~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, June 12, 2011

keputusan AF 9

assalamualaikum, semalam konsert AF dah pun tamat. macam biasa aku tak fokus sangat pun. bosan je. sebab nye apa? sebab nyer banyak sangat propa, auta dan banyak sangat lakonan.

AF 9 kali ini macam dah tau jer siapa pemenangnya. tak tahulah kan kalau Astro memang dah atur semua lakonan ini ker tak kan, tapi memang aku meluat betul.

bukan jer meluat dengan lakonan yang dibuat-buat, tapi dengan pelajar-pelajar AF 9 ni jugak. dah tak macam pelajar AF yang dulu-dulu. kalau kita tengok pelajar AF dulu ada semangat nak belajar, nak asah bakat, tapi sekarang macam nak populariti je lebih

lepas tu, belum apa-apa lagi dah nak buat kontroversi. umur tak seberapa dalam industri ada hati nak buat kontroversi. wartawan pun tak kenal mana satu lagi. huh.

lebih baik budak-budak yang ada hati nak jadi artis sekarang ini, pikir baik-baik. jangan sebab nak popular korang semua nak jadi artis. alamatnya takdalah bertahan sampai bila-bila pun. setakat populra disebabkan kontroversi buat apa kan.

hurm, sekarang ini, tengah mengumumkan keputusan AF 9. alang-alang aku tengah menaip ini, aku masukkan sekalilah keptusan nye. hehe

pemenang tempat ke 4: AZRI


pemenang tempat ke 3: FINA


pemenang tempat ke 2: LENA


juara AF 9: HAZAMA


tahniah kepada pemenang walaupun dah boleh agak. huhu..wasalam

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA