~CEPAT KLIK LINK INI~

Tuesday, June 14, 2011

training yang sangat memenatkan

assalamualaikum..hurm penat..penat..penat..itu sahaja perkataan yang mampu aku ungkapkan sepanjang minggu ini. bukan penat menguruskan perkahwinan aku atau orang lain ke atau pun menguruskan anak-anak walhal aku tak terpikir pun nak kahwin atau ada anak. so apa yang aku penatkan ni? ini adalah kerana sepanjang minggu ini daripada isnin hingga jumaat, aku akan sibuk dengan training aka latihan di midvelly.

latihan apakah yang penting sangat sampai aku kena pergi ni? actually, seperti yang sedia maklum aku sekarang kerja dekat MPH Giant Stadium Shah Alam. so, bila dah kerja dekat situ, kenalah pergi training yang di adakan di HQ mereka iaitu Midvelly. nak tak nak aku kena turutkan arahan kalau tak gaji tak dapatlah. hoho

so, dari isnin sampailah jumaat, terpaksalah aku berulang alik dari Klang-Midvelly. nasib baiklah boleh claim duit. tapi penat aku ini boleh claim jugak ke? dahlah aku terpaksa bangun di awal pagi sebab class mula pukul 9.00 pagi. balik pulak pukul 6.00 petang. macam nak gila aku jadinya.

bila nak balik naik ktm itu yang tak tahan. adoii macam kilang sardin dah aku tengok. apa taknya, bayangkan aku terpaksa berdiri selama 1 jam dalam ktm tu sebab tak dapat tempat duduk. what the fish kan. orang punyalah ramai. entah dari mana diorang ni smeua datang. tapi nak buat macam mana, dah aku nak sangat kerja, so kenalah pergi hadapi semua itu.

okaylah, esok kena bangun awal, so aku nak chow dululah ea. nanti next entry kalau aku ada masa nak tulis, aku ceritakan apa yang aku belajar masa training itu okay. wasalam, chow chin chow...

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA