~CEPAT KLIK LINK INI~

Wednesday, July 20, 2011

entry khas untuk miz chikunit

assalamualaikum. siapa tak jawab dosa, siapa yang jawab i sayannngggg youu sangat-sangat..hehe..sekarang ini update entry sambil mengunyah roti tuna..korang nak cikit? mestilah tak boleh sebab nya kalau nak pi buat sendiri..suke-suke je nak mintak orang ek..xmalu tauu.

oklah, aku nak habaq sikit, tadi masa aku on blogger macam biasalah kan keluar dashboard blogger ini. lepas tu aku nampaklah ada 3 comment moderation. so aku bacalah ketiga-tiga komen yang di beri. daripada situ, aku nak buat satu entry khas untuk miz chikunit di atas pertanyaan beliau. so, kepada tuan punya badan silalah baca, kalau tak aku merajuk kang..hehe

ada dua komen yang di beri miz chikunit yang berbunyi seperti ini..

slam. bleyh sy tahu. tak? sumber manusia mcm mne? blaja bgaimana? act sy nk apply for dgree. but. i didnt understand abt it clearly . can you explain to me just a little bit abt that tak ? hum. coz i know. u r the one yg berpengalmn dlmbidg nih.n sy kurg fhm tntg pmblajarn dlmbidng pemasaran , jika ada yg boleyh d kongsi . hrp, dpt kita kongsi kn bersama. sy buntu untuk buat plihan.

dan juga ini..

salam.sy miz chikunit. try search kat fb pun bleyh jumpe, actually sy nk tnye. sumber manusia nih mcm mne yee blaja nye for degree? sy nk sgt tahu. sbb tgh buad keputusan untuk apply degree.plis . harp dpt pnjelasan dr anda scpt nye. sbb anda berpengalamn dlmbidang ini, boleyh lah msg sy d fb nnty. sy tguuu sgt2.

oleh itu pertanyaan miz chikunit akan aku jawab. so baca dengan teliti..cewahh macam nak jawab exam pulak kan..

actually degree in Human Resources ini sangatlah besttt!! aku tak tipu punya. mungkin sebab aku suka dengan subjek ini masa diploma dulu, so tak teragak-agak untuk pilih course ini untuk degree. dulu aku diploma in Business Study. so, bila degree aku pilih HR. so, bila masuk je degree aku terus lompat ke semester 3 sebab aku kira dalam aliran yang sama iaitu bisnes. sama juga kalau ambil degree in Marketing.

so, dalam semester 3, tak susah sangat subjek dia sebab apa yang kita belajar dalam diploma in business sama je dengan masa degree. cuma dia pecah-pecahkan menjadi satu subjek. kalau ambil course ini, satu benda penting yang kena tanam dalam diri adalah minat membaca kerana membaca itu amalan mulia..hehe

kalau nak tahu, HR ini banyak sangat teori. cuma satu dua subjek je mengira. so kalau tak suka membaca, susahlah nak minat course ini. HR ini juga sangat senang nak apply for kerja in future, sebabnya mana ada company yang tak perlukan sumber manusia kan?? so ia merupakan satu jawatan yang sangat penting dalam sesebuah syarikat. oleh itu, banyaklah peluang pekerjaan untuk sumber manusia ini.

masa degree ini pun, subjek nye takdalah susah sangat pun. sebab masa diploma dulu kita pernah belajar, so refresh sahaja. tapi kalau masa diploma kita ambil course selain Business Study, alamat nya kena mula balik lah dari awal. tapi dont worry sebab ramai kawan yang dari bidang lain dulu manage to get better result than me..hahaha..

lagi satu, masa last semester nanti, kita akan ada praktikal..so, kita belajar degree ini pun cuma 2 tahun setengah sahaja..pejam celik sekarang aku nk masuk semester 4..haha..degree HR ini pun sediakan banyak program untuk student dia.every semester ada program and kita akan manage program itu. 

setiap program ini berbeza mengikut UITM. macam aku belajar dekat uitm Arau, so dia punya program lain dengan uitm Bnadaraya Melaka walaupun nama program itu sama iaitu Personal Development. kalau belajar dekat Arau memang best, sebab program yang diorang buat semua ikut sukahati student nak buat acara apa. nampak sangatlah kan acara ceramah itu tak akan di buat sebab student memang tak suka dengar ceramah..hehe..so acara yang terpilih adalah bermain-main dan santai..hahhaa..yang tu i like tauuu..

so, aku harap dengan entry ini terjawablah serba sedikit soalan yang di ajukan oleh miz chikunit. kalau ada yang tak clear, boleh tanya lagi..hehe..so, pesanan aku kepada miz chikunit, silalah pilih course ini sebab anda tak akan menyesal di kemudian hari!!!  sayonara.

0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA