~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, July 23, 2011

Malaysia Juara Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa dan kalah di tangan Singapura

assalamualaikum..gamat sungguh hari ini dengan orang ramai tak kira tua muda melayan bola antara Malaysia dengan Singapura. walaupun Malaysia tewas tapi masih ada lagi peluang di Bukit Jalil nanti. so kepada pemain Malaysia, jangan putus asa.. kami tetap sokong Harimau Malaya!! yeaahh!! macam gaya Abang Nas sekejap..hhehe

jika ramai yang sibuk pasal bola, jangan di lupa bahawa Pertandingan Tilawah Alquran peringkat antarabangsa telah melakar sejarah buat Malaysia. nampaknya walaupun bola kalah tapi kita tetap masih menang di pertandingan yang lain.

bagi kategori Qari dan Qariah, Malaysia telah berjaya menjadi juara menewaskan pesaing-pesaing hebat di seluruh antarabangsa. kita patut berbangga kerana Malaysia telah melahirkan Qari dan Qariah yang hebat.


Johan Qari dimenangi oleh Amirrahman Abbas   dari Malaysia dengan markah 89.26%


Naib Johan Qari dimenangi oleh Muhmmad Saudi   dari Filipina   dengan markah 88.67%


Tempat ke tiga Qari  dimenangi oleh Mahmud Al Basit dari Mesir dengan markah 87.8%



BAHAGIAN QARIAH

Johan Qariah dimenangi oleh Hajjah Suraya Abu Hassan dari Malaysiadengan markah 88.33%

Naib Johan Qariah dimenangi oleh Hajjah Norkhalidah dari  Indonesia dengan markah 88.30%

Tempat ke tiga Qariah dimenangi oleh Nor Azizah Solihin dari Singapura dengan markah 86%


p/s: semasa Qari dari Malaysia mengalunkan bacaan Al Quran, semua penonton melaungkan ALLAHHUAKHBAR!! betapa istimewa dan merdunya bacaan Qari kita!! TAHNIAHH!! aku ucapkan kepada Qari dan Qariah Malaysia dan tidak lupa juga kepada skuad Harimau Malaya.


0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA