~CEPAT KLIK LINK INI~

Friday, July 29, 2011

keputusan malaysia kalah dan singapura yang berpura-pura

0 insan terpilih
assalamualaikum, walaupun aku tak tengok bola malam ini sebab kerja, tapi telinga aku terkena jugak tempias jeritan orang yang sibuk menjerit dan mengaumm di tv lcd yang disediakan khas oleh pihak courts mammoth di luar kedai mereka. 

keputusan pada malam itu ialah seri 1-1..safee sali telah berjaya golkan,,memang cayalah safee..tak sia-sia dia diimport jadi pemain indonesia..hehhe..

di sebabkan aku terlalu komited dengan kerja di kedai, so aku intai dari luar jelah. tapi apa punya courts mammotlah..harap je tv lcd berinci-inci, tapi gambar yang keluar macam kat tv hitam putih lak..hahahadoii..patutlah ambil barang bayar ansuran 90 hari..haha

walaupun aku tak tengok bola, tapi tengok facebook pun dah boleh tahu apa kes bola tu..ramai yang cakap pemain singapura berpura-pura je main..berlakon je lebih sesuai sangat dengan nama negara diorang tu. apa pasal diorang berlakon ek? cerciter sebab aku bukannya tengok pun tadi..hehe

lagi satu semua cakap khairul fahmi aka apek sebagai hero pada malam itu..apa pasal ek?? tengah berskandal dan kontroversi pun masih hebat lagi..inilah namanya pemain professional..hahaha..agak-agak amelia harmelia itu datang tak perlawanan kat stadium bukit jalil..kalau datang memang hotlah kan..hehe

okaylah, hasrat aku cuma nak buat entry pendek je, tapi terjadi panjang lak..haha..kepada mereka yang dilahirkan sebagai lelaki, jangan lupa pergi sembahyang jumaat ea..jangan ponteng-ponteng..hehe..ok chaww..aummmmm..


Wednesday, July 27, 2011

terkejut akhirnya aku dapat BE !!

0 insan terpilih
assalamualaikum..actually ini entry pendek je aku nak buat. sebenarnya aku agak terkejut sebab tadi aku bukak nuffnang. macam biasalah saje nak tengok berapa ramai orang datang dan keluar. lepas itu aku tengoklah earnings aku berapa, macam biasalah sikit je, takdalah sampai beribu-ribu. tapi yang aku terkejutnya kenapa bentuk dia macam lain je. sekali baru aku tahu rupanya selama ini aku dah dapat 4 BE. yang salah satu nya dah jadi ME pun..punyalah aku terkejut. sebabnya selama ini blog aku tak pernah pun dapat BE, so bila dapat ini aku excited sekejap. yelah, selalunya orang lain asyik bercerita pasal BE yang diorang selalu dapat je. tapi aku tak pernah pun dapat. sob sob..tapi sekarang dia bagi 3 sekaligus yang masih hidup. hahaha..pelik-pelik..itu bermakna blog aku kira boleh lah jugak setanding dengan mereka-mereka di luar sana walaupun diorang dah dapat banyak kali buffered earning..hahhaa

Buffered Earnings

Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends
CAMPAIGN NAMEBLOGCTR
BONUS
CURRENT EARNINGCTR
Maxis Prepaid Data Roaming SSkonichiwa


Bausch and Lomb Freedom to Look Hot SSkonichiwa


Korean Dramas (Tonton) LBkonichiwa+RM 0.37

Metered Earnings

CAMPAIGN NAMEBLOGSTART DATECTR
BONUS
AMOUNTCTR
Motor Trader SSkonichiwa01 Jul 2011


Monday, July 25, 2011

buat bisnes dengan CREPE RANGUP dengan modal hanya RM2K..!

0 insan terpilih
assalamualaikum..sila jawab, kalau tak Tuhan marah nanti..hehe..hari ini mood aku okay, stabil cuma aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa macam berdebar, macam nak semput, tak cukup nafas je ni. tapi its okay, im okay, and try to relax and cool..hehe

entry kali ini aku nak cerita pasal makanan. semua orang mesti suka makan kan. terutama makanan yang sedap-sedap dan delicious..hurm xsama ke tu?? hoho..okaylah dengan perangai korang yang suka makan itu, apa kata korang translatekan dia kkepada bisnes..

cewahh mentang-mentang aku belajar bisnes, so otak asyik pikir nak berbisnes aje..hehe..oleh itu, aku nak ajak korang bukak bisnes yang boleh menguntungkan kan ini. modal tak payah sampai berjuta-juta..dengan modal yang sikit korang dah boleh dapat untung banyak kalau kena dengan lokasinya..hehe

ermm..agak-agak bisnes apa lah itu ek?? ini bukan MLM atau skim cepat kaya okay..kalau korang rasa macam nak try boleh aje..aku cuma cadangkan lagipun aku sendiri pun tak try lagi..hehhe..jadi kepada sesiapa yang masih tercari-cari nak buat bisnes apa, cik Sheila ada penyelesaiannya..jeng jeng jeng...


Rakan Niaga Diperlukan  Seluruh Malaysia!
Tanpa Yuran Francais, Tanpa Bayaran Royalti,
Tanpa Caj Tersembunyi
,  
Keuntungan 100% Milik Anda..




tgk gambar pun dah boleh terliur kan..hehe benda ini pastinya menjadi pilihan semua peringkat usia tau..lagi-lagi kanak-kanak dan remaja..pantang tengok ice krim, semua dah terliur..hehe..samalah macam aku ini..

Apa Yang Bakal Anda Perolehi?
PAKEJ RM 2480 !!!!
Pakej Perniagaan Crepe Rangup ini merangkumi Kiosk, Dapur Khas, Tepung, Pelbagai Jenis Perisa, Pembungkusan Produk, Latihan, Sokongan, Perkhidmatan Selepas Jualan danAlatan-alatan khas yang lain.
Kiosk Mudah-Alih
Direka dalam bentuk mudah alih untuk kesenangan anda denganreka bentuk grafik yang kontemporari dan menarik perhatian.Table Top kiosk pula diperbuat daripada stainless steel yang mana kesemua proses penyediaan dan penjualan produk Crepe Rangup boleh dilakukan tanpa sebarang masalah. Lebih menarik, kiosk ini boleh dilipat dan dimuatkan ke dalam kenderaan anda! 
 
Pakaian Seragam
Kami telah mendedikasikan begitu banyak sumber kepada penjenamaan produk Crepe Rangup. Oleh itu, setiap Rakan Niaga akan dibekalkan dengan 2 set pakaian seragam yang berupa: 2 helai t-shirt berkolar, 2 helai apron dan 2 unit topi.
 
Dapur Khas
Memperkenalkan Dapur Crepe Rangup yang menggunakan gas, direka khas untuk menghasilkan 2 Crepe Rangup dalam masa yang sama! Plat pemanas yang unik ini mampumemanaskan keseluruhan permukaan memasak dan dapatmengekalkan suhu yang dikehendaki.
 
Tepung Crepe Rangup
Tepung yang dirumus khas daripada resepi rahsia kami.Dengan hanya menambah air dan bahan lain ke dalam pek 4kg ini dan mengikuti arahan adunan sempurna. Anda boleh menghasilkan secara purata 80-90 keping Crepe Rangup.
 
Perisa Pilihan
jenis perisa pilihan akan dibekalkan iaitu: Coklat, Strawberry, Blueberry, Vanilla, Oren, Apple & Pandan. Setiap perisa dipekkan dalam bungkusan seberat 1kg. Rasanya yang lazat dan enak setanding perisa lain yang terkemuka  terdapat di pasaran.
 
Bungkusan Take-Away
Berbentuk unik dan juga memudahkan serta cepat untukmembungkus Crepe RangupPenyelesaian yang ideal untukkonsep perniagaan mudah-alih seperti ini. Kami berbangga dengan cara pembungkusan kami yang menjimatkan. Satu inovasi yang sangat praktikal untuk situasi tidak formal bagimereka yang mahukan proses penyediaan yang pantas
 
Alatan Khas
Alatan khas penyediaan Crepe Rangup turut disediakan khusus untuk anda.
 
Bahan Promosi
Terdiri daripada banner dan bunting untuk kegunaan dalaman atau luaran dengan reka bentuk grafik  yang menarik perhatian. Penampilan promosi produk Crepe Rangup sentiasa dikemaskini dalam memastikan urusanperniagaan anda berjalan lancar dan up-to-date.
 
Latihan
Kami akan melatih anda bagaimana untuk mengadun tepung, seterusnya teknik memasak Crepe Rangup yang betul. Sehinggalah anda mahir dan boleh mula menjual produk Crepe Rangup ini kepada para pelanggan anda.
Berapakah Harga Jualan Bagi Sekeping Crepe Rangup?

Sekeping Crepe Rangup biasa (dengan perisa) boleh dijual dengan hargaRM2.00 sahaja. Dengan harga serendah itu, sudah pasti sesiapa sahaja mampu untuk membelinya. Katakan setiap hari anda berjaya menjual sekurang-kurangnya 200 keping Crepe Rangup.

Kiraan hasil jualan anda ialah:
RM2.00 x 200 keping = RM400.00 sehari!

Sungguh Lumayan Bukan?
Belum lagi dikira dengan produk tambahan yang diminta pelanggan seperti Aiskrim atau buah-buahan seperti Pisang, Strawberi, Kiwi dll.

NAK BUKA DI MANA???

aku nak bagi cadangan sedikitlah ea..kalau korang student, korang boleh bukak dekat university korang sebab kat situ menjadi tumpuan pelajar kan. lagi-lagi makanan macam ini pastinya pelajar suka sangat-sangat kan..so kalau nak try, carilah tempat yang menjadi tumpuan pelajar, pekerja dan orang ramai.

MACAM MANA NAK TEMPAH??

korang boleh pergi ke page facebook mereka..TEKAN SINI atau ke blog rasmi mereka..TEKAN SINI

P/S: belum cuba belum tahu, sudah cuba baru tahu..hehe

Saturday, July 23, 2011

Malaysia Juara Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa dan kalah di tangan Singapura

0 insan terpilih
assalamualaikum..gamat sungguh hari ini dengan orang ramai tak kira tua muda melayan bola antara Malaysia dengan Singapura. walaupun Malaysia tewas tapi masih ada lagi peluang di Bukit Jalil nanti. so kepada pemain Malaysia, jangan putus asa.. kami tetap sokong Harimau Malaya!! yeaahh!! macam gaya Abang Nas sekejap..hhehe

jika ramai yang sibuk pasal bola, jangan di lupa bahawa Pertandingan Tilawah Alquran peringkat antarabangsa telah melakar sejarah buat Malaysia. nampaknya walaupun bola kalah tapi kita tetap masih menang di pertandingan yang lain.

bagi kategori Qari dan Qariah, Malaysia telah berjaya menjadi juara menewaskan pesaing-pesaing hebat di seluruh antarabangsa. kita patut berbangga kerana Malaysia telah melahirkan Qari dan Qariah yang hebat.


Johan Qari dimenangi oleh Amirrahman Abbas   dari Malaysia dengan markah 89.26%


Naib Johan Qari dimenangi oleh Muhmmad Saudi   dari Filipina   dengan markah 88.67%


Tempat ke tiga Qari  dimenangi oleh Mahmud Al Basit dari Mesir dengan markah 87.8%



BAHAGIAN QARIAH

Johan Qariah dimenangi oleh Hajjah Suraya Abu Hassan dari Malaysiadengan markah 88.33%

Naib Johan Qariah dimenangi oleh Hajjah Norkhalidah dari  Indonesia dengan markah 88.30%

Tempat ke tiga Qariah dimenangi oleh Nor Azizah Solihin dari Singapura dengan markah 86%


p/s: semasa Qari dari Malaysia mengalunkan bacaan Al Quran, semua penonton melaungkan ALLAHHUAKHBAR!! betapa istimewa dan merdunya bacaan Qari kita!! TAHNIAHH!! aku ucapkan kepada Qari dan Qariah Malaysia dan tidak lupa juga kepada skuad Harimau Malaya.


Wednesday, July 20, 2011

entry khas untuk miz chikunit

0 insan terpilih
assalamualaikum. siapa tak jawab dosa, siapa yang jawab i sayannngggg youu sangat-sangat..hehe..sekarang ini update entry sambil mengunyah roti tuna..korang nak cikit? mestilah tak boleh sebab nya kalau nak pi buat sendiri..suke-suke je nak mintak orang ek..xmalu tauu.

oklah, aku nak habaq sikit, tadi masa aku on blogger macam biasalah kan keluar dashboard blogger ini. lepas tu aku nampaklah ada 3 comment moderation. so aku bacalah ketiga-tiga komen yang di beri. daripada situ, aku nak buat satu entry khas untuk miz chikunit di atas pertanyaan beliau. so, kepada tuan punya badan silalah baca, kalau tak aku merajuk kang..hehe

ada dua komen yang di beri miz chikunit yang berbunyi seperti ini..

slam. bleyh sy tahu. tak? sumber manusia mcm mne? blaja bgaimana? act sy nk apply for dgree. but. i didnt understand abt it clearly . can you explain to me just a little bit abt that tak ? hum. coz i know. u r the one yg berpengalmn dlmbidg nih.n sy kurg fhm tntg pmblajarn dlmbidng pemasaran , jika ada yg boleyh d kongsi . hrp, dpt kita kongsi kn bersama. sy buntu untuk buat plihan.

dan juga ini..

salam.sy miz chikunit. try search kat fb pun bleyh jumpe, actually sy nk tnye. sumber manusia nih mcm mne yee blaja nye for degree? sy nk sgt tahu. sbb tgh buad keputusan untuk apply degree.plis . harp dpt pnjelasan dr anda scpt nye. sbb anda berpengalamn dlmbidang ini, boleyh lah msg sy d fb nnty. sy tguuu sgt2.

oleh itu pertanyaan miz chikunit akan aku jawab. so baca dengan teliti..cewahh macam nak jawab exam pulak kan..

actually degree in Human Resources ini sangatlah besttt!! aku tak tipu punya. mungkin sebab aku suka dengan subjek ini masa diploma dulu, so tak teragak-agak untuk pilih course ini untuk degree. dulu aku diploma in Business Study. so, bila degree aku pilih HR. so, bila masuk je degree aku terus lompat ke semester 3 sebab aku kira dalam aliran yang sama iaitu bisnes. sama juga kalau ambil degree in Marketing.

so, dalam semester 3, tak susah sangat subjek dia sebab apa yang kita belajar dalam diploma in business sama je dengan masa degree. cuma dia pecah-pecahkan menjadi satu subjek. kalau ambil course ini, satu benda penting yang kena tanam dalam diri adalah minat membaca kerana membaca itu amalan mulia..hehe

kalau nak tahu, HR ini banyak sangat teori. cuma satu dua subjek je mengira. so kalau tak suka membaca, susahlah nak minat course ini. HR ini juga sangat senang nak apply for kerja in future, sebabnya mana ada company yang tak perlukan sumber manusia kan?? so ia merupakan satu jawatan yang sangat penting dalam sesebuah syarikat. oleh itu, banyaklah peluang pekerjaan untuk sumber manusia ini.

masa degree ini pun, subjek nye takdalah susah sangat pun. sebab masa diploma dulu kita pernah belajar, so refresh sahaja. tapi kalau masa diploma kita ambil course selain Business Study, alamat nya kena mula balik lah dari awal. tapi dont worry sebab ramai kawan yang dari bidang lain dulu manage to get better result than me..hahaha..

lagi satu, masa last semester nanti, kita akan ada praktikal..so, kita belajar degree ini pun cuma 2 tahun setengah sahaja..pejam celik sekarang aku nk masuk semester 4..haha..degree HR ini pun sediakan banyak program untuk student dia.every semester ada program and kita akan manage program itu. 

setiap program ini berbeza mengikut UITM. macam aku belajar dekat uitm Arau, so dia punya program lain dengan uitm Bnadaraya Melaka walaupun nama program itu sama iaitu Personal Development. kalau belajar dekat Arau memang best, sebab program yang diorang buat semua ikut sukahati student nak buat acara apa. nampak sangatlah kan acara ceramah itu tak akan di buat sebab student memang tak suka dengar ceramah..hehe..so acara yang terpilih adalah bermain-main dan santai..hahhaa..yang tu i like tauuu..

so, aku harap dengan entry ini terjawablah serba sedikit soalan yang di ajukan oleh miz chikunit. kalau ada yang tak clear, boleh tanya lagi..hehe..so, pesanan aku kepada miz chikunit, silalah pilih course ini sebab anda tak akan menyesal di kemudian hari!!!  sayonara.

Tuesday, July 19, 2011

laptop pertama kali format setelah 3 tahun menjalin hubungan dengan aku

1 insan terpilih
assalamualaikum..sudah lama rasanya aku tak create new entry. semuanya gara-gara laptop aku yang rosak tiba-tiba.

actually aku lah penyebab kerosakan laptop aku sampai jadi hang. hehe.ada satu hari itu aku gatal tangan sangat nak install norton internet security (NIS)..dan dan tu jugak latop aku terus hang. bengong betul..

rupanya laptop kesayangan aku ni tak dapat nak supprt NIS ini. padan muka aku..hahaha gatal tangan sangat. konon pandai tapi hampeh. last-last kena format

tapi bagus jugak sebab dah 3 tahun aku beli laptop ni, baru sekarang aku nak format. bayangkan betapa teruknya tuan punya laptop tak menjaga kesihatan anak dia..

so harini aku cuti, dapatlah pergi Plaza Alam Sentral nak format. kenalah caj rm60. walaupun ada orang yang boleh formatkan laptop ni free tapi masa bila pulak aku nak jumpa orang itu aka abang aku. sebabnya aku rasa macam nak separuh mati tak usik laptop ni.

bila dah format, lega sikit. berbaloi jugak rm60 walaupun ada orang cakap boleh dapat murah. nasib baik boleh siap dalam time tu jugak..so tak payah lah aku nak pergi sana lagi..huuhu

lepas ini aku akan berhati-hati dan ambil berat sikit kat laptop kesayangan ini. masa hantar format tu, aku tanyalah abang tu, kalau aku nak jual berapa boleh dapat.

abang tu cakap cuma rm300 je..betapa buruknya dan lamanya laptop aku ini sudah sampai tak ternilai sangat jadinya. huhu..tapi takpelah, lepas ini aku akan jaga dia elok-elok bagai menatang minyak yang penuh. hehehe..

Friday, July 8, 2011

dapat anak buah baru!! yahoo!!

0 insan terpilih
assalamualaikum. hari ini aku bercuti so ada masa sikit nak update blog and join apa-apa contest and giveaway yang di anjurkan rakan blogger lain. sebenarnya bagus jugak join contest atau giveaway ini sebab kalau bertuah kita dapat menang hadiah, dapat berkenalan dengan blogger lain.

cuti hari ini tak da apa yang best sangat pun. macam biasa aku duduk terperap dekat bilik ini sampailah aku dah rasa bosan. huhu. nak keluar jalan-jalan pun tak da geng. nak jalan sorang-sorang tak syok pulak rasanya.

tapi aku nak bagi tahu satu berita happy. semalam aku dah dapat anak buah baru!! abang aku yang kedua punya isteri sudah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 3.4 kilogram secara normal di HTAR. alhamdulillah semuanya selamat.

ini bermakna aku sudah mempunyai 8 anak buah dengan yang paling tua berumur 9 tahun. apa yang membuatkan aku bertambah gembira adalah kerana penantian kami semua untuk mendapat baby perempuan akhirnya tercapai. mana taknya, dari 8 orang anak buah, 6 orang adalah lelaki dan sorang perempuan. so, bila dapat yang baby girl ini, bertambah lagi sorang gugurl..

so, harapan cik ya kepada anak buah cikya, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, mendengar cakap ibu bapa, jangan degil, dan menjadi umat Allah yang berguna..aminn..


NUR MARYAM MAISARA BINTI NORNIZAM

Thursday, July 7, 2011

Perhimpunan Bersih akan di adakan di Stadium Shah Alam.

0 insan terpilih
assalamualaikum..sekarang ini heboh sana sini tentang Perhimpunan BERSIH yang aku tak tahu pun apa sebenarnya tu. aku pun kurang tahu pasal apa motif perhimpunan dan demonstrasi ini sebenarnya.

bukan aku malas nak ambil tahu, tapi aku tak paham kalau bab-bab politik ini. tapi tadi aku baca surat khabar, dia bagitahu yang perhimpunan Bersih ini akan di adakan di Stadium Shah Alam. 

kalau sebelum ini tempat untuk melakukan perhimpunan masih menjadi teka-teki, tapi tadi dah bagitahu yang ia akan di adakan di Stadium Shah Alam. tapi kalau tersalah mintak maap lah ea..huhu

perhimpunan bersih ini juga akan di adakan pada 9 julai 2011. kalau betul perhimpunan itu akan di adakan di Stadium Shah Alam, alamatnya jammed lah jalan. kebetulan hari Sabtu ini aku kerja, so harap-harap tak lah ramai orang sangat kat kedai. yelah, aku kan kerja dekat Giant Stadium Shah Alam ini.

and aku mintak sangat bila aku balik malam itu, tak ramai orang buat hal. kalau tak takutlah aku nak jalan balik rumah. hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar dan tiada perkara tak diingini berlaku.. aminn..

Wednesday, July 6, 2011

gambar bakal suamiku

0 insan terpilih
assalamualaikum..kali ini aku rasa macam nak bercuti ke korea lah pulak. apa kes kan nak bercuti sampai ke sana? dalam Malaysia pun tak habis pergi, inikan pulak Korea. ada hati..huh..

apalah korang ini. tak semestinya aku cakap nak bercuti ke Korea bermaksud aku betul-betyul nak pergi sana. maksud aku boleh jadi aku nak bawa semua orang bercuti ke korea melalui entry aku ini. whattt?? tadi cakap ada hati nak pergi, sekarang ini pulak ada hati nak ajak orang lain join sekali?? what the cat..!

kalau macam itu, tak payahlah pergi Korea. duduk diam-diam baca entry aku ini berkenaan dengan artis Korea sorang ini. aku memang minat gilerrr dekat dia sebab muka dia yang cute lagi miut lagi piut lagi tiut. siapakah gerangan itu?? ting tong..

orang yang aku maksudkan adalah JANG GEUN SUK !! kalau korang peminat cerita Korea, mesti korang kenalkan. ala yang berlakon cerita MARRY ME MARY dengan YOU'RE BEAUTIFUL tu.. aku sukaaaa bangat bila tengok dia senyumm..sangat mencairkan hati ku..ahakzz

kalaulah bakal pakweku atau suamiku nanti macam muka dia, alamatnya setiap masa, minit dan saat aku tengok je muka dia..boleh tak kalau macam tu?? huhuh..tapi jangan sampai perempuan lain tengok dia macam itu, memang nak kena lah tu..

so, kepada sesiapa yang tak kenal atau tak pernah tengok muka dia, meh aku tunjukkan muka bakal suami aku ni. disebabkan korang nak tengok sangat kan, so aku bagi can lah..nanti nangis sampai tak nak datang tengok blog aku susah pulak nanti..

tapi dengan syarat, jangan tengok lama sangat..i jeless tau..walaupun muka legend tapi hatiku tetap jambu..!! entry kali ini aku taknak tuju lagulah..hehe

psstt..ada ke orang muka macam ini dekat Malaysia..Korea tu jauh sangatlah..susahlah nak balik kampung bila raya nanti..hehehhe..dengan ini aku izinkan korang tengok muka bakal suami aku..jangan bagi kontroversi sangat tau..i tak suka..hhuhuhu..








okayy! cukup-cukuplah tu aku tayang muka bakal suami aku ni..kang nanti ada pulak yang tak tidur malam di buatnya..huhuh..jangan termimpi-mimpi sudahlah ea..chawww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA