~CEPAT KLIK LINK INI~

Monday, September 19, 2011

belajar memandu kereta dan motor hanya rm750.murah beb!

assalamualaikum..

entry kali ini cuma nak beritahu yang aku dah daftar lesenn!! yeeehaa..seronoknyer,,lepas macam-macam halangan yang aku tempuhi nak dapatkan lesen, akhirnya berjaya jugak aku mendaftar di Arau. disebabkan aku belajar di sini, so aku decide nak belajar lesen di sini jugak.

sebelum ini aku nak ambil lesen di Klang sebab dekat dengan rumah aku. lagipun time tu tengah cuti belajar 4 bulan. tapi disebabkan kosnya mahal iaitu rm800 untuk kereta sahaja dan tiada pengangkutan di sediakan, so aku batalkan hasrat itu.

setelah banyak kali niat nak ambil lesen terbantut, akhirnya minggu depan aku dah boleh start belajar. bukan amibil lesen kereta sahaja tau. tapi dengan motor sekali!! wahh amik kau dua-dua aku nak belajar. bukan apa, harga yang ditawarkan untuk belajar memandu kereta dan motor hanyalah rm750!! murah tu bebb!

so apa lagi, aku rembat jelah kan. bukan selalu boleh dapat harga macam itu. kalau kat klang jangan haraplah nak dapat harga tu. kereta pun tak lepas tau. lagi satu yang aku suke, kalau kita gagal pun, cuma bayar rm25 sahaja.! so murah kan!

cu nanti! cuma yang aku risau sekarang ini boleh ker aku bawak motor? dah la seumur hodup aku tak pernah bawak motor. larat ker nanti aku nak tolak. aku dengar diorang sediakan motor Honda Wave 100. so berat ke tak ek? aku ini dah lah kecik comel jer..takut pulak aku kalau motor tu hempap aku ker nanti..isy risaunyerr!

keputusan aku nak ambil lesen ini pun family aku tak tahu.. hehe..aku nak surprisekan diorang..nanti bila aku dah balik cuti nanti baru aku nak tunjuk dekat diorang semua. bukan keter jer, dengan motor-motor sekali aku ada lesenn..haha..

hopefully aku boleh lulus dengan jayanya nanti..aminn! korang semua doakan lah aku..memang dah lama impian aku nak ada lesen ini! okay!

2 insan terpilih:

Anonymous said...

salam..boleh bagi tak nombo owner tempat lesen tu ? :)

sheila said...

alamakk..number dia dah delete..tapi saya dftr dekt ilmu pandu area cmart arau..hrga murh klu kita student lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA