~CEPAT KLIK LINK INI~

Saturday, April 28, 2012

hukum memanggil dengan gelaran yang memalukan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

***

Setiap orang di muka Bumi ada melakukan kesalahan dan kesilapan. tiada orang yang sempurna di dunia ini dan tiada siapa yang mengaku dirinya sempurna. janganlah kita sebagai umat Islam senang-senang untuk menghukum, menghina dan mencaci orang lain kerana diri kita pun tidak terlepas dari melakukan kesilapan. renungkanlah masa lampau kita, adakah kita sempurna di mata orang lain atau kita lebih buruk dari mereka yang anda cacikan?? fikirlah sejenak...

baru-baru ini sheila ada menonton Semanis Kurma yang bertajuk 'Mereka-reka Cerita'..ia boleh juga dikategorikan sebagai memfitnah. seperti yang semua tahu memfitnah lebih teruk daripada membunuh..dan sebab apa orang sekarang ini suka memfitnah? sebab kata-kata dari mulut itu sebenarnya datang dari hati yang busuk dan hitam. misal kata, kalau dari dulu dia memang tak suka giler dengan seseorang itu, maka dia akan mula dengan mengumpat atau mengata. dan dari situlah timbulnya FITNAH..maka, berhati-hatilah dalam mengeluarkan setiap apa yang kita katakan, dengarkan dan lihat. dari situ juga mana tahu kita telah pun membuka aib orang lain..walahualam..

Perbuatan mencaci maki atau menyakiti seseorang muslim adalah dilarang dalam Islam kerana boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. 
   
Firman Allah SWT :

   "Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan mukmin wanita dengan sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan yang besar dan dosa yang nyata."
(Al-Ahzab : 58)

   Rasulullah SAW bersabda : 
   
   "Tidak patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya)."
(HR.Muslim dari Abu Hurairah)




0 insan terpilih:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA