assalamualaikum, entry kali ini aku nak cerita pasal apa yang terjadi di hari pertama training aku di midvelly. belum apa-apa lagi aku dah buat kesalahan pada hari pertama, haha..
bila sampai jer, aku tengok semua orang dah berkumpul kat bilik training sambil memandang aku dengan muka pelik. rupa-rupanya aku yang paling lambat datang. haha, nak buat macam mana, KTM yang lambat. hehe aku pun buat muka selamba macam tak ada orang kat situ.
selain itu, aku terkejut jugak sebab tak sangka pulak ramai betul budak training nyer. 16 orang dari pelbagai outlet di Klang Valley ini. aku ingat setakat 5 6 orang jer. hehe. masa aku sampai itu, aku tengok semua orang tengah bersiap-siap nak pergi breakfast dulu. untuk hari pertama ini, orang HR belanja kitaorang. lepas ini, jangan haraplah kau nak suruh diorang belanja lagi. huhu
so, after sarapan di food court yang baru aku tahu kewujudannya di midvelly itu, kami semua terus pergi ke bilik training. untuk hari pertama ini macam-macam kami belajar. di sebabkan aku yang paling comel aka pendek antara diorang semua, so aku kenalah duduk di hadapan sekali oleh trainer. benci aku.
hari pertama je aku dah kena buli. semuanya aku yang kena, aku yang kena jawab soalan, aku yang kena buat itu ini. mentang-mentang aku datang lambat, so diorang kenakan aku, huhu kesian aku tau. bila aku di suruh jawab soalan, dengan confidentnya bagi jawapan, padahal jawapan nyer salah. haha, buat malu jer.
aku pun tak tahu mana nak letak muka ini. asyik aku je yang salah jawab, malukan outlet betullah. huhu..biasalah, lebih baik salah masa training daripada masa betul-betul punya,. selain itu, kami belajar cara nak entertain customer, label harga, code buku, code supplier, ISBN and macam-macam lagi.
so, pada hari pertama training, macam-macam dah berlaku kat aku. kena buli, kena ngurat semua ada. haha..next day kita tengok apa pulak yang terjadi. kalau nak tau, tunggullah entry seterusnya..wasalam.
p/s: mintak-mintak esok tak ramai orang naik KTM. nyibuk jer. huh
1 insan terpilih:
bl salah tu kita akan lbh senang ingat jawapan yg betul tu nnti
Post a Comment