknya, malah buat macam harta sendiri..haha
kadang-kadang kita dah tahu suara kita tu tak sedap sampaikan bumbung tempat karaoke tu pun boleh runtuh, tapi kita tetap jugak nak menyanyi. tak sedar diri ke hapa? ataupun bajet good-good je? tapi di sebabkan kita ni kawan yang baik, yang jenis layan aje takkan pikir itu semua. sama ada sedap ke hampas ke, tetap enjoy..betul tak?
kalau suara kita ini sedap macam Siti Nurhaliza ke, Justin Bieber ke tak perlulah nak karaoke bagai. terus masuk audition Akademi Fantasialah. tak kuasa mak nak buang masa nyanyi kat karaoke jamban. suara mak ni mahal tau, mana class nyanyi kat jamban. hahaha
ada jugak yang karaoke semata-mata nak hilangkan stress, tension atau sakit kepala diorang tu. biasalah, kita sebagai student tak lari jugak dari stress semua. so cara nak hilangkannya adalah dengan berkarok lah..huhu..ada satu fakta mengatakan, negara Jepun menggalakkan pekerja mereka untuk berkaraoke semasa waktu rehat, malah memberi mereka kupon percuma semata-mata untuk menghilangkan stress.
kalau Malaysia pun ikut jejak langkah ini, agak-agak pekerja tu semua balik ke pejabat tak? haha of course la tak. mana taknya, dah syok kat luar, lupa pulak kerja dekat pejabat tu. malas mak nak pikir tau..takut nanti ada yang balik terhuyang-hayang sampai lupa jalan balik.
selain itu, aktiviti karaoke ini boleh juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, kawan-kawan sekerja, awat kawan-kawan rapat. takdalah kita buat kerja yang tak senonohkan. buang masa melepak kat kedai mamak cakap benda yang tak berfaedah amalh bergosip pulak tu..isy, tak kuasa mak nak layan tau..
so, kepada anda semua yang merasakan ada suara yang mantap, sedap, unik, merdu, meletooppp tak perlulah buang masa pergi karaoke jamban karaoke toilet semua. hang pa semua boleh terus hantar videotape ke syarikat rakaman ea. mana tahu, boleh kalahkan Yuna ke, Faizal Tahir ke..siapa tahukan. rezeki nak datang tak siapa yang tahu. okay wasalam..
0 insan terpilih:
Post a Comment