assalamualaikum. hari ini aku bercuti so ada masa sikit nak update blog and join apa-apa contest and giveaway yang di anjurkan rakan blogger lain. sebenarnya bagus jugak join contest atau giveaway ini sebab kalau bertuah kita dapat menang hadiah, dapat berkenalan dengan blogger lain.
cuti hari ini tak da apa yang best sangat pun. macam biasa aku duduk terperap dekat bilik ini sampailah aku dah rasa bosan. huhu. nak keluar jalan-jalan pun tak da geng. nak jalan sorang-sorang tak syok pulak rasanya.
tapi aku nak bagi tahu satu berita happy. semalam aku dah dapat anak buah baru!! abang aku yang kedua punya isteri sudah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 3.4 kilogram secara normal di HTAR. alhamdulillah semuanya selamat.
ini bermakna aku sudah mempunyai 8 anak buah dengan yang paling tua berumur 9 tahun. apa yang membuatkan aku bertambah gembira adalah kerana penantian kami semua untuk mendapat baby perempuan akhirnya tercapai. mana taknya, dari 8 orang anak buah, 6 orang adalah lelaki dan sorang perempuan. so, bila dapat yang baby girl ini, bertambah lagi sorang gugurl..
so, harapan cik ya kepada anak buah cikya, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, mendengar cakap ibu bapa, jangan degil, dan menjadi umat Allah yang berguna..aminn..
NUR MARYAM MAISARA BINTI NORNIZAM
0 insan terpilih:
Post a Comment