~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, June 25, 2011

gelaran jutawan muda..patut ke?

Assalamualaikum. Siapa yang kat sini yang tak mahu jadi jutawan? Aku pasti semua orang nak jadi jutawan kaya raya suatu masa nanti kan. Bukan untuk kesenangan diri sahaja, tapi untuk semua.

Siapalah yang tak terasa diri dia beruntung kalau muda mudi lagi sudah bergelar jutawan. Tak pernah berasa susah dalm hidup sebelum menjadi jutawan muda. Apa yang di inginkan sentiasa di penuhi. Nak kereta sebijik pastinya dapat tanpa perlu berpeluh mendapatkan duit.

Untungnya lah orang macam ini. Semestinya mereka sentiasa bahagia dengan hidup mereka. Tak perlu lagi pikir masalah kewangan. Hurm muda-muda sudah jadi jutawan. Tapi adakah itu semua atas usaha mereka sendiri? Semestinya tidak.

Mereka hanya menumpang kejayaan atau penat lelah ibu bapa mereka sahaja. Mereka tak perlu bersusah payah mendapatkan biasiswa atau sumber kewangan dari institusi lain. Tak perlu di kejar ah long atau ceti haram. Petik jari semuanya pasti dapat.

Dengan hanya membuat muka seposen duit rm1000 pasti dalam tangan secara cash! Alangkah bahagianya orang sebegini. Adakah mereka layak bergelar jutawan muda? Sedangkan bukan mereka yang berusaha untuk sampai ke tahap itu.

Selalunya jutawan muda akan membuat bisnes sendiri. Walhal duit bisnes itu adalah duit ibu bapa mereka. Kebanyakan dari jutawan muda akan memakai kereta BMW 5 series, walhal kereta itu bukan mereka yang beli pakai duit sendri. Ibu bapa mereka yang hadiahkannya. Jadi, patutkah mereka ini di gelar jutawan muda?

Masalah yang sering kita takuti apabila bergelar jutawan muda adalah bersikap boros. Biasalah, muda mudi lagi dah biasa pegang duit banyak. Apa yang kita nak kita akan dapatkannya walaupun harganya boleh mencecah beribu ringgit. Beli baju takdanya setakat rm10-rm20 je. Tak payah beria-ia suka bila ada discount atau sale. Petik jari, barang itu pasti di tangan anda..hehe

Jadi kepada sesiapa yang merasakan mereka jutawan muda, pikirlah semula, adakah itu semua atas usaha anda sendiri ataupun orang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA