assalamualaikum, walaupun aku tak tengok bola malam ini sebab kerja, tapi telinga aku terkena jugak tempias jeritan orang yang sibuk menjerit dan mengaumm di tv lcd yang disediakan khas oleh pihak courts mammoth di luar kedai mereka.
keputusan pada malam itu ialah seri 1-1..safee sali telah berjaya golkan,,memang cayalah safee..tak sia-sia dia diimport jadi pemain indonesia..hehhe..
di sebabkan aku terlalu komited dengan kerja di kedai, so aku intai dari luar jelah. tapi apa punya courts mammotlah..harap je tv lcd berinci-inci, tapi gambar yang keluar macam kat tv hitam putih lak..hahahadoii..patutlah ambil barang bayar ansuran 90 hari..haha
walaupun aku tak tengok bola, tapi tengok facebook pun dah boleh tahu apa kes bola tu..ramai yang cakap pemain singapura berpura-pura je main..berlakon je lebih sesuai sangat dengan nama negara diorang tu. apa pasal diorang berlakon ek? cerciter sebab aku bukannya tengok pun tadi..hehe
lagi satu semua cakap khairul fahmi aka apek sebagai hero pada malam itu..apa pasal ek?? tengah berskandal dan kontroversi pun masih hebat lagi..inilah namanya pemain professional..hahaha..agak-agak amelia harmelia itu datang tak perlawanan kat stadium bukit jalil..kalau datang memang hotlah kan..hehe
okaylah, hasrat aku cuma nak buat entry pendek je, tapi terjadi panjang lak..haha..kepada mereka yang dilahirkan sebagai lelaki, jangan lupa pergi sembahyang jumaat ea..jangan ponteng-ponteng..hehe..ok chaww..aummmmm..
0 insan terpilih:
Post a Comment