~CEPAT KLIK LINK INI~

Sunday, June 24, 2012

PELIK-Kad Jemputan Kahwin berbentuk samsung tab, iphone, angry bird, youtube dan facebook

assalamualaikum

kad kahwin zed zaidi

hari ini nak story mory perihal KAD JEMPUTAN KAHWIN orang zaman millenium sekarang ini..semakin pelik, semakin unik, semakin comel, semakin takut nak di buang dalam tong sampah atau pun dikeronyok dan di campak merata-rata sampai termasuk dalam longkang depan rumah..susah dah sekarang nak jumpa kad kahwin yang hanya pakai kertas A4 berwarna, buat satu keping lepas tu photostat banyak-banyak bagi dekat jemputan..memang rare dah sekarang ini kad jemputan macam tu kan..hehe

kad kahwin pakcik google

kad kahwin komposer

kalau kita tengok design kad kahwin sekarang ini ibarat melambangkan identiti pengantin itu sendiri. contohnya, kalau dia seorang komposer, maka kad kahwin seperti di atas menjadi pilihan. memang pelik dan kalau sheila terima kad jemputan macam ni, memang akan belek-belek beratus kali sebab nak pastikan benda apa sebenarnya kad ini cuba sampaikan. hehe

kad kahwin farah

kad kahwin ala retro

kad kahwin gulung

kad kahwin ashraff muslim

kalau kita tengok artis-artis Malaysia sekarang pun tak nak kalah dalam meng design kad jemputan kahwin mereka. setiap dari mereka inginkan kelainan. barulah terbuka mata semua orang nak tengokkan. tapi semua design tu kena berpatutan dengan budget kita jugak. kalau bajet banyak, maka bolehlah mereka design yang gempak. kalau budget ciput, maka design pakai kertas A4 warna jelah kan..alahaii..

kad kahwin cute

kad kahwin ala cerita pawagam

kad kahwin noh hujan

peminat tegar utusan malaysia

tapi kadang-kadang sheila pelik lah..tak rasa sayang ke nak bagi kad kahwin cantik-cantik and pelik macam ini. yelah masyarakat sekarang kalau dapat kad kahwin, lepas itu akan di buang dalam tong sampah. ada ker mereka yang mempunyai hobi mengumpul kad kahwin unik dan pelik ni ek? yelah nak tunggu kad kahwin kita sendiri mungkin lambat lagi, so kumpullah kad kahwin orang lain yang mana menarik hati..

kad kahwin ala passport

kad kahwin peminat tegar manchester united

kad kahwin fazreen

kad kahwin ana dahlia

kad kahwin pelajar/golongan muda

kad kahwin untuk para cikgu

kita boleh jugak design kad kahwin yang terasa dekat dengan diri seseorang tu. contohnya, kalau dia seorang guru, mungkin dia akan terpikir nak buat kad kahwin macam kat atas dan bawah ini sebab melambangkan identiti mereka. macam mana kad kahwin seseorang itu kalau dia merupakan seorang polis, bomba, doktor atau pun peguam..mesti kreatif jugak kan..! hehe..kalau dia seorang arkitek mungkin dia akan mereka kad kahwin dia sebesar plan umah yang sedang dia usahakan..hahaha! tak pun macma mana kalau dia seorang pilot? mungkin dia akan mereka kad kahwin berbentuk kapal terbang kan?? haaaaa..

kad kahwin buku sekolah

kad kahwin peminat tegar cadbury

kad kahwin nabil

kad kahwin michelle (melodi)

kad kahwin youtube

kad kahwin peminat tegar angry bird

kad kahwin iphone

kad jemputan kahwin juga ada yang berpandukan edaran zaman. contohnya macam kad kahwin yang atas dan bawah ini. mungkin kita tak terpikir langsung nak buat kad kahwin seperti ini kan.? kalau sheila terima kad kahwin macam ni, mungkin rasa sayang nak buang atau keronyok..hehehe..yelahh, comel sangat kann! lagi-lagi yang angry bird tu. mungkin orang-orang tua yang terima kad kahwin macma ni, akan terus buang sebab diaorang ingatkan iklan apa pulak kan..tak pasal-pasal..hurmm
kad kahwin samsung tab

setem kad kahwin

kad kahwin zahiril adzim

kalaulah giliran sheila kahwin nantikan, tak tahulah bila tahunnya kan, sheila nak buat kad kahwin ala-ala komik amacam? macam komik Lawak Kampus tu..hahhaa..tak pun buat kad kahwin ala-ala novel..ececehcehceh..tak pun kan buat kad kahwin ala-ala blog sheila..huwawawa..mesti kelakar..huhu..kena kumpul duit lah sekarang ini..hehe..macam syok sendiri je kan! hehehe..tak pun kad kahwin bentuk email ker, twitter ker, bil letrik ker, botol ker..hahhaa..pelik-pelik! 

5 insan terpilih:

ada mokhtar said...

macam-macam idea kreatif ada skrg ni.. dah malu pulak kalau guna kertas a4 je kan.. hehe

Mosumart Design said...

Assalamualikum Cik Admin,

Saya Supian Mustapa dari Mosumart Design Enterprise.

Terima kasih kerana telah menyenaraikan produk kami iaitu kad kahwin passport, kad kahwin iphone & kad kahwin Galaxy Tab.

Kami sangat hargai post Cik Admin.

Terima kasih sekali lagi.

Entri terkini:Anda nak kawen?Ini mungkin sesuai untuk anda!

Anonymous said...

Hi...i nk bg u my friend punye wedding card..bentuk kipas and cover cd. If u interested la, bleh sharing that ideas utk couple yg tgh survey card kawin. ;-)

Joev said...

kreatif dan cantik2 semuanya..kad kahwin gulung unik jugk tu

taqin said...

kad kahwinnya kreatif..

http://7siegershop.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG TERTULIS ADALAH HAK MUTLAK KONICHIWA