~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, May 27, 2012

hukum ganti puasa dan puasa sunat serentak adalah SAH

assalamualaikum..

bulan ini merupakan bulan Rejab dalam kalendar Islam. jadi sekiranya kita berpuasa sunat di bulan ini, terlalu besar ganjaran yang kita akan peroleh. selepas berakhirnya bulan Rejab, maka bulan Syaaban dan Ramadhan pula yang akan menyusul. sudahkan kita bersedia untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi?

sudahkah kita melangsaikan hutang-hutang kita bersama Allah SWT? bagi sesiapa yang masih belum mengqadhakan puasa anda, cepat-cepatlah berbuat demikian sebab ajal maut semua di tangan Tuhan. jadi, sekiranya tak sempat, maka kita akan mati dalam keadaan masih berhutang dengan Allah SWT.

banyak isu telah timbul samada bolehkah kita sebagai umat Islam menggantikan puasa Ramadhan kita serentak dengan membuat puasa sunat di bulan Rejab? isu ini jugak sering merunsingkan ramai orang samada boleh atau tidak kita berbuat demikian..jadi, setelah di google dan di baca oleh sheila, maka inilah jawapan kepada permasalahan kita pada masa ini..sebab kadang-kadang sheila pun was-was sama ada sah atau tidak menggantikan puasa Ramadhan dengan berpuasa sunat..jadi di sini ada jawapannya.


1) Soalan: menggabungkan niat puasa sunat dgn puasa ganti dlm satu masa,adakah sah?

Jawapan: Sah puasa menggabungkan niat puasa sunat dengan puasa wajib (ganti)..Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

2) Soalan: Boleh kah puasa sunat kita selitkan dgn membuat puasa ganti(membuat kedua-dua puasa serentak dgn niat puasa sunat dan puasa ganti bulan ramadhan)

Jawapan: Puasa qadha' (ganti bulan ramadhan ) boleh di satukan dengan puasa sunat dengan niat puasa qadha' (ganti) dahulu kemudian niat puasa sunat.Sekiranya diasingkan adalah lebih baik.

3) Soalan: adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?apakah niat untuk puasa ganti?

Jawapan: Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.Niat untuk puasa ganti ialah "sahaja aku qada' puasa Ramadhan kerana Allah S.W.T."

Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:

.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

* tetapi seeloknya mengasingkan antara puas aganti dengan puasa sunat yer..dan sekiranya ingin berniat secara serentak, maka hendaklah berniat puasa qadha dahulu barulah berniat puasa sunat..

5 insan terpilih:

Anonymous said...

sekiranya sdh niat qadha ttpi tidak jd melaksanakannya cthnya sbb terlupa sahur apakah hkmnya

Unknown said...

info dri blog anda serba sikit dapat membantu saya berkenaan qada puasa..terima kasih

Unknown said...

info berkenaan qada puasa serba sikit byk membantu saya..trm kasih

Unknown said...

Kalau puasa enam serentak dengan puasa ganti..sah ke

Anonymous said...

salah ni...digalakkan setelkan qada dulu br sunat...

sbb qada tu hutang ibadat pd allah...

bayangkan sunat leh gabung dgn wajib...cth niat qada sembahyang gabung dgn solat sunat? tak boleh kan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA